Nak beli benih online?

Thursday, February 28, 2013

TImun Betik Si Timun Ladang


Ingat lagi entry saya tentang TIMUN LADANG. Ini gambar pokoknya di belakang rumah saya.


Ceritanya bermula begini, pada suatu hari saya membawa pulang sebiji timun betik atau nama manjanya Timun Ladang daripada kebun abah saya. Saya pun simpan buah itu di dalam petiais. Sehinggalah beberapa lama kemudian, sehingga buah itu hampir menjadi jem tanpa gula di dalam petiais saya sebab saya tak sempat nak makan dia. Saya rasa sungguh menyesal kerana membazir tapi timun ladang sudah tidak sepertinya lagi terpaksalah saya lupuskannya sahaja. Tetapi sebelum itu sempatlah saya mengasingkan bijinya untuk di keringkan lalu dijadikan benih.

Selepas ia kering, saya pun mengasingkan biji benih yang elok-elok untuk di bungkus dan disimpan untuk masa hadapan. Biji benih yang kelihan rosak dan tak sempurna saya sebelahkan tapi sayang nak buang jadi saya taburkan ia dalam pasu pokok terung saya yang sudah sampai tarikh luputnya. Sebelum itu saya ada cucukkan batang daun kesum di situ tapi pertumbuhannya kurang subur.

Tak lama kemudian, ada pula anak-anak timun betik yang tumbuh dikalangan anak-anak pokok kesum tersebut. Mula-mula saya pelik juga sebab saya terlupa saya pernah buang biji benih timun betik dekat pasu itu. Saya ingatkan pokok apa, tetapi setelah memanggil kembali storan ingatan saya barulah saya teringat perbuatan saya dahulu.

Sila lihat anak pokok dalam bulatan yang ada anak panah. Mula-mula cuma sepohon yang hidup.


Makin lama banyak-banyak pohon pula yang hdup, rupa-rupanya semua benih yang saya buang itu bernas. Sekarang ini ia telah hampir memenuhi pasu tersebut, bayang pokok kesum hampir tidak kelihatan. Memanglah pertumbuhan pokok timun betik ini agak pantas, tapi tak taulah sama ada ia akan menghasilkan buah atau tidak. Kita lihat sahajalah nanti.

Belakang pagar rumah saya itu kelihatan tak teruruskan. Sebelum ini saya perhatikan jiran belakang rumah saya selalu tak ada di rumah bila musim cuti sekolah. Tapi sejak musim cuti  sekolah akhir tahun, jiran belakang rumah saya ini lansung tak nampak batang hidung. Laman belakang rumahnya dah semakin semak, sebelum ini dia pun ada tanam macam-macam sayur.

Tapi elok juga bila dia tak ada. Kurang sikit pencemaran bunyi dan asap. 

Jiran saya di belakang ini suka sangat marah anak-anaknya sambil menjerit-jerit. Anak perempuannya suka sangat menyanyi lagu Korea. Anak lelakinya suka sangat main seruling dan maknya pula suka sangat hisap rokok sambil bertinggung kat pintu belakang rumahnya sambil pandang-pandang tanaman belakang rumah saya (hehehe... perasan sikit).




************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Wednesday, February 27, 2013

Kebun Abah Saya Bahagian Tiga



Dulu abah saya bertanam pisang di kawasan ini, tapi semenjak beberapa orang manusia (pencuri) dah pandai menjual pisang ini tanpa kebenaran abah saya, ianya terbiar sepi. Sebabnya patah hati, penat-penat kita menanam dan menjaganya, orang lain yang sedap-sedap makan hasilnya. Lainlah kalau dimakan binatang dapat juga pahala.

Pencuri ini cerdik, dia akan mencuri bukannya waktu malam ker, subuh ker, dia buat pemerhatian dan kajian untuk mencuri. Abah saya ada letak jerangkap samar di bawah pokok pisang tapi tak mengena sebab pencuri datang waktu siang, dia nampak jerangkap samar lalu dielaknya.

Selalunya, pencuri datang waktu abah saya berhenti rehat untuk sembahyang. Betul-betul menduga keimanan dan kesabaran.

