Nak beli benih online?

Wednesday, July 31, 2013

Apa Nasib Cemperai?


Dulu saya pernah cerita yang abah saya ada cuba menanam pokok cemperai untuk pucuknya yang sedap sangat tu. Beginilah rupanya, lambat sangat membesar tapi sekurang-kurangnya ia tak mati.


Kalau nak ambil pucuknya memang tak ada lah. Apa lagi nak buat masak lemak putih kegemaran saya tu.


Nampaknya abah saya dah mula menanam serai dekat kawasan pokok cemperai ditanam. Harap-harapnya abah saya tak putus asa dengan pokok cemperai. Biarlah ia hidup dengan caranya sendiri. Mungkin suatu hari nanti impian saya nak makan masak lemak putih pucuk cemperai hasil tanaman abah saya akan tercapai. Doa-doakanlah.

Tuesday, July 30, 2013

Semangka Kuning


 Semangka ialah tembikai, jangan buat tak tahu pula. Ini adalah pokok tembikai kuning yang abah saya tanam di kebunnya sebulan yang lalu. Masa itu hujan tak turun, tengoklah keadaan tanah itu.


Kesian tengok keadaan pokok ini, kecil dan kurus.


Sebulan kemudian, hujan pun dah mula turun. Saya terjumpa buah ini. Kecil lagi, tak layak dimakan.


Kemudian terjumpa lagi sebiji. Juga kecil tapi menjadi juga pokok tembikai kuning abah saya ini. Sebelum ini saya cuma dapat makan buahnya tanpa melihat pokoknya. Seronokkan tengok pokok yang kita tanam mengeluarkan hasil.


Pokok yang kecil dan kurus ini berjaya menghasilkan dua biji buah tembikai dan mungkin akan menghasilkan lebih banyak buah lagi.

Kalau bercerita mengenai tembikai saya teringatkan peristiwa adik saya bersama tembikai-tembikainya. Ceritanya begini, waktu kami sama-sama kecik dulu, di rumah kami ada tembikai yang banyak hasil daripada kebun tembikai yang telah ditinggalkan empunya setelah mendapat hasil tuaian yang sepatutnya.

Sebelum sedekahkan buah tembikai kepada jiran-jiran, mak saya selalunya tebuk sedikit kulit tembikai untuk memastikan tembikai yang disedekahkan itu elok. Adik saya yang terlebih bijak telah melihat perlakuan mak saya itu. 

Selepas itu secara senyap-senyap semua tembikai yang sepatutnya boleh disimpan lama ditebuk oleh adik saya dengan menggunakan pisau. Habis rosak semua tembikai tersebut. Apalagi, adik saya pun kena marah 'kaw-kaw' dengan mak saya. Sampai sekarang kenangan itu masih kami ceritakan bila sesekali berkumpul sambil makan tembikai.

Kepada adik saya, kalau terbaca entry ini jangan marah, bukan orang kenal pun...hehehe! Balik raya nanti kita makan semangka kuning yer.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Monday, July 29, 2013

Petua Tanam Kelapa


Berkesempatan sekali lagi ke rumah lama mak abah saya. Saya lihat banyak buah kelapa bergelimpangan di bawah pokoknya.Malah ada yang dah bertunas.

Mak saya kata kalau nak tanam pokok kelapa tak boleh ambil yang sebarangan. Kalau pilih yang tunasnya tumbuh di pusat kelapa nanti pokoknya mudah menjadi sasaran panahan petir.


Macamana pula kalau nak kelapa berbuah banyak? Mak saya kata lagi (petua orang tua-tua yang agak kelakar), ikat tempurung kelapa secara berantai dan kalungkan pada pokok kelapa. Saya tengok mak saya tak buat macam tu pun, tetapi kelapanya tetap berbuah lebat.

Tapi yang saya selalu mak saya buat ialah letak garam kasar pada celahan pelepah kelapa untuk membunuh kumbang perosak pokok kelapa.

Rupa-rupanya tanpa saya sedari, mak saya menjadi pengedar anak pokok kelapa secara sambilan. Semua benih-benih kelapa yang disemainya telah di tempah oleh pelanggan. 

Tapi mak saya merungut juga, ada pelanggan yang ambil banyak anak pokok kelapa tapi sampai sekarang tak bayar.

Friday, July 26, 2013

JUALAN BIJI BENIH PRA HARI RAYA

JUALAN INI TELAHPUN TAMAT. SILA KE http://jualansm.blogspot.com/ UNTUK PEMBELIAN BIJI BENIH YANG TERKINI

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Terima Kasih di ucapkan kepada pembeli-pembeli biji benih PAKEJ RAMADHAN SEMUA MENJADI. Setakat ini semua pembeli telah terima biji benih yang dipesan dengan jayanya. AlhamdulilLah.

