Nak beli benih online?

Wednesday, April 30, 2014

Kemaruk Kucing


Memang saya teringin sangat nak bela kucing. Punca utamanya adalah FB. Saya tengok ramai yang tayang kucing comel-comel belaka jadi saya pun teringin nak sekor. Paling kurang boleh jadi model  bagi menceriakan gambar-gambar tanaman saya.
 
Dulu saya pernah ada dua ekor kucing yang sangat saya sayangi. Lama sangat dah. Mungkin kali terakhir saya ada kucing kira-kira 10 tahun yang lalu. Disebabkan sangat teringin berkucing saya telah membeli banyak peralatan kucing contohnya tali hijau seperti dalam gambar. Bekas makan dan minum kucing dan pelbagai barangan kucing yang saya jumpa.
 
Pencarian kucing saya bermula di sebuah pasar basah. Ada banyak kucing di situ tapi kebanyakannya dah tua sangat tak sesuai dijadikan anak angkat. Yang muda-muda pula kurus dan tak sihat. Saya terjumpa seekor kucing yang agak sesuai tapi tak tak banyak pilihan warna.  Kucing tersebut berwarna hitam.
 
Saya pun bawa pulang ke rumah. Mandikan, bagi minum dan makan. Tapi dia tanak makan. Saya sediakan kotak beralas kain sebagai tempat tidur dan dia tidur nyenyak di situ.
 
Malangnya kerjanya tidur sahaja, bangun pun sekejap sahaja. Makan pun tidak. Masuk hari kedua saya risau kucing tersebut akan mati, lalu saya hantar semula ke pasar.
 
Selepas itu  ada juga kawan-kawan yang kata nak bagi kucing tapi sampai sekarang tak nampak batang idung.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
  
 
 

Friday, April 25, 2014

email daripada Pembaca 1 - Tips penananaman Pokok Delima

Ada banyak juga email yang saya terima daripada para pembaca blog Semua Menjadi terutamanya tentang cara penanaman, ingin menemubual penulis blog dan paling banyak sekali email daripada pembaca yang ingin membuat penyelidikan tentang pelbagai topik tanaman sambil melawat 'ladang' yang usahakan.

Ingin dan telah saya maklumkan beberapa kali, saya tak ada ladang mahupun kebun apatah lagi estate. Yang saya ada cuma kebun tergantung dan sikit-sikit tanaman di hadapan rumah.
 
Ini antara email darpada pembaca yang baru sahaja saya terima sekitar 2 ke 3 jam yang lalu. Suka saya nak buat entri sebab soalannya nampak banyak dan ada kaitan dengan soalan-soalan pembaca sebelum ini. Sudilah kiranya rakan-rakan, sohabat Semua Menjadi membacanya sekali sebagai pengetahuan sampingan. 
 
Sayugia (cheeeewah!) diingatkan, saya bukanlah pakar botani, hortikultur, hidroponik, aquaponik atau lain-lain yang berkaitan, cuma menulis berdasarkan pengalaman yang ada (sedikit sahaja pun).
 
Email tersebut:

Azahar

10:15 AM

to me
 
 
as-salam
saya ingin bertanya beberapa perkara mengenai pokok DELIMA
1- berapa lama baru ia berbuah
2- serangan penyakit serta mahluk perosak
3- baja yang sesuai untuk dia
4- cara penanaman di dalam pasu, adakah ia sesuai jika sesuai berapa pula saiz pasu tersebut.
5- jika di tanam di dalam pasu, dari segi nutrien tanah tersebut pasti abis adakah boleh top up sahaja guna baja organik
6-kiraan tanah di dalam pasu...adakah caranya first layer sabut, 2nd layer tanah hitam...baru nak mencuba ni..hiih
7-dari segi iklim dan pencahayaan matahari bagai mana pula...
banyaknya soalan

terima kasih..
 
 
Jawapan semua Menjadi:
 
 
 
1. Pokok delima yang saya tanam daripada anak pokok mula berbunga sekitar sembilan bulan setelah dialih ke dalam pasu. Sebulan yang pertama banyak bunga yang keluar tetapi tidak menjadi buah. Pada bulan yang kedua, putik-putik kecil delima telah mula kelihatan. 
 