Tapi kebelakangan ini, abah saya sudah mula menanam kembali di sini. Tapi bukanlah pokok pisang, contohnya keladi. Ini keladi isi, batangnya jarang-jarang orang makan. Tapi abah saya mula menanam kembali di sini ada juga sebab lain.



 Selain dari pokok keladi, abah saya juga ada tanam pokok serai kegemarannya. 


Salah satu sebabnya kenapa abah saya mula bertanam kembali di tempat lamanya ialah kerana ada pulak orang yang buka kebun baru di kawasan kebun abah saya. Siap pasang pagar bagai, masa buat pagar siap alihkan pokok-pokok yang abah saya dah tanam. 

Tanah di situ bukan tanah dia mahupun tanah abah saya. Tapi tolonglah hormat senior sikitkan. Abah saya orangnya penyabar, dia kata biarlah. Tapi anaknya kurang penyabar, ada la rasa marah tapi simpan dalam hati sahaja.  

Kalau rajin bacalah pasal kebun abah saya lagi DISINI dan DISINUN.




************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?



Tuesday, February 26, 2013

Susah Hati


Hari ini saya rasa malas nak menulis sebabnya saya susah hati. Sebabnya saya susah hati ialah kerana saya dapat surat jemputan untuk menghadiri majlis di Hotel Marriot.

Gambar di atas tak ada kaitan dengan perasaan saya mahupun cerita saya  ...hehehe!

Monday, February 25, 2013

Jus Hijau


Pokok pandan di belakang rumah saya tumbuh dan membesar bagai johan sehingga pokok-pokok lain jadi tertindas. Jadi untuk mengelakkan pertumbuhannya yang berleluasa. Saya pun potonglah bahagian pokok yang meliar tersebut.


Saya tanam pokok pandan ini berpasu kan tayar kereta lama saya. Sebahagian daripada daun ini saya buat pewangi kereta. Sebahagian lagi saya ricih kecil-kecil sebagai pewangi rumah. Tapi masih banyak lagi bakinya. Bagi kawan-kawan opis pun sudah.


Saya potong daun pandan tadi pendek-pendek. Kemudian saya masukkan dalam pengisar dengan air sekali.


Kemudian saya tapis airnya yang berwarna hijau. Yang di atas itu gambar hampas daun pandan. Saya letak dalam pasu pokok-pokok saya. 


Ini dia jus hijau pandan saya. Saya simpan dalam petiais. Bolehlah nak guna untuk buat kuih ketayap ke, kuih koci ker atau nak buat nasi lemak hijau ker, kek pandan ker, air gula pandan ker atau apa-apa yang boleh lah.

 Tapi bila saya masukkan sikit jus ini dalam nasi yang saya masak, nasi itu jadi nasi kuning air, bukannya nasi hijau.

Saturday, February 23, 2013

Bunga Hari Sabtu


Bunga berwarna kuning semuanya kegemaran saya. Nama bunga ini bukanlah bunga hari sabtu, tapi bunga raya kuning. Kuning semata tak ada campur warna lain.


Saya tak beli bunga ini sebab tak ada tempat nak tanam dah. Harap-harap saya boleh beli untuk menghias banglo saya nanti (tolong sebut 44 kali supaya jadi kenyataan).Dan saya BELUM bina banglo pun lagi. Angan-angan tak kena bayarkan. 

Friday, February 22, 2013

Yang Saya Cari

 

Saya nampak dia ni dekat laman rumah mak abah saya, terus saya terpikat.


Saya ambil batangnya, 2 sahaja. Kesian saya tengok pokok bunga ros jepun mak saya, karang ambil banyak-banyak botak pulak hiasan taman mini mak saya.

Pagi tadi ada saya belek-belek pokok ros jepun saya, tapi tak nampak pula batang hidung biji benihnya. Kalau tidak senang sikit nak berkongsi dengan kawan-kawan.


Sebenarnya saya cari yang warna merah jambu, tak ada pula yang mekar masa saya tengok-tengok. Yang ada pun dah layu (seperti dalam bulatan dengan anak panah).




Inilah koleksi ros Jepun mak saya, sekelumit cinta sahaja. Tanah di sana agak berpasir jadi ros jepun tak berapa nak subur. 

