Nak beli benih online?

Tuesday, June 30, 2015

Pakej Jun RM20

entri melekat. sila scroll untuk entri terkini

Pakej Jun hanya RM20 (PERCUMA KOS POSLAJU) untuk 10 peket benih terpilih:

1. Bayam Hijau Daun Panjang
2. Bayam Merah
3. Bayam Ungu Merah
4. Kangkung
5. Kacang Panjang Renek
6. Kucai
7. Lobak Putih
8. Sawi Bunga
9. Timun
10. Tatsoi

Tatsoi
(gambar diambil dari puriegarden.com)


(tidak boleh tukar biji benih dlm pakej ini) 

Sila hubungi semuamenjadi@gmail atau hantar msg kepada Semua Menjadi atau SmRose SemuaMenjadi untuk mendapatkan pakej ini.




************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Friday, June 19, 2015

Pokok Tin ku yang Pertama

Akhirnya hasrat saya untuk memiliki pokok tin tercapai juga. Dalam masa dua tahun saya perhatikan dengan cemburu pokok tin orang lain. Rasa sangat teringin nak beli. Tapi masih tak jumpa penjual yang saya minati.

Nak beli secara online rasa macam tak berani kerana beberapa kali saya dapat pokok yang mati dan tak sihat, sedangkan saya sendiri pun ada jual pokok... kikiki.

Seller pun ramai sebenarnya dekat-dekat kawasan saya tapi masih tak berkesempatan pergi ke tempat tersebut. Saya pendamkan dulu hasrat saya untuk memiliki pokok tin. Kata orang sabar itu ada ganjarannya.



Suatu hari saya pergi ke neseri yang biasa saya kunjungi tapi rasanya dah 2 ke 3 tiga minggu saya tak menjenguk kesana. Tiba-tiba saya ternampak 4 pasu pokok yang saya kenali daunnya. Gambar seperti di atas. Selalu saya tengok orang jual pokoknya kecil dan pendek sahaja. Tapi kali ini saya jumpa pokok yang agak tinggi, dalam 3 ke 4 kaki.  Tapi malangnya memang tak tau jenis apa. Tak ada tagging.

Harga yang ditawarkan adalah RM200. Saya memang kurang fasih pasal harga pokok tin ni. Jadi saya tanya kawan-kawan di fb. Kata mereka harga yang ditawarkan memang berpatutan kerana pokok telah besar dan stabil. Ada yang menyatakan harganya di pasaran biasanya RM350. Tapi sebab tau tau jenis mungkinlah jadi murah.

Toke neseri cakap sebenarnya pokok ni sampai banyak dari Thailand. Malah ada yang dah berbuah. Cuma saya datang lewat, jadi sudah dirembat orang lain lah.




Mula-mula saya ingat nak beli satu pokok tapi rasa macam rugi pula. Jadi saya pilih 2 pokok. 

Pergi tengok pokok 10 hb Jun
Tengok lagi sekali dengan dengan geng dan pilih 2 pokok yang berkenan, bayar duit 11 Jun
Hari Sabtu 14 Jun baru bawa balik rumah sambil memikirkan nak letak kat mana... hahaha!




Saya letakkan sementara kat rak pokok anggur sebelum jumpa tempatnya sendiri. memang tak dapat nak bagi cajhaya matahari sepenuhnya buat masa ini. Tunggulah yer akan diusahakan nanti. 



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Thursday, June 18, 2015

Tawaran Istimewa Ramadhan

Pilih EMPAT pokok daripada yang disenaraikan di bawah gambar:

4 pokok RM40
Kos pos RM20 utk Semenanjung
Total RM60.



1. Mata itik
2. Salam 
3. Puding belacan 
4. Belalai gajah . 
(Dlm gambar)
5. Bebuas
6. Delima
7. Durian belanda 
(tak ada dlm gambar)

ATAU

2 pokok RM24
Kos Pos RM13 untuk Semenanjung
Total RM37

ATAU

1 pokok RM12
Kos Pos RM10 untuk Semenanjung/RM15 untuk Sabah dan Sarawak
Total RM22/RM27


Mohon hubungi semuanenjadi@gmail.com untuk memesan pakej ini.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Wednesday, June 17, 2015

Sejuta

Alhamdulillah!

Blog Semua Menjadi telah mencapai hit yang ke sejuta pada 15 Jun 2015 sewaktu berusia 2 tahun 10 bulan 1 minggu dan 2 hari.

Tapi cuma saya sedari semalam. Nampak sangat dah malas hapdet blog, jenguk pun ala ala aje. Saya bersyukur kerana masih mendapat view daripada pembaca-pembaca blog. Terima kasih kerana sudi melawat dan mohon jangan jemu yer.






************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Thursday, June 4, 2015

Kacang botor Merah di Kebun Abah Saya

 Mula-mula tengok buah kacang botor ni ingatkan dah tua. Rupa-rupanya memang warnanya sebegitu. Merah tua campur hijau sikit-sikit.


 Pokoknya tak besar mana, tapi buahnya sangat lebat. Saiznya pula panjang-panjang hampir mencapai satu kaki. Malangnya kata abah saya pokoknya sudah disondol babi hutan, nampak ada daun yang dah mula layu.