2. Pokok delima dan daunnya kurang musuh perosak kerana daunnya agak keras. Tetapi buahnya sering diserang lalat buah dan juga bena putih (pada bahagian hujung buah sahaja) .
 
3. Saya sendiri banyak menggunakan baja organik pada pokok delima saya contohnya baja rumpai laut dan hampir tidak pernah menggunakan baja buah kimia tetapi pokok delima saya tetap berbunga dan berbuah sepanjang tahun.
 
4. Saya sendiri tanam pokok delima di dalam pasu kerana kekurangan ruang. Tapi diingatkan saya letak pasu tersebut di atas tanah bukannya di atas simen.  Tapi pasu tersebut masih belum pecah tapi saya menjangkakan yang akar pokok delima telah masuk ke dalam tanah. Pasu yang saya gunakan bersaiz sederhana, diameternya kira-kira 30 cm. Tapi saya cadangkan penggunaan pasu yang lebih besar kalau ditempatkan di atas simen.
 
5. Soalan yang ini, agak sukar saya menjawabnya kerana kurang ilmu tentang pekara tersebut. Mungkin ada antara pembaca yang lebih arif boleh bantu.
 
6. Saya cuma gunakan tanah campur yang dibeli dinurseri dengan harga RM1.50 satu peket. Tiada campuran lain.
 
7. Pokok delima memerlukan cahaya matahari penuh untuk hidup membesar dan paling penting ketika berbuah.  Saya perhatikan bahagian pokok yang mendapat cahaya matahari lebih akan mengeluarkan bunga dengan lebih kerap berbanding bahagian yang terlindung. Iklim tentulah khatulistiwa (kalo kat Malaysia la...hehehe).
 
 
- ya memang banyak soalan daripada encik sehinggakan saya terpaksa buat entri. Tapi sebenarnya saya kena ucap terima kasih juga disebabkan soalan encik maka wujudlah satu entri yang saya harap dapat memberi manafaat kepada pembaca-pembaca yang lain.
 
Jangan ambil hati tau, saya bergurau sahaja.
 
Sekian, Terima kasih daripada saya, smRose.


************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

 

Thursday, April 24, 2014

Kembang Sepuluh Pagi Kuncup Sesuka Hati











Kalau dalam masa seminggu tak tayang gambar ros jepun sekali-dua tak sempurna rasanya berblog. Bila tengok jam pukul sepuluh pula, rasa tak sabar nak balik rumah tengok bunga-bunga ros jepun disekeliling rumah. Terbayang-bayang.




************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Wednesday, April 23, 2014

Taman Tergantung Semua Menjadi

 Ini taman tergantung di belakang rumah saya, tapi bukan taman bunga la, cuma taman sayuran dan herba. Ada kucai, cekur, sambung nyawa hijau dan kacang panjang renek.


 Ada 3 pasu kucai, dua di bawah dan satu di atas. Kucai yang bawah ini pemberian rakan seopis, agak kurus lagi. Saya dah bagi baja tahi ayam tapi masih begitu juga. Dihujung sana pula pokok cekur. Beli dekat pasar sayur. Kebetulan terjumpa.


Ini pula pokok kucai yang dibeli kat nurseri. Gemuk. Dah beberapa kali tuai. Buat jemput-jemput udang campur daun sup. Sedap rupanya. Nanti nak buat lagi.
 
Penggantung pasu saya beli di Daiso, harganya lebih murah daripada MrDIY. Rupanya pun lebih comel. Malangnya beberapa kali dah saya ulang melawat Daiso, penggantung ini lansung tak nampak bayang. Dah habis kena borong dengan peminat-peminat taman tergantung agaknya.


************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

 

Monday, April 21, 2014

Perkembangan Terkini Taman di Rumah Boss Lama saya

 Sesiapa peminat setia blog Semua Menjadi (huhuhu! perasannya saya!) mesti tau pasal bos saya yang berjari hijau. Walaupun dah pindah tempat kerja, boss masih sudi hantar gambar-gambar lamannya kepada saya.
 
Sebenarnya salah satu entri yang melibatkan gambar halaman boss saya ini merupakan antara entri yang ramai pengunjungnya di blos Semua Menjadi iaitu entri bertajuk Halamannya dihiasi Bunga Kembang Sepuluh Pagi.

