Nak beli benih online?

Friday, May 31, 2013

Tomato Ceri Mak saya


Saya yang semai anak pokok tomato ceri ini. 

Sebahagiannya saya tanam, sebahagian lagi saya beri kepada kawan baik di opis dan sepokok saya beri pada mak saya.

Kawan saya laporkan pokok-pokoknya mati, tak lama kemudian pokok tomato ceri saya pun mati. Tapi mak saya punya hidup dan berbuah. Inilah gambar buahnya.


Mak saya buat pancangnya daripada ranting kayu sahaja. Tapi berbuah juga, saya pakai pancang beli, tak menjadi.


Ini pula gambar buahnya yang dah masak. Mak saya letak pokok tomato ceri ini menumpang trellis pokok anggurnya.

Baru-baru ini mak saya alihkan pokok anggur ke tanah. Sekarang ini dah tinggal batang sahaja sebab adik saya mesinkan pokok anggur itu sekali waktu dia potong rumput dekat halaman rumah mak saya.

Mak saya sedih.




************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
 

Thursday, May 30, 2013

Bunga Ati-Ati Bayam


Pokok ati-ati ini saya tanam sebagai hiasan. Saya namakannya sesuka hati saya ati-ati bayam sebab daunnya macam daun bayam. Bunganya ungu kebiruan.


Ada tiga jenis ati-ati yang saya tanam sebab masa saya beli dekat nurseri harganya tiga pokok sepuluh ringgit. 

Walaupun harganya murah, pokok at-ati dikatakan banyak khasiat antaranya sebagai ubat batuk, ubat asma, ubat untuk luka-luka dan lecur.

Tapi saya tanam ati-ati sebab nak bagi warna sikit dekat halaman saya, kalau tidak semuanya hijau tak berseri.

Wednesday, May 29, 2013

Bunga Kemunting


Kesian pokok kemunting saya. Botak. Kebanyakan daunnya luruh.


Ingatkan dah tak ada harapan. Tapi ada daun baru yang tumbuh. Bunga pun dah keluar. Sejak kenal buah kemunting saya jadi sangat menyukainya.

Saya belikan sepohon pokok kemunting untuk mak saya tanam di rumahnya. Dulu susah nak dapat pokok kemunting. Tapi sekarang ini banyak pulak stok pokok kemunting dekat nurseri kegemaran.

Rasa nak beli semua.

Thursday, May 23, 2013

Hibiscus Esculentus


Ini gambar pokok bendi yang abah saya tanam. Gambar ini saya ambil bulan lepas. Sekarang ini tentulah dah berbuah.


Setelah berpenat lelah bekerja, berkursus, tibalah masanya untuk bercuti. Tapi saya tak adalah cuti sampai dua minggu pula. 

Kalau tak ada perkembangan terkini dekat blog ini faham-faham sahajalah.


Saya nak balik rumah mak abah saya sambil petik kacang bendi. Saya suka buat ulam mentah. Kalau rebus pun sedap juga.

Selain daripada itu mak abah saya nak buat kenduri kesyukuran, adik saya pesan bawa daun kari banyak-banyak balik rumah mak abah saya nanti. Agaknya dia nak masak ayam berempah dia yang terkenal tu kot.

Wednesday, May 22, 2013

Jeluak

Rasa nak muntah dah tengok skrin komputer, masuk minggu ini dah dekat dua minggu saya berkursus mengadap komputer.
 
Minta maaf kepada rakan-rakan yang saya dah janji nak hantar barang yang anda minta. saya tak dapat keluar dari bilik kursus apatah lagi nak ke pejabat pos.
 
Lagi sekali, maafkanlah saya. Kalau ada rezeki minggu depan saya poskan.

gambar sekadar hiasan
 
 
Cuba teka gambar bunga apa ni?

Tuesday, May 21, 2013

Jus Pembasmi Karang


 Pernah baca tak entry saya mengenai epal hijau sebelum ini. Kalau belum, mesti baca di SINI.

Gambar di atas adalah buah epal hijau yang saya beli dan juga daun jarum tujuh bilah yang saya tanam.


Saya amalkan minum jus epal hijau sekali-sekala bagi mengelak terkena penyakit yang sangat menyakitkan itu. 