Asyik ambil gambar sahaja sampai saya lupa nak kutip buah segar untuk dibuat ulam. tapi menurut abah saya, rasa kacang botor merah ini sama haja dengan kacang botor hijau yang biasa. Cuma berbeza dari segi warna dan saiz sahaja.



************************************************************************

Nak dapatkan biji benih tanaman?



Nak dapatkan anak pokok?

Sila ke SENARAI POKOK

Nak dapatkan biji benih tanaman yang lain?

Wikipedia

Search results

Tetanda

Bunga Jualan Tuaian Anggur Kebun Abah Cameron Highland Jiran Ros Jepun Nurseri Delima LAIN Mak mak abah cabang tiga tenggek burung Biji benih bunga telang nurseri kegemaran Kebun Mak Mulberry Resepi timun betik Kebun Pucuk Ubi bunga ros jepun cili api daun sup kemunting ulam Kelapa gajet Jarum Tujuh Bilah Tomato Ceri Bunga Raya Cili Kekabu Air Kucing Markisa Mimin Okinawan Spinach Sawi Tomato Ulam Raja abah herba melur roselle serai timun ladang Bayam Malabar Merah Boss Epal Hijau Korea LDL Leptospermum Petola Bantal Punica Granatum Selom Stevia Strawberi benih cendawan cili hijau herba liar hiroponik mengkudu siam pisang Daun Pandan Durian Belanda Iklan Jambu Kacang Panjang Kailan Kunyit Nasi Goreng Pokok Tin Port Dickson Red Indian Guava Strawberry Temerloh ati-ati bayam merah daun epal bidara gajus hidroponik kesum ketereh kiriman kulat labu labu manis limau kasturi limau purut mangga mata itik mempelam mulberi pucuk ubi kerinting pudina sambung nyawa shepherd pie sireh telinga kera Azalea Bendi Betik Birthday Cili Merah Hyacinth Isnin Jagung Jus Kacang Panjang Renek Kelantan Orkid Pemandangan Petola Pokok semalu Senduduk Putih Taugeh Terung Bulat Terung Telunjuk Timun Tikus Ubat Vietnam batu karang bayam hijau benih kelapa berbunga bidara buah letup-letup buah naga bunga kantan bunga kertas bunga liar bunga ros carrot cerita ciku daun kaduk daun kari daun limau purut epsom salt gastrik hospital hoya jeruk jualan17 kacang botol kacang kelisa kaktus kangkung karot ketam kobis ungu kucai kuini kuning laksa mauritiana mawar mexican petunia misteri nuffnang padi pasu dinding pelik pisang tanduk pokok pisang pos pucuk ketereh pucuk paku pucuk putat rendang salam tamar terung ulat Aidiladha Anaheim Peppers Anggur Merah Ayam Baja Pemanis Baja merahitam Bayam Malabar Hijau Belalang Kunyit Beri Ajaib Blackcurrant Bukit Tinggi Bunga Janggut Bunga Jarum Bunian Cemperai Cili New Mexico Datin Liz FLED FM Facebook Figs Garuda Gebu Habatussauda' Halia Hiasan Idola Impian Iris Janggut Ali Jerimin Kacang Hijau Kacang Tanah Kamal Kanak-kanak Kecik Kekwa Kemuning Kosmo Kuala Terengganu Lada Hitam Lavender Lengkuas Magnolia Mangga Taiwan Masak Kicap Melancong Microwave NUCLEAR MALAYSIA Noni Siam Orkid Air Passport Pasu Penat Penulis Novel Pertama Pertandingan Memasak Plastik Pulasan Racun RnR Rosemary Sali Selasih Serissa Setahun Siput Sireh India TCT TRAP TYT Taiping Tiada Entri Tiru Titiwangsa Tomyam Trong UNDI Utusan alpukat april2015 asam batu avocado baja cecair baja kopi premium belinjau bernas betik akar biodegradabel bisul buah buah putat buluh lemang bunga kuning bunga longkang bunga plastik bunga sate cek cekur manis cempaka tanjung cencalok cendawan busut ceri barbados cicak kobin cili besar cili ungu comel costus daun bawang daun keledek daun kunyit durian euzie galak kucing gelang pasir ginseng jawa gout gulai masam halaman hijau hobi hotel ikan herba jabuticaba jambangan jambu batu jangguih jantung pisang kacang botor merah kambing kelapa pendek kelu keman air kenduri kerabu viral asam masin kerabu viral nenas keratan batang khasiat kimchi kiwi kobis cina kumquat kurma lada pahit lantana liar limau bali limau mandarin lobak putih mahkota dewa malabar malang maman mancing masak melada pahit merah jambu microvawe money plant muak nasin ngeri nilam nona online orkid hutan other inbox pakej oktober paku pelangi parsley pegaga pegaga kampung pencuri perabot taman peria katak periuk petai petai belalang petunia pisang emas pisang kaki pisang muda pizza pokok duit pokok peluru pistol pokok petai pressure sprayer pucuk cemperai pucuk kaduk pucuk mangga pucuk mulberi pucuk ubi keledek pulut kuning purslane raspberry red button ginger roses forever salad santai sedekah sedih sejuta serawa sirap roselle stoberi sungai taman tergantung teh pudina tembikai kuning terima kasih terung berembang tragedi tulasi ubi kayu ubi keledek ungu wangi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...