Dekat rumah saya pula, daun dan batangnya terlalu subur sampai terkeluar dari pasu. Warna ni semua saya dah ada, ke mak saya pun ambil batang pokoknya daripada saya, entahlah mana-mana pun boleh.

Saya ingatkan saya seorang sahaja yang gilakan ros jepun, tapi masa bersembang dengan kerani dekat opis saya barulah saya tahu sekarang ini ros jepun telah menjadi satu 'fenomena' di halaman orang ramai kini. 

Tapi saya rasa, kalau untuk orang bekerja 8-5, rumah jauh pula tu, balik kerja dapat tengok daun ros jepun sahajalah kecuali hari cuti.

Thursday, February 21, 2013

Belum Cukup Matang


Setiap kali balik ke rumah mak abah saya, geram betul saya tengok buah markisa yang ada di pokoknya.


Ada dua biji sahaja. Tapi ia menggamit-gamit saya untuk memetiknya. Anak pokok markisa ini saya beli di Mardi Cameron Highland. Cadangnya nak tanam di rumah saya, tapi memikirkan kawasan di rumah saya yang kurang, saya berikan sahaja kepada mak saya.


 Akhirnya saya petik juga. Mak saya kata boleh. Abah saya pun kata boleh, lagipun saya yang belikan anak pokoknya kan, takkanlah diorang nak marah.


Saya ambil pisau dan potong. Buah ini ringan sahaja sebab kulitnya bergabus.


Isinya seketul-seketul, tak berair pun, menunjukkan belum cukup matang.


Saya ambil isinya dan masukkan dalam mulut, masam ketumpam (pernah dengar ker perkataan ni?). Sesuai di potretkan sahajalah nampaknya untuk tatapan saya dan pembaca blog Semua Menjadi

Tak apa. Ada sebiji lagi.

Wednesday, February 20, 2013

Kebun Idola

Ingat penyanyi sahaja yang layak di jadikan idola? Kebun atau pekebun pun boleh juga.


Inilah gambar kebun yang sangat mengujakan saya setiap kali saya lalu di hadapannya. Untuk pengetahuan semua kebun ini bukan terletak di Cameron Highland. Kedudukannya dekat dengan opis saya, jalan menuju ke nurseri kegemaran.

Kebun ini jaraknya daripada jalan raya, saya kira cuma dalam 2 meter. Dekat sangat, kalau lalu naik motor sempatlah agaknya kalau nak cabut sepokok dua salad yang kelihatan subur ini. Malangnya saya naik kereta, motor dah jual, skuter dah bagi dekat adik, basikal pula dah sedekah dekat orang lain masa pindah rumah dulu.


Sudah lama saya angan-angan nak ambil gambar kebun ini, tapi tukang kebunnya selalu ada dekat depan rumahnya. Malu pulak rasanya nak tangkap-tangkap gambar. Kalau tukang kebun marah, saya juga yang susah lagipun kereta saya selalu lalu depan rumahnya dan selalu berhenti depan rumahnya sebab rumah dia dekat dengan lampu isyarat, nanti dia kenal.

Saya dapat tangkap gambar ini pun sebab masa itu lampu isyarat warna merah, tandanya berhenti.


Sayur-sayur yang di tanam di kebun ini selalu berubah-ubah. Kebun ini betul-betul dihadapan rumah pemiliknya. Hebat! Macam-macam jenis sayur ada. Sihat-sihat pulak tu, tak taulah baja apa yang dia pakai, ada orang kata guna baja air kencing yang dicairkan boleh juga....hehehe.


Saya tak letaklah gambar rumahnya sekali sebab saya takut kena saman.

Tapi kebun ini memang sangat menarik minat saya. Saya pun teringin nak ada kebun yang macam ini. Tapi guna baja jenis yang lainlah.

Tuesday, February 19, 2013

Nak Buat Apa dengan Tuaian Hari Selasa?

 

Buruk sangat rupanya tuaian saya ini. Itu belum tengok tangan yang menuainya,  penuh dengan tanah.