Tapi kali ini saya saja nak buat eksperimen sikit, konon-kononnya nak tambah khasiat pada jus epal jadi saya campurkan dengan daun jarum tujuh bilah.


Saya gunakan 'juicer' bukan pengisar, jadi saya dapat pati buah tanpa campuran air seperti dalam gambar. Itu adalah hasil daripada dua biji epal dan tiga helai daun jarum tujuh bilah.

Boleh tahan juga rasa jus tersebut. Saya dah minum, tak mabuk dan tak pengsan.

Ada sesiapa nak cuba?



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Monday, May 20, 2013

Tuaian yang di Nanti-nanti Termakbul Akhirnya


Tuaian dari rumah mak abah saya, kacang panjang-biasa, ulam tenggek burung-biasa tapi buah durian belanda memang luar biasa.

Sudah lama saya perhatikan durian belanda kat pokok di rumah mak abah saya. Teringin nak minta tapi malu sebab buahnya sikit sangat.

Tapi bagai pucuk di cita ulam pun mendatang, mak saya pelawa saya ambil buah durian belanda sambil minta kebenaran abah saya. Abah saya pun dengan rela hati pergi petik untuk saya bawa pulang.

Saya dah makan buah durian belanda tu, memang manis. Tapi manis sangat hingga hilang pula rasa asli durian belanda yang masam-masam manis dah rasa macam buah nona pula.

Semalam mak saya pula datang rumah saya, jadi saya ambil delima kat pokok dan bagi mak saya bawa balik. Saya suruh peram sampai masak .

 Ada ke pun orang peram buah delima?

Saturday, May 18, 2013

Hatiku Kechiwa Tiada dapat Berkata

 Minta maaf kalau gambar ini menganggu ketenteraman jiwa anda.

Suatu hari sewaktu pulang dari kerja, saya dapati sebiji daripada buah delima di pokoknya telah hilang. Buah itu saya nak bagi mak saya bila dah masak. 

                                                          Minta maaf sekiranya gambar ini agak megerikan.


Tengok punya tengok, cari punya cari, rupa-rupanya buah tersebut telah jatuh ke bumi. Bila saya periksa buahnya telah rosak dan busuk. Kecewa hati saya.

Tak taulah sebab apa mungkin diserang lalat buah.

Saya pun lihat buah yang berdekatan dengannya. Saya dapati ada kesan-kesan calar dan tusukan kecil. Saya agak mungkin cucu jiran saya menjolok buah delima saya pula pada masa lapangnya. 


Friday, May 17, 2013

Pak Kaduk Menang Sorak Kampung Tergadai


Ini daun kaduk bukan Pak Kaduk. Tanaman mak saya.


Masa dekat rumah lama pun mak saya ada tanam pokok ini, dekat rumah baru sekarang ini pun dia tanam juga. Tapi sekali pun saya tak pernah makan pucuk kaduk yang mak saya masak/rebus. 

Dan firasat saya kuat mengatakan yang mak saya sendiri pun tak pernah makan daun kaduk yang dia tanam.

Thursday, May 16, 2013

Mari Menanam Serai Beramai-ramai


Saya ada lebihan serai yang saya tuai daripada pasu serai saya. Saya rendam dalam air untuk menjaminkan kesegarannya. Namun begitu oleh kerana kesibukan sehari-hari akhirnya serai saya terbiar dan akar pun mula tumbuh beserta dengan pucuk baru.


 Banyak akarnya tu, nak buang sayang. Jadi saya gunakan untuk projek penanaman serai saya. Tak taulah nak jual ke atau nak bagi sesiapa yang sudi.


Saya gunakan polibeg hitam bersaiz 1/2 kg sebab ia muat dalam pasu plastik kecil, sesuai untuk diperagakan bila ada jualan.


Bahagian bawah polibeg saya letakkan sabut kelapa hancur yang saya beli.


Kemudian saya tambahkan tanah campuran sehingga separuh daripada ketinggian polibeg. Saya letakkan anak serai.


Kemudian saya tambah lagi tanah campuran sehingga 3/4 polibeg.


Akhir sekali saya letakkan sabut kelapa hancur sekali lagi untuk menghalang kehilangan kelembapan pada semaian serai saya ini.