Tak sangka, jualan sambil berkongsi biji benih daripada saya mendapat sambutan yang memberansangkan daripada peminat-peminat aktiviti tani.

Ada juga permintaan tambahan yang akan saya poskan pada hari Isnin ini (29 Julai 2013). Dengan itu secara rasminya Jualan Pakej Ramadhan tamat pada hari ini.

Kerana sampul ekspress saiz sederhana saya telah kehabisan, saya akan menawarkan pakej baru yang menggunakan sampul ekspress saiz kecil.

Pembeli yang berminat bolehlah pilih LIMA (sahaja) jenis biji benih (SATU BAGI SETIAP JENIS) yang saya tawarkan, sila rujuk SENARAI RUJUKAN  BIJI BENIH.

Kepada yang berminat bolehlah hantarkan nama, alamat dan nombor telefon anda kepada saya di email semuamenjadi@gmail.com.

Selamat berbuka puasa.


Sambung Nyawa Ungu Hijau


Hari ini cuti d tempat saya sempena Nuzul Quran. Lambat sikitlah menaip. Ini ulam sambung nyawa hijau dan ungu.


Sedap di makan dengan nasi semasa berbuka nanti. Sambung nyawa hijau  asalnya daripada anak pokok yang di hadiahkan oleh kawan baik di opis, yang ungu pula di tanam dari keratan batang yang di beli di pasar malam, dijual oleh peniaga bangsa cina.

Hasil dari pembacaan saya di dapati sambung nyawa yang ungu lebih banyak khasiatnya daripada yang hijau. Tapi saya suka kedua-duanya sebab ia ada bau yang sedap.

Thursday, July 25, 2013

Cabang Tiga Membesar Bagai Johan


Semalam sehari suntuk berkerja di luar kawasan, jadi juri untuk satu pertandingan. Dalam perjalanan balik ke opis pemandu  bawa singgah di dua buah pasar ramadhan. Penatnya terasa sampai ke hari ini. Jadi tak boleh nak cerita panjang-panjang.

Gambar di atas adalah pokok ulam tenggek burung atau cabang tiga yang saya tanam di dalam pasu.


Tinggi pokok ini cuma setengah meter tapi lihatlah daunnya yang sama besar dan panjang dengan botol air mineral. Saya sangat bangga dengan tumbesarannya yang memberansangkan. Setakat ini saya belum petik lagi pucuknya untuk dibuat ulam.

Wednesday, July 24, 2013

Rujukan Biji Benih


Saya harap biji benih yang saya pos pada hari Isnin lalu telah pun sampai ke tangan penerimanya. Saya tak tandakan nama pada biji-biji benih yang saya hantar kerana tak sempat. 

Kalau tak silap saya setiap pembeli mendapat sembilan jenis biji benih yang kebanyakannya pokok menjalar. 

Di bawah ini saya sertakan gambar biji benih tersebut dengan namanya agar dapat di jadikan rujukan bagi pembeli-pembeli yang bertuah tersebut.


Biji benih timun betik/timun ladang/timun suri.


Benih ulam raja


Biji benih tembikai susu




Biji benih 2 jenis labu manis


Biji benih kacang panjang


Biji benih bunga telang


Biji benih petola bantal


dan Biji Benih Betik 



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Tuesday, July 23, 2013

RM35


Semua ini saya dapat untuk RM35 sahaja. Berbaloi tak?

Tuaian saya daripada nurseri kegemaran terdiri daripada tujuh bungkus tanah campuran, sepasu bunga ros mini, pokok bangun-bangun (cuban oregano), anak pokok anggur dan sebiji pasu seramik.


Anak pokok anggur ini saya cadang nak tukar pasunya kepada yang lebih besar dan jaga dia baik-baik sampai cantik. Lepas itu saya nak cuba jual bila ada peluang dengan harga yang lebih tinggi.

 
Pokok bangun-bangun ini pula untuk koleksi peribadi saya. Saya suka baunya yang mengingatkan zaman kanak-kanak saya waktu main masak-masak.


Dan yang ini pula bunga ros yang saya ceritakan hari itu. Antara semua tuaian berbayar yang saya dapat di nurseri kegemaran inilah yang paling saya suka.

Setelah agak lama menjadi pelanggan tetap di nurseri kegemaran, saya telah belajar kaedah untuk mendapat harga yang lebih berpatutan. Antaranya hanya membeli daripada taukeh lelaki, kalau dengan taukeh perempuan sudahlah mukanya masam harga pun sama naik masam dengan mukanya sekali. Maklumlah seperti yang kita tahu 'cas yang sama akan menolak'.

Dulu sewaktu Kamal ada senang juga nak minta diskaun, sejak dia 'balik negara'  terpaksalah saya mengharapkan diskaun daripada taukeh lelaki sahaja.