Pokok kunyit di rumah saya ini asalnya daripada semaian mak saya sempena saya pindah ke rumah yang saya duduk sekarang ini. Maknanya umurnya dah setahun lebih. Sudah dua kali pokoknya layu dan kering dan kemudiannya hidup kembali. Selama ini saya cuma guna  daunnya sahaja. Kalau nak guna kunyit dalam masakan, saya guna kunyit serbuk sahaja.

Tiba-tiba saya rasa teringin pula nak melihat ibu-ibu kunyit yang ada dalam pasu kunyit saya yang sederhana besarnya. Saya mulakan dengan membuang batang-batang kunyit yang layu. Kemudian saya korek perlahan-lahan tanah di sekeliling tunggul kunyit, saya jumpa kunyit. Korek dan korek lagi sampai sepertiga dasar pasu pun saya masih jumpa kunyit lagi. Banyak sungguh isi kunyit yang ada berbanding dengan pokok kunyit dan saiz pasu.

Agaknya kalau saya biarkan lagi, tak ada ruang dah isi kunyit nak membesar.


Selepas itu saya cuci isi kunyit. Banyak tanah yang melekat. Mula-mula saya guna berus khas pencuci botol untuk buang tanah tapi kulit kunyit yang tertanggal. Akhirnya saya rendam dalam air dan kemudian gosok dengan tangan sahaja.


 Kemudian saya biarkan kering dan saya bungkuskan dalam beg plastik.


Bukan satu beg plastik tapi banyak beg plastik. Apa lagi kalau bukan nak di agih-agihkan kepada rakan-rakan opis. Agaknya diorang pun dah bosan asyik menerima hasil tuaian saya.

Ada juga saya terfikir nak buat serbuk kunyit, tapi macam leceh sahaja kerjanya. Lagipun takut serbuk kunyit yang bakal saya buat berlapuk sebelum habis digunakan sebab kunyit serbuk yang saya beli ada banyak lagi. 

Lebih baiklah saya bersedekah kepada kawan-kawan supaya hasil kebun saya lebih meriah dan mewah.

Sebahagian daripada kunyit ini ada yang saya tanam semula di pasunya, selebihnya saya gunakan untuk masak asam rebus, ayam goreng kunyit dan juga ikan parang masak lemak campur belimbing buluh.

Monday, February 18, 2013

Petola Basuh Pinggan


Ini gambar buah petola bantal kering setelah dibuang kulit luar. Abah saya yang bagi buah petola ini. Kadang-kadang sarang daripada petola ini orang buat penyental badan tapi selalunya di buat penyental pinggan mangkuk. Tak payah nak beli span basuh pinggan, tanam sahaja pokok petola bantal, nanti dapatlah bekalan span pencuci pinggan mangkuk untuk setahun dua.

Kalau mak saya pulak, dia gunakan sarang petola ini untuk buat bunga hiasan. Saya pula rasa, sarang ini elok di kumpul banyak-banyak untuk di buat bantal kepala.


Ini pula biji benih petola bantal yang diperolehi daripada sebiji petola. Banyak sungguh. Boleh buka ladang komersil petola bantal dengan biji benih yang ada.

Rupanya ada iras-iras kuaci hitam. Tapi rasa tak tau sebab saya tak cuba lagi. Selepas saya buang kulit luar petola, saya ketuk-ketuk sarangnya keluarlah biji benih yang banyak ini.

Tak taulah bernas ke tidak sebab dah lama saya simpan petola bantal yang kering tu.


Ini pula gambar biji benih petola bantal yang telah saya bungkuskan dalam plastik. Simpanan untuk masa depan. Selepas saya bungkuskan barulah saya tahu berapa banyak biji benih petola bantal yang saya ada.

Rasanya macam nak agih-agihkan pada kawan-kawan dekat opis. Tapi diorang nak ker?



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Saturday, February 16, 2013

Blackcurrant Jiran Saya

Sebelum ini saya ada ambil gambar pokok durian dan nangka bonsai jiran saya. Kali ini gambar pokok anggurnya pula.


Opps! Silap, bukannya anggur biasa tapi BLACKCURRANT, kao ada?


Kita lihat dengan lebih dekat daun-daun BLACKCURRANT baka baik ini. Perhatikan!