Sebenarnya saya suka-suka sahaja buat cara ini. Kalau abah saya tanam serai, dia cucukkan sahaja serai-serai kecil yang tak sesuai dijual ke atas tanah. Saya tengok elok subur sahaja serai-serai tanamannya.

Saya ada dua pasu serai yang tak termasak lagi tak termakan. Satu pasu disemai oleh mak saya dan satu lagi saya semai sendiri menggunakan kaedah di atas.

Wednesday, May 15, 2013

Esok, Hari ini dan Semalam


Lama sudah saya tak letak gambar bunga dalam blog ini. Kebetulan pokok bunga yang dah agak lama saya tanam ini tiba-tiba mengeluarkan bunga yang banyak daripada biasa. Agaknya jiran saya tolong bajakan dengan baja bunga kot.

Inilah pokok bunga TYT- Tomorrow, Today & Yesterday. Tapi masa saya beli pokok ini dengan kawan opis katanya nama bunga ini Monday-Friday. Apa-apa pun namanya tetap omputeh.


Saya beli pokok bunga ini pun sebab kata kawan saya baunya wangi. Memang betul baunya wangi tapi tak kena dengan jiwa dan hidung saya. 

Kata orang bunga ini penting dalam pembuatan minyak wangi.


Ciri yang membezakan bunga ini daripada yang lain adalah yang pertamanya tentulah namanya yang kebaratan (hehehe!) yang juga ada kaitan dengan penampilan bunga ini. Warna pada bunga ini berubah-ubah mengikut masa. Warna ungunya akan berubah dari sehari ke sehari semakin pudar dan akhirnya menjadi warna putih.

Bunga ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita, yang mana kita daripada cantik berubah dan pudar kecantikannya mengikut masa. 

Dan macam rambut kita juga daripada hitam (bukan ungu macam bunga ini), beransur-ansur putih seiiring dengan usia (macam boss saya yang bakal naik pangkat tak lama lagi, risau sangat dengan rambutnya yang beruban, rilek la boss).

Tuesday, May 14, 2013

Apa yang saya Jumpa?


Sewaktu meronda-ronda di kebun abah saya, saya terjumpa pokok ini dalam lautan pokok serai abah saya.


Saya jumpa pokok kesum atau daun laksa. Punyalah banyak. Bukan dekat kawasan berair pun. Atas tanah kebun biasa.

Mak saya ikut saya meronda kebun, dia pun tak tau ada banyak pokok kesum dalam kebun abah saya. Mak saya potong sikit buat tanam dekat rumah katanya, senang bila nak masak. Mak saya jarang-jarang meronda kebun abah saya, dia duduk di rumah menjaga Mimin.

Selepas itu saya tanya abah saya kenapa dia tak jual daun kesum. Abah saya kata terdapat diskriminasi jantina sewaktu beliau menjual daun-daun kesum pada penjual ulam-ulaman.

 Katanya lagi kalau perempuan yang  bawa daun kesum untuk dijual harganya lebih tinggi tapi kalau lelaki yang jual, diorang bagi harga ikut suka  sahaja. Abah saya tak puas hati. 

Macam itu pun ada ka?

Monday, May 13, 2013

Dah Masak!


Pejam celik, pejam celik dah masak pun buah timun betik yang saya tanam.


Saya tahu dia masak pun sebab tertanggal dari tangkainya dan jatuh dalam pasu. Tercederalah sedikit, kesian. Ingatkan lambat lagi baru masak.


Inilah rupanya bila dibelah dua. Bahagian yang berwarna jingga itu ada biji benihnya, rasanya agak manis tapi kita tak makan yang itu.


Kita ambil isinya sahaja, baunya memang harum, macam bau tembikai susu.


Buah ini memang kurang manis berbanding tembikai susu, jadi kita taburkan gula.


Lepas itu kita tuangkan santan, tapi saya tak ada santan jadi saya letak susu cair. Seeloknya letak ketulan ais sekali barulah sedap dan menyegarkan. Tapi memandangkan sekarang ini saya tengah batuk, saya pun tak letak la.

Apalagi makanlah! Sedap rasanya lemak-lemak manis. Cubalah!

Saturday, May 11, 2013

Misteri Pakis Pelangi


Inilah pokok paku yang membawa saya ke alam misteri. 

