Thursday, May 31, 2018

Tawaran Istimewa Mei 2018


Semua Menjadi Ent. (IP0442708-M)
WhatsApp 0174559536 utk order

1 pkt RM1.50 sahaja!!!

20 pkt RM28(RM1.40 sepeket) 

30 pkt RM39 (RM1.30 sepeket)

40 pkt RM48 (RM1.20 sepeket)

50 pkt ke atas RM1 sepeket


Bayam Hijau Daun Bulat
Bayam Hijau Daun Panjang
Bayam Malabar Hijau
Bayam Merah
Bayam Ungu Merah
Bayam Jepun

Bendi (10 biji) -HABIS
Bendi Merah (10 biji)

Betik (10 biji)
Carrot

Cili Api
Cili Besar YongPeng (Cili besar pedas)
Cili Jambak (6 biji)
Cili Panjang - BARU
Cili Solok (10 biji)

Daun Bawang
Daun Sup
Green Zucchini (5 biji)
Jagung Manis (10 biji)

Kacang Botor (10 biji)
Kacang Panjang (10 biji)

Kacang Panjang Merah (5 biji)-BARU

Kailan

Kangkung
Ketumbar- HABIS
Ketumbar Jawa (Culantro) Vietnam

Kucai

Kobis Bulat
Kobis Hybrid Gianty
Kobis Cina
Kobis Ungu/Merah
Kobis Taiwan
Kobis Bunga

Kundur (5 biji)
Labu Air (5 biji)
Labu Manis Tempatan (10 biji)
Labu Manis Orangeman F1 (5 biji)
Labu Manis Cinderella F1 (5 biji)
Labu Manis Fajar F1 (5 biji)
Labu Manis Lantern F1 (5 biji)
Lada Pahit(10 biji)

Leaf Fennel Vietnam
Lobak Putih
Leek


Marjoram Vietnam

Pak Choy
Parsley

Petola Bantal (5 biji)
Petola Segi (10 biji)
Petola Segi Royal Black F1 (5 biji)
Petola Ular (5 biji)

Peria Vietnam (10 biji)
Perilla Vietnam

Salad Bulat-HABIS
Salad Butterhead
Salad Hijau
Salad Hugo King
Salad Green Star
Salad Merah Fire Red
Salad Tongsan

Sawi Kerinting
Sawi Pahit
Sawi Putih Green Jade
Sawi Hijau

Sprouting Radish Vietnam
Selasih
Sorghum (10 biji)
Sunflower (10 biji)

Tembikai Merah (5 biji)
Tembikai Kuning F1 (5 biji)
Honey Dew Melon F1 (5 biji)

Terung Bulat
Terung Bulat Hijau
Terung Mini (ungu, pjg sejengkal)

Terung Panjang Hijau-BARU

Terung Putih Kecil Vietnam
Terung Putih Besar Vietnam

Timun Ulam (5 biji)

Tomato Ceri Full House
Tomato Ruby Star

Ulam Raja (20 benih)
Bunga Telang Berlapis (10 biji)

Benih RM2 sepeket
Asparagus (10 biji)
Brokoli (10 biji)
Kacang Buncis (10 biji)
Kailan Jepun
Maman
Roselle (15 biji)
Sawi Curly Dwarf-HABIS
Sawi Tatsoi
Sengkuang (5 biji)
Timun Betik-HABIS
Timun (10 biji)
Timun Kuning (10 biji)

WhatsApp 0174559536 utk buat pesanan

Friday, May 25, 2018

Cuti-cuti Hatyai kali ke 2-4 hingga 6 Mei 2018

 Kita tengok-tengok gambar jer bole tak?






























Wednesday, May 23, 2018

Tuaian Cili Hijau Kebun Opis



Pokok cili kat kebun opis kami ni terkena jangkitan, habis daunnya kerinting. Tapi masih mengeluarkan buah. Kami pun kutip buahnya yang masih hijau dan bungkuskan campur-campur ikut saiz.

Nak bahagikan antara rakan-rakan kebun macam tak cukup jer. Jadi kami nak jual murah-murah jer. mula-mula iklankan kat group ws geng kebun. Lepas tu baru masuk kat group ws staf yang lain.




Sebungkus kami jual 50 sen sahaja. Ramai yang kata murah. Ok la kan. Na jual dengan staf opis jer, bukan jual kat pasaraya.

