Nak beli benih online?

Tuesday, April 30, 2013

Betik Akar


Rupa macam betik kan. Saya baru tahu nama baru bagi timun betik, timun ladang, timun suri dan betik akar namanya yang lain diberitahu oleh seorang tuan kedai makan.


Mula-mula saya tak perasankan putik timun betik ini. Ia tumbuh di luar pagar rumah saya. Dah termasuk ke kawasan jiran belakang rumah yang tak balik-balik dari cuti sekolah hujung tahun lepas. Agaknya mereka sekeluarga pergi ke Australia untuk bekerja sebagai pemetik apel. 

Merepek lebih-lebih pula. Tapi memang betul, ada kenalan yang pergi ke Australia dua tiga bulan setahun semata-mata untuk jadi pemetik buah. Katanya lumayan juga pendapatannya. Teringin pula saya nak kerja macam tu, kalau petik anggur lagi seronokkan. Tapi mana-mana kerja pun tentu ada susah-payahnya.


Tapi tak apalah, saya jadi pemetik buah mulberi, timun betik, delima, anggur dan lain-lain buah dekat rumah saya cukuplah.

Daripada hujan emas di negeri orang, lebih baiklah hujan batu di negeri sendiri.

Monday, April 29, 2013

Tuaian Buah Tangan



Inilah hasil tuaian dari rumah mak abah saya. Kecut semuanya sebab perjalanan jauh (jauh la sangat). Cuaca pula panas.


Apa yang saya kutip? Pucuk ubi kerinting, betik mengkal, bunga kantan dan ulam tenggek burung.


 Ini pula hasilnya setelah dimasak. Rebus pucuk ubi campur betik mengkal. Memang kegemaran saya. Cicah pula dengan sambal belacan campur asam jawa. Terangkat! Makan dengan nasi putih, jangan pula makan dengan nasi beriani, tak kena lansung.

Ada lagi satu benda yang mak saya bekalkan masa saya balik, pais ikan. Tapi lupa nak ambil gambar. Sambal kelapa pais ikan yang lebih saya simpan. Esoknya saya makan ulam pucuk tenggek burung cicah sambal kelapa lebihan pais ikan. Tentulah dengan nasi putih.

 Sedap.


Sunday, April 28, 2013

Tentu ada Khasiatnya



Saya sukakan pokok ini. Cantik, kalau letak dalam pasu lagi cantik.


Saya terjumpa pokok ini dekat kawasan belukar berhampiran kebun abah saya. Tentu ada khasiatnya pokok ini kan. Kalau sesiapa tahu nama dan khasiatnya silalah kongsi bersama yer.

Saya memang dari kecik sukakan pokok pelik-pelik dan cantik. Pernah suatu hari saya terjumpa pokok paku yang cantik daunnya berkilau seperti warna pelangi. Ada saya terjumpa beberapa gambar pokok paku tersebut dalam web, cuma namanya belum jumpa.

Pokok paku tersebut pernah membawa saya ke dalam satu misteri. Iaitu misteri taman bunian. Lain kalilah saya ceritakan kisah tersebut yang benar-benar terjadi pada saya waktu saya kecik dulu.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Saturday, April 27, 2013

Jangan Meniru

Bolehkan hari ini 'entry' tak bergambar.

Selepas beberapa belas bulan membuat kajian dan pemerhatian, saya dapati jiran kiri dan kanan saya meniru.

Jiran kanan meniru saya menggantung batang berdaun herba misai kucing di bawah sengkuap rumah. Tujuannya adalah untuk mengeringkan herba tersebut untuk dijadikan teh.

Jiran kiri pula meniru saya menggantung pasu tanaman di penyidai pakaian.

Sebelum ini mereka tak pernah buat semua pekara itu (semenjak saya berpindah kesini-hampir 2 tahun).

Saya membuat kesimpulan bahawa mereka ini sebenarnya terkesan juga dengan kehadiran saya di sini. Dan secara positifnya saya merasa yang saya telah membawa satu aura  (aura la sangat) di kawasan kediaman ini.

Kenapa 'entry' kali ini tidak bergambar? Ini kerana saya berasa gentar kalau-kalau perbuatan saya menangkap gambar contoh peniruan mereka itu di sedari oleh mereka (jiran saya kiri kanan depan belakang).