Cantikkan bunga kemboja merah darah boss saya ini.



 Kemboja putih ini pun cantik juga. Klasik.



 Ini apa yer. Pokok lili ker? Saya tengok  ramai juga blogger yang tayang bunga ini sekarang ini, agaknya musim dia berbunga yer.



 Orkid pun ada.


 Heliconia pun ada, betul ker?


 Kemas jer taman rumah boss saya ini kan?






Pokok buah-buahan pun ada. Agaknya sekarang ini fesyen orang tanam pokok nangka dalam pasu yer. Macam jiran saya pula, pokoknya pun dah berbuah juga.




************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Saturday, April 19, 2014

Pokok Serai Acheh dan Pokok Nilam untuk diJUAL

 Pokok Serai Acheh RM10


POkok Nilam RM10

Bagi yang berminat sila email semuamenjadi@gmail.com



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Friday, April 18, 2014

Kiwi Emas Kiwi Hijau

 Tiba-tiba pulak saya nak buat 'review' pasal buah kiwi. Diharap janganlah ada yang marah kalau tak setuju dengan pendapat saya ini. Saya bukannya pakar cuma ini ulasan yang tulus dari saya (hahaha!).
 
Saya adalah peminat buah kiwi. Biasanya saya makan buah yang biasa yang isinya warna hijau. Pada suatu hari pasaraya yang biasa saya pergi tak ada menjual buah kiwi hijau yang ada cuma buah kiwi emas. Saya terpaksa beli (kununnya) sebab saya dah set nak beli buah kiwi.
 
Harganya hampir tiga kali ganda daripada kiwi hijau. Itu tak apa lagi. Bagaimana pula rasanya (yang paling penting)? Isinya halus, lembut, lebih manis tapi saya tak suka dan tak akan beli lagi. Rasanya lebih mirip kepada pisang berbanding kiwi hijau. Walaupun baunya lebih memikat tapi ia kehilangan identiti kiwi pada pandangan dan deria rasa saya.


  Ini kiwi hijau, jauh lebih murah. Memenuhi citarasa saya.


Kebetulan kiwi emas saya lebih ranum berbanding kiwi hijau. Saiz kiwi emas lebih besar sedikit daripada kiwi hijau, kedua-duanya daripada pengeluar yang sama.
 
Pengajaran daripada entri merepek saya pada pagi jumaat yang dingin ini ialah tak semestinya buah yang mahal, besar dan namanya menarik lebih sedap daripada buah yang lebih murah dan biasa dijumpai.


************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

 

Thursday, April 17, 2014

Mari Mengenal Herba Siri 1

 Nama Herba: Bisa Ular
 Kegunaan: Merawat bisa terkena patukan ular
Cara: Hancurkan daun dan tampal pada tempat patukan
Ulasan smRose: Pokoknya cantik, ada bunga lagi tapi jaga-jaga sebab ada duri yang tajam pada batang pokok.
 


  Nama Herba: Batu Karang
 Kegunaan: Merawat penyakit batu karang
Cara: Minum air rebusan daun dan ranting yang telah dikeringkan. Tiga kali sehari.
Ulasan smRose: Pokoknya macam biasa jumpa dekat belukar sekeliling rumah di kampung. Tapi tak tau lah betul ke tidak. Kena buat pemerhatian dengan lebih teliti lagi.
 
 
 Nama Herba: Ros Jepun
 Kegunaan: Merawat sakit kulit, melecur dan ruam.
Cara: Hancurkan daun dan batang yang segar kemudian tampal pada tempat yang sakit.
Ulasan smRose: Herba yang paling comel dan yang paling saya suka.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Friday, April 11, 2014

Pokok Salam dan Pokok Mahkota Dewa untuk diJual

Sepokok RM12 + kos kendalian poslaju RM13 (kotak muat 2 pokok). 




Sepokok RM12 + kos kendalian poslaju RM13 (kotak muat 2 pokok) .

Sekiranya berminat sila hubungi semuamenjadi@gmail.com.


************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?
Sila ke SENARAI BIJI BENIH


Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?
  