Monday, July 22, 2013

Tuaian Gulai Masam


Ini dia tuaian yang terdiri daripada cili api dan serai. Cili api dah naik kering dekat pokoknya, sekarang ini susah betul nak jumpa hujan di kawasan rumah saya. 

Cili api pula tengah galak berbuah setelah hampir-hampir nyawa ikan akibat serangan bena putih. Selepas dipangkas dan sembur racun perosak, akhirnya pokok bertunas semula dan mengeluarkan buah yang lebat daripada sebelumnya.

Resepi yang saya nak buat dengan tuaian ini adalah gulai masam atau orang kebanyakan sebut Asam Rebus. Inilah masakan paling senang nak buat. Masak dalam microvawe pun boleh. 

Caranya tumbuk ciliapi, kunyit, bawang dan belacan. Titikkan serai. Kemudian sediakan periuk kaca, masukkan ikan (saya suka ikan tongkol, ikan lain pun boleh), masukkan air dan bahan yang ditumbuk beserta asam keping. Akhir sekali masukkan periuk kaca dalam microwave, setkan pada suhu tinggi selama 10 minit.

Masakan ini sangat sesuai untuk bangkitkan selera yang masih tidur waktu bersahur, selamat mencuba!

Sunday, July 21, 2013

JUALAN BIJI BENIH online PERTAMA SEMUA MENJADI (TERHAD)

JUALAN INI TELAHPUN TAMAT. SILA KE http://jualansm.blogspot.com/ UNTUK PEMBELIAN BIJI BENIH YANG TERKINI


Seperti yang saya ceritakan semalam, saya nak cuba menjual sambil berkongsi biji benih yang ada dalam simpanan saya. Biji benih ini kebanyakannya dikumpul daripada kebun abah saya. Semuanya ditanam secara organik dan melalui proses alam semulajadi.

Biji benih dijual secara pakej dan akan dihantar melalui sampul pos ekspress saiz sederhana. Kalau berada dalam kawasan liputan akan sampai pada hari berikutnya (esok), kalau diluar kawasan liputan akan dihantar hari yang berikut-berikutnya (lusa, tulat, tonggeng).


Gambar di atas menunjukkan antara biji benih yang mungkin anda terima di dalam pakej yang ditawarkan dengan harga promosi Ramadhan iaitu RM10 sahaja termasuk urusan pos.

Sekiranya berminat bolehlah emel kepada saya iaitu di semuamenjadi@gmail.com dengan kadar segera kerana tawaran terhad kepada 7 pakej sahaja dan penghantaran akan dibuat (dipos) pada hari Isnin 23 Julai 2013.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

Saturday, July 20, 2013

Terima Kasih SriKota Garden


Waah!! Murah betul rezeki saya bulan ini. Alhamdulillah! Saya terima banyak biji benih daripada rakan-rakan blogger. Semalam saya terima pelbagai biji benih yang saya suka sangat  ini daripada pemilik blog My Mix Garden.

Saya selalu melawat  My Mix Garden sebab ada banyak tanaman yang pelik dipaparkan, sangat sesuai dengan jiwa saya yang sukakan tanaman yang lain daripada biasa.

Kadang-kadang saya cemburu juga tengok orang ada banyak ruang untuk bertanam dan boleh tanam macam-macam jenis tanaman. Yang saya paling cemburu sekali adalah tanaman terkini beliau iaitu pokok tin sebab saya suka sangat buah tin. 

Tapi SriKota Garden janganlah risau, saya cemburu positif, saya pun berazam dan akan berusaha untuk memiliki pokok-pokok seperti yang ada di laman anda. Selamat maju jaya dan semoga impian kita sama-sama tercapai.

Akhir kata, Terima Kasih tak terhingga kepada pemilik blog My Mix Garden  (terima kasih daun keladi boleh?) dan semoga Semua....... Menjadi!

Friday, July 19, 2013

Roses Forever


Pada suatu hari saya melawat nurseri kegemaran, saya terjumpa ini. Comel kan!


Bunga ini didatangkan dalam pasu kecil beserta bungkusan yang menarik. Tahan lebih lama berbanding jambangan mawar segar  yang dibeli di kedai bunga.


Sangat menawan dengan bunga yang memenuhi pasu dan daunnya yang berkilat cantik.


Saya beli sepasu dan letak atas meja saya di opis. Ramai yang cemburu.

Wednesday, July 17, 2013

Terima Kasih Sali


Akhirnya! Tiba juga penghantaran daripada Sali yang dah ditunggu agak lama juga. Kebetulan semalam saya balik rumah waktu tengahari, saya teringatkan emel daripada Sali. 

Sejurus kemudian terus saya dengar bunyi hon motor. Adik posmen bunyikan hon banyak kali sangat, naik risau saya. Bergegas saya keluar rumah dan ambil sampul yang adik posmen bagi. Tersenyum lebar saya.