Fakta tentang penanaman anggur:

  1. Sinar matahari amat penting bagi pohon anggur, sekurang-kurangnya 80% ke 100% sinaran matahari diperlukan.
  2. Pohon anggur perlu disiram dengan air yang banyak tetapi jangan sampai bertakung.
  3. Atap asbestos boleh membuatkan daun anggur tidak sihat kerana kesan racunnya yang berbahaya.
  4. Tali rafia tidak digalakkan untuk membuat trellis pohon anggur.
  5. Pasu yang digunakan untuk menanam pohon anggur jangan diletakkan berhampiran dengan pasu nangka dan durian.
  6. Jangan suka berdengki dengan jiran sebelah yang tanam pohon anggur dari jenis biasa.
  7. Semua dia atas adalah fakta palsu tentang penanaman anggur kecuali fakta nombor satu dan dua.
p/s: Malam tadi jiran buat parti bbq bawah pokok blackcurrant tapi lansung tak mengajak,   
        saya dapat cium bau sahaja. Memang jiran yang terpilih, Impian jiran sebelah satu 
        Malaysia.




************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Friday, February 15, 2013

Anaheim Peppers Cili New Mexico

Merujuk kepada catatan saya di dalam blog ini bertarikh 5 februari dengan tajuk   CILI APAKAH INI?,   seperti gambar di bawah:


Saya pun tak tau apakah jenis cili ini, kawan-kawan yang komen pun tak ada yang bagi jawapan. Saya pun rasa tak adalah penting sangat jawapan tu.Yang penting cili itu boleh di makan dan tak beracun sudahlah.


Inilah rupanya cili tersebut bila dah masak, comel jugak. Kalau diperhatikan di tengah pinggan tersebut saya letakkan sebatang putik kapas sebagai rujukan saiz cili ini.

Setakat ini saya gunakan cili ini dalam nasi goreng sahaja. Boleh tahan pedasnya. Tapi tak ada pula saya terbau haruman cili yang berlainan ke atau apa-apa yang istimewa. Tapi tak boleh percaya juga sebab seminggu dua ini saya selesema.

Sebahagian daripada cili ini masih saya simpan di dalam petias untuk kegunaan akan datang.


Pada suatu hari, bila saya membeli majalah kegemaran saya iaitu RASA, saya terjumpa artikel ini. Saya rasa cili di atas ada sedikit sebanyak persamaan dengan cili di dalam artikel ini. 

Maknanya segala persoalan saya tentang cili di atas sudah hampir terjawab. Tapi ini cuma andaian saya sahaja. Mungkin salah atau benar jangkaan saya. Tapi seperti yang selalu saya katakan, saya bukanlah pakar dalam bidang ini. Nak tanya jiran sebelah rasa segan pulak (hahahaha...macamlah rajin sangat nak tanya dia).

Kawan-kawan rasa betul tak jangkaan saya tentang cili saya tu? 
Siapa rasa saya benar sila angkat tangan! 

Thursday, February 14, 2013

Nanti ku Garam Kunyitkan Kao!

 Kenal tak siapa ni?


Bagi siapa yang tak kenal lagi inilah si kacak belalang kunyit.


Masa saya tangkap gambarnya, elok pulak dia beraksi santai sambil menikmati cahaya mentari pagi.


Dia sempat beraksi dengan pelbagai gaya (perhatikan kaki belakangnya) sebelum ditangkap dengan tangan saya sendiri. Kemudian saya masukkan ke dalam tong kompos.

Petua orang tua-tua, kalau ada belalang merosakkan tanaman kita dan kita nak halau dia dan kawan-kawannya supaya jangan datang lagi, kita mesti cakap dekat dia macam ini, "Nanti aku garam kunyitkan kau, baik pergi jauh-jauh".

Tahukah anda yang kita boleh makan belalang. Walaubagaimanapun saya belum pernah mencuba lagi. Tapi ada kawan saya kata dia pernah makan belalang kunyit goreng, katanya  rasanya seakan-akan udang goreng, sedap tu. Ada sesiapa yang pernah makan, betul ker rasanya macam tu?


Belalang kunyit ini bersantai di pokok 'red indian guava' saya setelah merosakkan pucuk-pucuk pohon mangga Taiwan kesayangan saya. Hari-hari saya perhatikan ada pucuk mangga saya yang patah bertaburan di bawah pokok.