Alhamdulillah, sambutan menggalakkan sampai ada yang tak dapat. Licin habis semuanya.
Tunggu buah seterusnya pulak la kalau ada untuk dijual lagi.

Monday, May 21, 2018

Jom Masak: Resepi Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur Selama Sebulan

Saya kopipes jer dr ws

📌 *30 Cadangan Resepi Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur Selama Sebulan*

*HARI PERTAMA : KETAM MASAK LEMAK CILI API*

Bahan-bahan
- 250g ketam (dibersihkan)
- 7 biji cili hijau
- 1½ cawan santan kelapa yang di parut
- 1 keping asam gelugur
- ½ sudu kecil serbuk kunyit
- ½ sudu besar garam secukup rasa
- ½ sudu kecil perasa

Cara-cara memasak
1. Masukkan ketam ke dalam periuk, masukkan serai, cili hijau, santan, asam keping, garam secukup rasa, perasa dan kunyit .
2. Masak selama 5-7 minit.
3. Siap, angkat dan hidangkan.

*HARI KEDUA : AYAM SOS LEMON MADU*

Bahan-bahan
- dada ayam 500g (potong ikut suka)
- tepung serbaguna (secukupnya)
- telur sebiji (kacau)
- madu 4 sudu besar
- lemon 2 biji (ambil jus)

Cara-cara memasak
1. Celupkan ayam dengan telur kemudian golek-golek atas tepung sehingga rata.
2. Panaskan minyak, goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
3. Untuk sos, campurkan madu dan jus lemon,kacau sebati dan masukkan ayam, gaul rata.
4. Hias dengan hirisan lemon dan daun sup. Siap!

*HARI KETIGA : PARI ASAM PEDAS*

Bahan-bahan
- 6 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- ½ inci kunyit
(Semua bahan hendaklah ditumbuk)
- 4 sudu besar cili boh (rendam cili kering, tos dan kisar)
- ½ cawan air asam jawa
- 3 cawan air
- 250g ikan pari (dipotong kecil)
- 2 tangkai daun kesum
- sayur masin (jika suka)
- bendir
- 3 sudu minyak masak
- garam, gula dan sedikit lada hitam

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak di dalam periuk yang sederhana besar. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan cili boh, kacau dan biarkan hingga terbit minyak.
3. Masukkan daun kesum. Masukkan pula air asam jawa dan kacau sebati.
4. Masukkan ikan pari, sayur masin dan air. Biarkan mendidih dab kecilkan api.
5. Masukkan garam, gula dan lada hitam.
6. Masukkan bendir dan biarkan seketika sehingga bendir masak.

*HARI KEEMPAT : SOTONG SAMBAL TUMIS HALIA*

Bahan-bahan
- sotong (direbus)
- cili kering (direndam dan dimesin)
- bawang merah, bawang putih dan halia (dimesin)
- sedikit air asam jawa
- garam dan sedikit gula

Cara-cara memasak
1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimesin tadi sehingga wangi.
2. Masukkan cili dan tumiskan sehingga agak garing. Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula.
3. Biarkan seketika dan masukkan sotong. Kacau sehingga sebati dan biarkan untuk beberapa minit lagi.

*HARI KELIMA : SAMBAL CILI IKAN BILIS PETAI*

Bahan-bahan
- ikan bilis 300g
- petai 2 papan
- bawang besar sebiji (dihiris)
- bawang putih 3 ulas (ditumbuk)
- cili merah sebiji (ditumbuk)
- cili padi 20 biji (ditumbuk)
- garam secukup rasa

Cara-cara memasak
1. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
2. Tumiskan bawang, dan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
3. Masukkan garam, gaul sebati.
4. Masukkan ikan bilis dan petai, gaul rata. Siap!

*HARI KEENAM : AYAM PAPRIK*

Bahan-bahan
- 4 ketul ayam - dihiris kecil
- 2 ulas bawang putih - dicincang halus
- 1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar
- 1 biji cili merah - dihiris serong
- 11 biji cili api - dipecah-pecahkan
- 2 helai daun limau purut - disiat-siat
- bunga kobis - dihiris kecil
- 2 biji putik jagung - dihiris serong
- 1/2 biji karot - dihiris serong
- 2 biji kacang panjang - dipotong 1 inci
- 2 sudu makan cili kering kisar
- 2 sudu makan cili sos
- 2 sudu makan tomato sos
-1 sudu makan sos tiram
- garam
- 1 cawan air

Cara-cara memasak
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.
5. Masukkan air. Masak hingga mendidih.
6. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
7. Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).
8.Tutup api dan hidangkan.