 

Thursday, April 10, 2014

Makan Ulam Pucuk Kaduk Mentah

Ini tanaman di rumah mak abah saya. Jangan minta nak melawat kebun saya pula lepas ini yer. Saya tak ada kebun mahupun ladang cuma tanah sekankang kucen depan rumah saya. Tak layak lansung dipanggil kebun.
 
Masalahnya saya selalu dapat email daripada orang persendirian, pelajar-pelajar universiti yang ambil ijazah sarajana muda serta yang ambil PhD dan juga syarikat-syarikat yang nak melawat kebun saya. Ada yang nak buat penyelidikan la, nak buat model dan macam-macam lagi permintaan yang buat saya nak tergelak kuat-kuat.
 
 

 Lain pulak saya cerita, lari dari tajuk entri hari ini. Adik saya la yang ajar makan ulam mentah pcuk kaduk ini. Boleh tahan juga rasanya. Terutamanya bila di colek dengan sambal belacan ikan goreng ( sambal belacan campur ikan goreng tumbuk sekali kemudian perah limau kasturi).



Saya pun ada tanam sikit dekat rumah saya. Kadang-kadang bila balik kerja lambat dan perut lapar. Masak yang ringkas-ringkas contohnya goreng ikan dan masak nasi guna microwave, kemudian pusing-pusing depan atau belakang rumah, kutip pucuk-pucuk yang ada. Dah boleh makan. Jimat, mudah lagi menyenangkan.




************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Monday, April 7, 2014

Lebatnya Buah Delima!

Nak dapatkan benih dan produk penjagaan tanaman? 
WhatsApp 017 455 95 36
 
 Saya terkesima sekejap tengok pokok delima mak saya ini. Buahnya begtu lebat dan saya syak sesuatu!


 Pokoknya kecil sahaja, tapi buahnya banyak sungguh, kalah pokok delima saya. Sebelum ini pokok ini rajin juga berbuah tapi tak selebat ini. Ianya berlaku sejak mak saya sakit kaki dan tak boleh berjalan-jalan jauh menguruskan tanaman sekeliling rumah. Tugas-tugas tersebut diambil alih oleh abah saya.


 Saya rasa abah saya telah menjaga pokok-pokok disekeliling rumah dengan jayanya. Mesti abah saya dah tabur banyak baja kelapa sawit dekat pokok-pokok ini. Buah-buah ini besar dan berkilat. saya tengok pokok-pokok bunga mak saya pun sihat lain macam sahaja rupanya. Sampai ada yang saya dah tak kenal.
Nak kata saya lama tak balik sebulan sekali gerenti saya balik ke rumah mak abah saya.




Bukan setakat buah yang hampir matang, putik-putik kecil dan bunga juga turut keluar sekali. Tapi tak taulah apa nasibnya bila mak dengan abah saya tak ada di rumah 2 minggu ini. Harap-harap pokok semua sihat, lagipun ada seorang mak saudara yang dah menawarkan diri untuk siram pokok-pokok disekeliling rumah mak abah saya.

Esok mak abah saya nak berangkat menunaikan umrah, saya pun terpaksalah cuti sekali. Nasib baik kerja opis dah saya siapkan semalam. 

Sibuk sungguh rasanya, ada pula orang mesej kat FB kata saya tak poskan barang yang dipesan. Marah sungguh rasanya, ini dah masuk kali kedua pekara yang hampir sama terjadi. Beli dekat orang lain tapi mintak orang lain poskan.

Saya nak nasihatkan pada sesiapa yang nak hantar mesej sebegitu tolong periksa betul-betul adakah orang yang ada berurusan sama dengan orang yang ada mesej atau email. Penat saya memeriksa segala rekod urus niaga, buang masa dan buang tenaga.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Friday, April 4, 2014

Serissa

 Bunga dengan batang berkayu, selalunya orang buat bonsai. Yang ini saya belli di Mardi CH.


 Yang ini saya beli di nursery kegemaran. Mudah dijumpai dan harganya lebih murah daripada di atas. Pokok bunga Serissa ada iras-iras pokok leptospermum. Bezanya bunga pada leptosprmum lebih comel dan berwarna-warni. Daunnya pun agak berbeza.