Dulu, masa saya kecik-kecik, ada seorang india selalu datang ke rumah mak abah saya dan minta pucuk mangga di rumah mak abah saya untuk di buat ulam. Selalu sangat dia datang, sehinggakan saya rasa mungkin pucuk mangga tu sedap sangat rasanya.

Saya tanya mak saya kenapa kita tak makan pucuk mangga, mak saya kata tak elok makan pucuk mangga, nanti muka jadi lebam, saya percaya dan tak pernah makan pucuk mangga. Tapi kalau pucuk ketereh ker, pucuk tenggek burung dan pucuk putat selalulah saya makan (itupun setelah dewasa).

Tapi kalau melihat kepada rupa paras belalang kunyit ini, saya tak nampak pun mukanya lebam, kacak lagi ada!

Wednesday, February 13, 2013

Gajet Terkini

Terkini di rumah saya sahajalah. Rumah orang lain dah lama ada kot.


Gajet ini berfungsi untuk meletakkan pasu gantung dengan lebih kemas dan menawan pada dinding sempadan rumah dengan rumah jiran.


Saya beli sepasang. Beli dekat mana lagi tentulah dekat nurseri kegemaran. Jurujualnya tentulah si Kamal. Jenuh saya minta kurang harganya daripada si Kamal, susah betul. Kamal kata kalau taukeh tak ada gerenti dia bagi harga yang saya minta. Itupun dapatlah saya kurang seringgit daripada harga yang di tawarkan oleh Kamal.

Esoknya saya pergi lagi ke nurseri sebab nak beli lagi sepasang. Kali ini jurujualnya taukeh perempuan. Harganya naik RM2 satu. Tak jadi saya beli.  Lain kali saya nak tanya si Kamal bila taukeh tak ada, barulah boleh minta harga murah. 


Gajet ini diperbuat daripada logam, mungkin daripada keluli karbon rendah, saya pun tak pasti. Dengan adanya gajet ini penyidai kain saya bolehlah lebih digunapakai sebagai penyidai kain, kalau tidak, penuh dengan pasu gantung sahaja. Nasib baik saya belum minat lagi nak menanam orkid, kalau tidak mesti penuh dengan pokok orkid pula.

Tapi yang sedihnya, gajet ini tidak boleh pula diletakkan di dinding sebelah kanan kerana jiran sebelah kanan saya ada letak sistem paip dekat dinding untuk mesin basuhnya yang di letak dihadapan rumah (canggihkan). Saya tak boleh nak letak di dinding sebelah kiri sebab di sana kurang menerima cahaya matahari.

Itulah cabarannya berkebun dekat kawasan sempit, rumah pun sempit. Seorang nak pasang sengkuap, semua pun nak pasang sengkuap, akhirnya cahaya matahari pun susah nak jumpa.  Bertuahlah sesiapa yang ada tanah luaskan, tak payah nak berebut-rebut kawasan.

Sunday, February 10, 2013

Pucuk Mulberry

Kira-kita setahun lebih dahulu saya telah di tipu oleh taukeh nurseri yang menjualkan sepohon 'raspberi' yang sebenarnya adalah sepohon mulberi dengan harga RM6. Walaupun begitu saya sangat sayangkan pokok mulberi saya kerana senang sangat nak dijaga. Tak banyak karenah dan tak banyak penyakit serta serba boleh.


Mula-mula dulu saya suka makan buahnya yang manis bila dah berwarna hitam. Tapi semenjak semut-semut dekat pokok dah pandai makan buah mulberi untuk mengubati penyakit darah tinggi mereka, saya hanya mampu melihat buah mulberi saya merah dan kemudiannya hilang secara tiba-tiba keesokan harinya.


Pedulikan semak samun di dalam gambar. Pokok mulberi ini saya tanam di sempadan rumah saya dengan jiran sebelah kanan. Yang semak samun itu ialah  taman firdausi jiran sebelah kanan merangkap adik kepada jiran sebelah kiri saya (perangai pun sama naik, adik beradiklah katakan).