Sebab saya tahu, sebenarnya jiran-jiran saya amat prihatin terhadap saya dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini tanaman-tanaman saya.

p/s: jangan la pula muntah lepas baca tulisan perasan saya ini yer.

Friday, April 26, 2013

Benih Misteri


Semalam sewaktu balik kerja, saya dapati ada satu surat di dalam peti surat saya. Kalau ada surat yang sampai ke rumah tentulah daripada rakan blogger sebab semua surat rasmi saya dialamatkan ke opis.


Sewaktu saya buka sampul, terasa gamnya masih basah, agaknya abang posmen buka sebab nak tahu apa di dalamnya(agak sahaja, bukan fitnah yer).

Di dalamnya saya jumpa kekacang ini. Saya agak (juga) ia adalah benih bunga telang. Mohon bantu saya sekiranya saya tersilap.

Saya cari dan mencari sekiranya ada alamat atau nama pada keliling sampul surat, kemudian lihat ke dalam sampul, kalau-kalau ada warkah daripada pengirim. Namun tiada.


Siapalah agaknya pengirim misteri yang baik hati ini yer. Kalau terbaca silalah mengaku. Saya nak ucapkan banyak-banyak terima kasih dan diiringi serangkap pantun;

Terima Kasih daun Keladi,
 Kalau ada biji benih lebih kirimlah lagi!



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Thursday, April 25, 2013

Pemberian Rakan Baik


Ini pokok ulam sambung nyawa pemberian rakan baik saya di opis.


Baru semalam pertama kalinya saya makan ulam sambung nyawa ini. Sebelum ini sayang nak petik. Lama nak tunggu pokok ini jadi sebesar ini.

Apa khasiat ulam ini? Dikatakann ia dapat menurunkan kadar kolestrol dan juga dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Selain itu juga ia digunakan dalam rawatan sakit buah pinggang.

Saya dan rakan baik ini bertukar-tukar pokok, saya bagi dia pokok tomato ceri tapi malangnya pokoknya mati. 

Wednesday, April 24, 2013

Tak Sabar

Rutin saya setiap pagi sebelum pergi kerja adalah menghidupkan enjin kereta dan kemudian melawat pokok-pokok tanaman saya sambil menyiramnya. 

Hari-hari saya tengok buah delima saya yang tak tau bila waktu yang sesuai untuk dipetik dan kemudian bertanya pada pokok mangga saya bila pula dia nak berbuah lebat macam pokok delima di sebelahnya. 


Suatu hari saya kehilangan sabar itu lalu saya memetik delima saya yng pertama. Ini rupanya fizikalnya.


Mak saya kata kalau dah ada tompok-tompok hitam pada buah delima bolehlah petik. Jadi saya pun ikut cakap mak saya.


Delima saya tak merah pun. Lebih kepada kuning kemerahan.


Tapi yang bagusnya isi yang tak merah  itu manis rasanya. Tak kelat pun. Sedap. Puas hati.


Saya makan sebutir demi sebutir dan menikmati rasanya perlahan-lahan. Ada banyak lagi buah delima di pokoknya, selepas ini saya akan cuba petik buahnya lewat sedikit. 

Saya nak lihat sama ada isinya kekal begini atau berubah lebih merah. Pokoknya sentiasa berbunga dan mengeluarkan putik yang baru. Kalau ada buah yang matang lagi nanti, saya nak bagi mak abah saya pula merasa.

Tuesday, April 23, 2013

Pertama Kali Berjualan

Pada satu hari tiba-tiba boss besar minta saya dan rakan-rakan berjualan untuk memeriahkan satu majlis. 

Terfikir nak jual apa ya, dalam masa singkat ini mana nak cari barang-barang dagangan. Ada seorang rakan mencadangkan saya jual biji benih yang banyak dalam simpanan saya. 

Bukan dengan niat nak mengaut keuntungan cuma memenuhi permintaan boss besar. Kalau dapat untung, alhamdulillah. Kalau tak ada, redho.


Saya menjual biji benih petola bantal, roselle, timun betik dan kacang botol. Tapi nampak sikit sangat pula, macam tak meriah. 


Jadi saya pun letak sekali anak pokok mulberi yang telah agak lama saya semai dan juga anak pokok delima yang saya beli di nurseri. 