Ini rupanya bila digandingkan berdua. Sorang rambut jarang-jarang, sorang lagi rambut lebat.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Thursday, April 3, 2014

Hibiscus Sabdariffa - Jus, Jem, Halwa, Benih

 Ini dia hasil daripada sepohon pokok roselle. Boleh tahan banyak. Puas hati. Sampai nak rebah pokoknya. Abah saya suruh saya cepat-cepat tuai sebab mengganggu pokok-pokok serai yang ditanamnya. Pokok ini abah saya yang tanam dalam kebunnya (sebab saya suruh...hehehe), bukan pokok saya. Pokok yang saya tanam kurus sahaja sebab tanam dalam pasu kecik. Tapi berbuah juga.



 Biji benihnya saya keluarkan dari buah dan keringkan. Buat masa ini sebahagian rakan-rakan yang menempah biji benih, pokok dan keratan dari Semua Menjadi mendapat benih roselle daripada saya secara percuma.
 
Kadang-kadang saya tulis F.O.C pada bungkusan tersebut. Ada pula dua tiga orang rakan tanya saya sama ada itu sejenis biji benih baru. F.O.C maksudnya percumalah atau 'free of charge'. Kelakar pula rasanya, saya ini tak ada jual biji benih canggih-canggih, yang biasa-biasa sahaja sesuai untuk pekebun-pekebun amatur macam saya sendiri.
 

Kelopak roselle pula saya buat jus, jem dan halwa sekali harung guna BM, guna fungsi buat jem. Senang, tak payah nak kacau selalu. Biarkan BM jalankan kerja terbut dengan jayanya. Pada pusingan pertama saya keluarkan cecair dan sebahagian kelopak untuk jus dan halwa. Kemudian saya hidupkan kembali BM untuk satu lagi pusingan fungsi jem. Dapatlah jem pekat sedap masam-masam manis.

Wednesday, April 2, 2014

Gajet Minggu Ini

Saya baru beli gajet ini semalam. Khas untuk siram baja rumpai laut pada tanaman saya, terutamanya untuk ros jepun. Nampaknya baja tersebut sesuai dengan semua pokok termasuk ros jepun, daun-daunnya nampak berkilat dan lebih segar.

Tapi baja rumpai laut ini ada bau hanyir seperti bau ikan. Tapi tak apa, yang penting ia organik dan daripada sumber tumbuhan. Lagipun semua pokok serasi dengan baja tersebut.

Ada sesiapa ke pernah beli 'sprayer' ini. Ada apa-apa masalah tak? Saya belum cuba sembur pokok-pokok lagi dengan menggunakan gajet ini. Sebelum ini saya guna penyembur biasa sahaja. Hajat di hati nak beli penyembur sandang belakang. Tapi toke kedai kata gajet tu besar sangat dan tak sesuai kalau saya nak pakai.

Nyesal cakap saya yang nak pakai, cakap la kuli Nepal (sebenarnya kulit epal pun tak ade) saya ker nak pakai, mesti dia bagi beli kan...kan...kan.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah bunga telang cabang tiga tenggek burung timun betik Biji benih nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi ulam Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Korea Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Ulam Raja abah herba jualan17 melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Durian Belanda Epal Hijau LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik kesum mengkudu siam mulberi pisang Daun Pandan Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah bidara daun daun kaduk epal bidara gajus hidroponik kebun opis ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam nenas pekasam daun pucuk paku pucuk ubi kerinting pudina salam sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Anggur Merah Azalea Bendi Beri Ajaib Betik Birthday Cili Merah Figs Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Plastik Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kari daun keledek daun limau purut epsom salt gadjet gastrik gulai masam hospital hoya jeruk kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot keratan batang ketam kobis ungu kucai kuini kumquat kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk putat rendang tamar terung terung berembang ulat Aidiladha Anaheim Peppers Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan air fyer alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium bayam brazil belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kucai bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados chawanmushi cicak kobin cikgu cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir geprek ginseng jawa gout halaman hantu harga hatyai hijau hobi hotel ikan ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kangkung tapis kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas khasiat kimchi kiwi kobis kobis cina kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu miang kham microvawe money plant muak nasik lemak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek puding karamel pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever saiko salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung tangkal teh pudina telur separuh masak tembikai kuning terima kasih tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...