Gambar ini saya ambil di alamat yang saya tampal dekat gambar itu ya. Tuan punya gambar janganlah marah saya ya, izinkan saya menggunakan gambar tersebut.

Saya siarkan cerita ini disebabkan @na tuan punya blog diari kebun~@na. Silalah lawat blog dia yer.

Ceritanya begini:


Pada satu hari saya (kecik lagi masa tu, belum sekolah) dan kakak saya (beza lima tahun umur) pergi berjalan-jalan dekat satu kawasan pembinaan (perumahan) yang berhampiran dengan hutan. 

Dekat kawasan itu ada banyak pokok paku antaranya paku midin dan pokok paku pelangi (saya yang bagi nama sebab daunnya berkilat macam permukaan CD). 

Sewaktu lalu dekat tepi pagar kawasan itu kami terpandang satu pemandangan yang sangat cantik.  Kami nampak satu kolam  yang di tengah-tengahnya ada pokok mengkuang dan ditepinya ada satu taman dengan bunga semarak kuning berguguran kat atas rumput yang menghijau yang kelihatannya  dijaga rapi. 

Sehingga sekarang saya masih boleh membayangkan rupabentuk kawasan taman tersebut. Tapi pada waktu itu saya tak nampak ada orang pun kat taman tu. Suasananya sungguh nyaman berbanding dengan kawasan pembinaan tersebut. 

Saya dan kakak saya cuba untuk pergi ke taman yang cantik itu tapi kami dihalang kolam dan pagar kawasan pembinaan. 

Selepas niat kami terhalang, kami bercadang nak pergi ke taman itu esok harinya dengan melalui jalan yang sebelah lagi (yang kami jangka ada). 

Esoknya, kami pergi lagi ke kawasan tu, tapi yang kami nampak cuma hutan, tak ada tanda-tanda pun ada jalan lain ke taman itu dan tamannya pun dah tak nampak bayang. Kami pun malas lagi nak cari dan terus balik ke rumah. 

Nasib baiklah tak sampai dekat taman tu, kalau tidak tak tahulah, mungkin saya dah jadi anak angkat orang bunian kot.

Friday, May 10, 2013

Kandungan Vitamin C dua kali ganda daripada Oren


Inilah buah yang mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi iaitu buah betik atau papaya.


Pokoknya ini di rumah mak abah saya. Nampakkan ada dua pokok dan ada satu lagi yang hanya nampak daun. Mak saya sentiasa memastikan ada pelapis untuk pokok-pokok betiknya agar katanya tidak keputusan bekalan betik.

Tapi mak saya dan abah saya tak makan pun betik hari-hari. Yang banyak makannya adalah burung. Sekarang ini sejak ada jiran baru, mak saya rajinlah sedekah buah betik dekat jiran. Yang nampak rumah tulah rumah jiran baru kami, orang Pattani.

Jiran baru pun selalu puji buah betik yang mak saya bagi katanya sedap, maklumlah percuma. Jiran baru siap minta benih betik dengan mak saya.


Kadang-kadang adalah juga adik saya bawa balik betik muda ke rumahnya untuk buat halwa yang berukir-ukir tu. 

Mak saya, kakak saya dan adik saya minat sangat buat kerjatangan  terutamanya untuk orang kahwin. Saya minta maaf sahajalah, tak minat.

Thursday, May 9, 2013

Apa Pasal Wangi Sangat?


Pada satu hari sabtu, macam biasa saya pergi ke nurseri kegemaran untuk tengok kalau-kalau ada pokok baru yang tak ada dalam koleksi saya. Sambil itu saya belikan baja yang mak saya pesan. 

Kata mak saya baja kat nurseri kegemaran bagus sangat untuk pokok-pokok bunga kertas dia.

Sewaktu saya nak balik dari nurseri, ada seorang nyonya nak tanya saya tentang sesuatu, tapi saya tak ingat dah. Ketika itu saya dalam kereta, saya pun turunkan cermin. Tiba-tiba nyonya itu terus tanya saya apa pasal ada bau wangi sangat. Saya tak cium bau apa-apa pun.

Baru saya teringat, ada daun pandan dalam kereta saya. Itu sebab wangi.

Dekat mana saya letak daun pandan tersebut? Dalam bonet kereta. Daun pandan ini saya kutip dari rumah mak abah saya. Pokok pandan rumah saya simpan untuk kes istimewa sahaja.