Tak lupa juga saya bawa  'laptop' sebagai rujukan gambar-gambar tanaman dan biji benih yang ada.

Ramai juga orang yang bertanya tentang jualan saya, penat lah juga saya pot pet sana-sini. Macam-macam maklumat saya beri. Nampaknya ramai juga yang berminat.

Jangan tak percaya, barangan pertama yang dibeli oleh pelanggan adalah anak pokok mulberi. Tak sangka saya. Gembira sungguh. Menyesal tak semai banyak-banyak anak pokok mulberi.

Kalau nak tau, pokok delima saya pun habis dijual. Tak ramai yang tahu anak pokok delima ada dijual di nurseri. Bila saya tunjuk gambar pokok delima saya yang berbuah dalam masa tak sampai setahun, lagilah pembeli semakin berminat.

Biji benih dalam peket ada juga yang terjual tapi tak banyak mana. Ada yang ingat saya jual rempah ratus seperti jintan, ketumbar dan lain-lain.

Apapun saya sangat puas hati dengan hasil jualan kali ini. Bukanlah saya tak biasa berjualan. Biasa sangat sejak dari kecik lagi. Tapi inilah kali pertama saya berjualan anak benih dan anak pokok. Lain masa dan peluang tentu saya akan berjualan lagi.

Tak lupa juga  ada pelanggan yang tempah racun siput dengan saya. Alhamdulillah, murah rezeki.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Monday, April 22, 2013

Tuaian Hari Isnin - Nasin


Tuaian hari Isnin saya merupakan daun nasin atau asin-asin atau pucuk manis atau cekur manis.


Pokoknya dah tinggi sangat melebihi atap belakang rumah saya. Terpaksalah dituai. Selalunya tunggu bila stok sayuran di rumah habis tapi kali ini tak boleh tunggu lagi. Daunnya pun dah banyak yang tua.


Saya tak bazirkan daunnya lansung, yang tua pun saya masukkan sekali. Batangnya pula saya cucuk kembali ke tanah untuk dapatkan pokok-pokok baru.


Selalunya daun ini sedap dimasak lemak putih campur keledek tapi saya ini jarang masak guna santan. Jadi saya masak tumis air sahaja. Tak sangka lembut semua daunnya dan yang penting sekali sedap lagi berkhasiat.

Sunday, April 21, 2013

Lawatan sambil Belajar


Kanak-kanak kena diajar (paksa) dari awal untuk mencintai ilmu pertanian dan tanaman. Saya paksa Mimin senyum di sebelah pokok bayam abah saya yang nampaknya subur belaka.


Selepas itu saya paksa pula dia kutip pucuk tenggek burung sambil bergambar sebelah anak pokok serai.


Selepas banyak kali dipaksa, Mimin pun buat muka. Itulah siapa suruh menyibuk nak ikut, kan dah kena paksa. 

Mimin kata dia penat dan mintak dukung. Saya tak layan. Bukannya bayi lagi nak didukung.


Senang sahaja nak pujuk kanak-kanak. Mimin senyum sebab dapat memegang ('menyeksa'-sila tengok muka kucing).


Lagi senyum lebar sebab dapat peluk dua ekor kucing tapi saya kesian tengok muka kucing putih hitam, nasib baik sekejap sahaja kena peluk. Kalau lama tak taulah.

Saturday, April 20, 2013

Model Kacang Panjang


Ada orang nak ikut waktu saya buat penggambaran di kebun abah saya. Saya panggil dia model kacang panjang sebab kebetulan masa itu abah saya ada tanam pokok kacang panjang yang tunggu masa sahaja nak berbuah. Lepas ini selalu lah bawak balik kacang panjang.

Model kacang panjang ini berdarah campuran. Namanya Mimin, umur empat tahun. Dia ada darah Cina, Siam, Benggali dan Melayu. Kira satu Malaysialah.


Ini pula bunga kacang panjang yang tak lama lagi bakal menjadi buah.


Ini pula pokok kacang panjang. Tahu tak yang pucuk kacang panjang boleh dimakan?

Friday, April 19, 2013

Terung Telunjuk Oren


Terung telunjuk kalau dah berwarna macam ini manalah boleh dimakan lagi. Sudah matang sangat.