Sekarang ini saya hanya mampu makan pucuk mulberi. Selalunya saya rebus, kadang-kadang-kadang saya masukkan dalam ramuan ikan herba. Tapi mak saya dah sudah pun mula menanam mulberi berkata bahawa pucuk mulberi juga sedap kalau di buat tumis air. Kebelakangan ini mak saya sedang giat membiakkan pokok mulberi untuk mendapatkan pucuknya. 

Saya pun mungkin akan menukar  sayur kegemaran saya iaitu pucuk ubi kepada pucuk mulberi. 

Lepas ini apa kata kita cuba buat masak lemak putih pucuk mulberi.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Friday, February 8, 2013

Ros Jepun Boss

Hari ini penat betul badan. ke sana-sini mengalahkan orang nak raya. Mula-mula pegi sarapan dengan rakan-rakan opis, makan nasi goreng kampung lauk ayam kunyit, lepas tu siap bungkus pasembor kengkononnya susah nak dapat, tengahari nanti boleh makan. Sampai sekarang pun tak makan lagi, agaknya dah basi kot.

Selepas itu pergi buat refleksologi, sembang punya sembang, ada kawan mengadu sakit kepala, ada pula kawan lain yang kata sebab radiasi daripada komputer skrin besar yang digunakan. Saya kata kalau nak kurangkan radiasi letaklah pokok kaktus dekat dengan komputer. Kawan-kawan kata kenapa tak bagitau awal-awal. Saya ingatkan semua orang tau macam saya, rupanya tidak. 

Selepas itu kawan-kawan ajak ke nurseri pula untuk beli kaktus, ada pula kawan kirim beli anak pokok delima dengan anak pokok mata kucing. 

Tak habis lagi, ada pula kawan ajak ke pusat membeli-belah untuk beli hadiah kawan yang baru bersalin. Selepas itu ada pula kawan lain lagi ajak pula pergi pusat membeli-belah lain, siap beli limau untuk bagi jiran dia, betul-betul mengalahkan orang nak raya. 

Hasilnya  badan terasa sangat letih tapi gagahkan juga diri ke pasar malam untuk beli ikan. Balik rumah kena menaip blog pula (hehehe...macamlah ada orang paksa).


Sebagai hiasa kepada cerita penat saya hari ini, saya letakkan gambar bunga ros jepun berwarna jingga kecoklatan yang keratan batangnya di beri oleh boss saya (lelaki yer). Boss yang sama bagi lengkuas tu

Boss saya ni kalau memberi tak tau sikit-sikit, mesti banyak, lepas tu tak habis, terpaksalah saya agih-agihkan pada kawan-kawan seopis yang lain.

Cantik juga warna ros jepun ini, saya bercadang nak tambah lagi koleksi ros jepun bentuk bunga tisu ni kepada warna merah jambu muda, saya tengok mak saya ada pokoknya. Cuti panjang ini bolehlah balik rumah mak abah saya dan ambil pokok bunga ros jepun warna merah jambu muda pula. 

Setakat ini saya ada warna putih, merah jambu pekat, kuning dan jingga kecoklatan. 

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah bunga telang cabang tiga tenggek burung timun betik Biji benih nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi ulam Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Korea Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Ulam Raja abah herba jualan17 melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Durian Belanda Epal Hijau LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik kesum mengkudu siam mulberi pisang Daun Pandan Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun daun kaduk epal bidara gajus hidroponik kebun opis ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam nenas pekasam daun pucuk paku pucuk ubi kerinting pudina salam sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Anggur Merah Azalea Bendi Beri Ajaib Betik Birthday Cili Merah Figs Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Plastik Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kari daun keledek daun limau purut epsom salt gadjet gastrik gulai masam hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot keratan batang ketam kobis ungu kucai kuini kumquat kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk putat rendang tamar terung terung berembang ulat Aidiladha Anaheim Peppers Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan air fyer alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium bayam brazil belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kucai bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados chawanmushi cicak kobin cikgu cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir geprek ginseng jawa gout halaman hantu harga hatyai hijau hobi hotel ikan ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kangkung tapis kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas khasiat kimchi kiwi kobis kobis cina kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu miang kham microvawe money plant muak nasik lemak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek puding karamel pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever saiko salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung tangkal teh pudina telur separuh masak tembikai kuning terima kasih tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...