Kadang-kadang saya pun lupa ada daun pandan dalam kereta. Bila ada orang tanya barulah saya teringat. Bagi kita yang hari-hari naik kereta tersebut, kita tak akan perasan pun ada bau pandan.

Kalau pagi-pagi saya datang opis, mesti orang ingat saya bawak bekal nasi lemak, sebab bau pandan melekat sampai ke baju (mesti orang ingat saya rajin masak nasi lemak pag-pagi buta sebelum pergi opis, sebenarnya masak air pun tidak, semua pakai mesin).

Wednesday, May 8, 2013

Kebun Kelapa Mak Saya


 Banyak tak buah kelapa mak saya? Memang lebat buahnya tapi saya tak tau kelapa jenis apa tapi memang bukan kelapa pandan.


Kalau abah saya sibuk dengan kebun serainya, mak saya pula ada kebun kelapa. Kedudukan kebun ini adalah berhadapan dengan rumah mak abah saya dan dipisahkan oleh jalan tar. 

Ada berapa pokok dekat kebun ini? Saya pun tak kira, rasa-rasanya lebih daripada sepuluh pokok.


Ini pokok yang paling rendah. Rasanya buah pokok ini pernah dicuri orang. Memang ramai orang yang lalu-lalang depan rumah mak abah saya cemburu dengan pokok-pokok kelapa ini. 

Tak kurang juga yang minta beli dan ramai juga minta percuma, terutamanya jiran dan anak menantu mak abah saya.


Tapi yang paling bagusnya ada pokok kelapa sendiri ialah bila terasa dahaga di saat cuaca panas, pergi sahaja ke hadapan rumah dan petik kelapa muda dengan tangan sebab pokok-pokok kelapa mak saya ini masih rendah lagi.

Seperti saya, mak saya pun jarang-jarang masak gulai atau masakan yang menggunakan santan. Itu sebab buah kelapa tua pun banyak lagi kat pokok-pokok ini. 

Tuesday, May 7, 2013

Mari Menuai Kacang Panjang bersama Yasmin

Sebelum ini saya ada cerita yang abah saya ada menanam pokok kacang panjang kan.

Pokoknya dah pun berbuah dan sudah boleh dituai. Sekejap sahaja kan, kalau kita tanam sendiri lambat sahaja rasanya nak berbuah.


Macam biasa, model kacang panjang akan menawarkan diri untuk memegang hasil tuaian untuk kali ini, dengan senyuman tak nampak mata.


Lebat juga pokok kacang panjang abah saya ini berbuah. Sebenarnya abah saya dah tuai banyak kacang ini. Tapi dah tak berapa segar. Jadi yang itu adik saya bawa balik seplastik besar ke rumahnya. Kata adik saya dia nak jual dengan kawan-kawan berdekatan rumahnya.


Kacang panjang yang Mimin pegang ini saya tuai sendiri di pokoknya, saya pilih yang elok-elok dan segar sahaja. 

Saya paksa Mimin bergambar bawah pokok pisang bersama hasil tuaian. Macam biasa Mimin buat muka pelik.


Agak-agaknya kan, bulan depan kalau saya balik lagi ke rumah mak abah saya, ada tak lagi kacang panjang untuk dibawa pulang?

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah cabang tiga tenggek burung Biji benih bunga telang nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi timun betik Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting ulam Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Tomato Ulam Raja abah herba melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Epal Hijau Korea LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik mengkudu siam pisang Daun Pandan Durian Belanda Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah daun epal bidara gajus hidroponik kesum ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam mulberi pucuk ubi kerinting pudina sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Azalea Bendi Betik Birthday Cili Merah Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga bidara buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kaduk daun kari daun limau purut epsom salt gastrik hospital hoya jeruk jualan17 kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot ketam kobis ungu kucai kuini kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk paku pucuk putat rendang salam tamar terung ulat Aidiladha Anaheim Peppers Anggur Merah Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Beri Ajaib Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Figs Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Plastik Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados cicak kobin cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun keledek daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir ginseng jawa gout gulai masam halaman hijau hobi hotel ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas keratan batang khasiat kimchi kiwi kobis cina kumquat kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu microvawe money plant muak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung teh pudina tembikai kuning terima kasih terung berembang tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...