Ini terung telunjuk di kebun abah saya. Tak ada siapa yang nak makan. akhirnya terbiar di pokok. tapi cantik juga kalau buat hiasan.


Agaknya abah saya sengaja biarkan tua di pokok, boleh buat biji benih.

Thursday, April 18, 2013

Kao Hado?

 
Tuuuuu dia! Boss saya bagi sekotak keratan batang ros jepun warna campur-campur untuk ditanam. Boss orang lain ada buat macam tu?
 

Hari ini saya nak letak gambar pokok mangga boss saya. Mana la tau kan.....wink! wink!


Boss saya kata dia ada tanam lebih dari lima pokok mangga kat halaman banglo dia.


Kemas betul halaman boss saya ini. Bukan nak bodek boss tapi memang betul kan.


Ini pula pokok bunga kemboja kebanggaan boss saya. Siap ada hiasan bergantungan.

Wednesday, April 17, 2013

Halamannya dihiasi Bunga Kembang Sepuluh Pagi

Silalah nikmati gambar-gambar bunga ros jepun dihalaman banglo boss saya. Gambar ini ditangkap sendiri oleh boss saya guna kamera dia sendiri.

Terima Kasih Boss.











************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Tuesday, April 16, 2013

Kembang Berduri Pagar


Ini dia kembang di pagar berduri  kebun kelapa mak saya (depan rumah jer pun). 

Bunga telang pertama daripada pokok yang mak saya tanam.


Macam biasa, hanya saya sahaja yang perasan akan kehadiran bunga pertama, buah pertama dan lain-lain yang pertama pada pokok tanaman mak saya (nampak sangat saya ni prihatin orangnya...hehehe-naik lif). 

Sebenarnya ada dua bunga pada pokok ini tapi yang satu lagi belum kembang.


Saya jumpa bunga ini sewaktu mencari buah kelapa muda untuk minuman. Kemudian mak saya pula datang sebab dia nak cari daun pisang untuk bungkus pais ikan. 

Mimin sibuk minta nak petik bunga telang ini. Tapi mak saya tak bagi sebab dah lama mak saya tunggu bunga telang ini muncul. Mak saya kata tunggu tumbuh banyak lagi bunga baru boleh kutip.


Saya pula tak sabar nak tunggu pokok ini keluarkan buahnya dan tua. Bolehlah saya kutip biji benihnya. 

Sekarang ini hobi saya kutip biji benih, tapi tanamnya tidak.

Monday, April 15, 2013

Jom Makan Laksa


Saya nak ajak makan laksa utara. Saya suka laksa saya banyak sayur segar atau ulam. 


Dari kiri saya perkenalkan daun selom (sendiri tanam sendiri makan), cili besar merah, daun salad dan cili api hijau.


Ini isi ikan dan asam keping khas untuk kuah laksa.


Ini pula daun kesum, ramuan paling penting. Kalau tak ada daun kesum tak jadi la laksa. Dipetik segar dari ladang saya sendiri(ladang cenonet belakang rumah).

 Bunga kantan tak ada, nak buat macamana, bukan senang nak cari kat bandaraya ni.




Ini hiasan laksa yang telah dihiris halus supaya senang dimakan.


Laksa yang telah dihias tapi belum di tuang kuahnya.


Jom makan laksa.

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Kebun Abah Anggur Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah cabang tiga tenggek burung Biji benih bunga telang nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi timun betik ulam Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Ulam Raja abah herba jualan17 melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Epal Hijau Korea LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik mengkudu siam pisang Daun Pandan Durian Belanda Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun epal bidara gajus hidroponik kesum ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam mulberi pucuk ubi kerinting pudina salam sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Azalea Bendi Beri Ajaib Betik Birthday Cili Merah Figs Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kaduk daun kari daun limau purut epsom salt gastrik hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot ketam kobis ungu kucai kuini kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk paku pucuk putat rendang tamar terung ulat Aidiladha Anaheim Peppers Anggur Merah Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Plastik Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados cicak kobin cikgu cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun keledek daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir ginseng jawa gout gulai masam halaman hijau hobi hotel ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas keratan batang khasiat kimchi kiwi kobis cina kumquat kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu microvawe money plant muak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek puding karamel pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung teh pudina tembikai kuning terima kasih terung berembang tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...