Terima kasih Sali sebab bersusah payah hantar benih-benih ini pada saya. Kalau tak silap masuk yang ketiga kalinya barulah sampai bungkusan ini pada saya.

Pada kawan-kawan lain yang pernah hantar benih pada saya sebelum ini pun saya ucapkan terima kasih banyak-banyak juga. Pada yang nak hantar lepas-lepas ini pun saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak juga.

Selepas ini saya terfikir nak buat aktiviti jualan biji benih secara pakej pula. Agak-agak ada tak orang nak beli?

Tuesday, July 16, 2013

Pucuk Ubi Keledek


Cuba teka apa ini?


Pandai! Ubi keledek yang dah bertunas. Penat saya simpan ubi keledek ini dan tunggu sampai dia bertunas. saya beli ubi ini di pasar malam. 

Sebahagiannya saya bawa balik ke rumah mak saya, tapi tak tahulah mak saya masak apa dengan ubi keledek tersebut. Kalau saya, ubi keledek ini sedap dibuat kuih gelang. 

Tapi selalunya saya malas nak buat. Beli sahaja, maklumlah  wanita bekerjaya yang  sibuk selalu (kononnya!).


Saya nak tanam ubi keledek ini untuk pucuknya. Tak sabar nak masak pucuk ubi keledek goreng belacan, Nyum! Nyum!

Monday, July 15, 2013

Pisang Emas


Ini pisang emas. Kecil-kecil sahaja buahnya tapi memang manis. Bukan pisang kegemaran saya tapi merupakan pisang kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia.


Mak saya panggil ini cicit pisang sebab kecil sangat. Kalau besar sikit saiznya mesti abah saya jual dekat pasar. Abah saya kata berebut orang nak beli. Cuma keluarga saya kurang pandang pisang ini sebab dah biasa sangat makan pisang emas percuma.

Friday, July 12, 2013

Lantana


Masa kecik-kecik dulu inilah bunga yang banyak dalam belukar tapi sekarang dia dah duduk kat nursery. Warnanya pun dah macam-macam.


Dulu yang sibuk dicari bukan bunganya tapi buahnya.

Thursday, July 11, 2013

Cicak Kobin Pucuk Ubi


Ini gambar cicak kobin kena flash kamera. Dia tengah pegang pucuk ubi, jadi saya bagi dia nama Cicak kobin pucuk ubi.



 Saya perhatikan warna cicak kobin ini agak berlainan daripada yang biasa saya jumpa. Macam warna biawak, agaknya mak dia kawin dengan bawak kot.


Ini pula gambar penuh cicak kobin. Dia terkedu sebab saya dapat ambil gambar dia masa nak mencuri pucuk ubi mak saya (sila perhatikan tangannya tu). Agaknya nak buat pecal makan masa buka puasa la tu.

Wednesday, July 10, 2013

Tanduk Tiga Belas


Ini dia pisang tanduk hasil penat jerih abah saya di kebunnya. Kebetulan masa saya balik pisang ini dah pun matang.

Sangat sesuai dijadikan kerepek dan bila dah masak sikit, sedap kalau digoreng.


Saya letak botol itu sebab nak tunjukkan saiz pisang tanduk. Selalunya saiz pisang tanduk lebih besar daripada yang ini,  kira yang saya tunjuk ini kecil sahaja.


Setandan pisang tanduk yang abah saya tanam ini cuma ada tiga belas biji. Saya cuma ambil satu biji yang paling besar untuk dibawa pulang ke rumah saya. 

Abah saya suruh ambil lebih, sebab kalau saya rajin saya buat kerepek dan ekspot semula ke rumah mak abah saya.

Tapi kali ini saya tahu kemampuan saya, ada banyak kerja yang perlu dilakukan, nak masak nasi pun tak sempat, inikan pula nak goreng pisang.

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Kebun Abah Anggur Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah cabang tiga tenggek burung Biji benih bunga telang nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi timun betik ulam Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Ulam Raja abah herba jualan17 melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Epal Hijau Korea LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik mengkudu siam pisang Daun Pandan Durian Belanda Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun daun kaduk epal bidara gajus hidroponik kesum ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam mulberi pucuk ubi kerinting pudina salam sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Azalea Bendi Beri Ajaib Betik Birthday Cili Merah Figs Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kari daun limau purut epsom salt gastrik hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot ketam kobis ungu kucai kuini kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk paku pucuk putat rendang tamar terung ulat Aidiladha Anaheim Peppers Anggur Merah Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Plastik Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados cicak kobin cikgu cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun keledek daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir ginseng jawa gout gulai masam halaman hijau hobi hotel ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas keratan batang khasiat kimchi kiwi kobis cina kumquat kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu miang kham microvawe money plant muak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek puding karamel pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung teh pudina tembikai kuning terima kasih terung berembang tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...