*HARI KETUJUH : TOM YAM THAI*

Bahan-bahan
- 1 paket perencah tomyam
- 4 biji tomato
- 5-6 biji cili padi – ikut selera masing2
- 3 batang serai – diketuk
- 4 helai daun limau purut
- 1 batang lobak merah, sedikit cendawan
- 2 ulas bawang merah
- 2 biji bawang besar
- 1 cm lengkuas
- lauk – ayam/sotong/daging/ketam/udang
- 2 sudu besar sos tiram – optional
- 2 sudu besar sos cili dan sos tomato

Cara-cara memasak
1. Kisar (2 ulas bawang merah + 1 batang serai + 1 1/2 biji tomato + 3 biji cili padi).
2. Massukkan bahan kisar tadi dalam kuali dan 1 paket perencah tomyam. Tumiskan dan masukkan air secukupnya.
3. Masukkan pula lobak merah.
4. Setelah lobak merah empuk masukkan lebihan cili padi, serai yang telah diketuk, lengkuas yang dihiris, bawang besar, gula, garam. Kalau nak lagi sedap boleh tambah 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos cili dan 2 sudu besar sos tomato.
5. Bila dah mendidih boleh masukkan isi ayam, udang, sotong dan sebagainya.
6. Kemudian masukkan tomato,cendawan dan daun limau purut.
7. Siap untuk dihidang

*HARI KELAPAN : SAMBAL TUMIS DAGING*

Bahan-bahan
- daging
- bawang putih, bawang kecil dan bawang besar (dihiris)
- cili kering (direndam dan dimesin)
- air asam jawa
- sedikit gula dan garam

Cara-cara memasak
1. Tumis bawang putih, bawang kecil dan bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan cili mesin dan kacau biar sebati.
3. Masukkan gula, kacau.
4. Masukkan daging dan air asam jawa. Kacau dan biarkan hingga agak garing.
5. Masukkan garam dan kacau. Dengan api yang kecil biarkan hingga sambal garing dan terbit minyak.

*HARI KESEMBILAN : AYAM MASAK HALIA*

Bahan-bahan
- 500 gram ayam, potong kecil
- 4 ulas bawang putih, hiris nipis
- 2 cm halia, dihiris halus memanjang
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
- 1 biji cili merah, hiris nipis
- 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
- 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
- minyak masak, untuk goreng ayam
- sedikit lada sulah atau lada hitam
- sedikit garam dan kunyit
- garam dan gula, secukup rasa

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau.
3. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.
4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
5. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
6. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.

*HARI KESEPULUH : SUP IKAN MERAH*

Bahan-bahan
- ikan merah
- 4 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- sedikit halia
- kayu manis, bunga lawang dan pelaga
- lada hitam biji - tumbuk
- sup bunjut ikan Adabi

Cara-cara memasak
1. Didihkan air secukupnya bersama sup bunjut ikan, bawang merah, bawang putih, halia yang dihiris, kayu manis, bunga lawang dan pelaga.
2. Biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan.
3. Akhirnya masukkan lada hitam dan garam secukupnya.
4. Taburkan daun sup san bawang goreng. Tutup api dan sedia dihidangkan.

*HARI KESEBELAS : SOTONG MASAK LEMAK PADANG*

Bahan-bahan
- 1 kg sotong - cuci bersih dan potong
- 3 biji bawang besar - belah 4
- 2 biji tomato - belah 4
- 2 batang serai - di titik
- 3 biji ubi kentang - belah 4
- 3 camca minyak untuk menumis
- 500 ml santan
- air secukupnya
- garam secukup rasa

Bahan kisar
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 inc kunyit hidup
- 2 inc halia
- 5 tangkai cili merah

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak
2. Tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak
3. Kemudian masukkan bawang besar, serai, ubi kentang, tomato, sotong santan dan air
4. Kacau biar sebati
5. Kemudian renihkan dan sesekali di kacau supaya santan tidak pecah minyak.

*HARI KEDUA BELAS : AYAM GORENG MADU*

*Tips: kalau nak gantikan madu dengan gula pun boleh, sekiranya tak ada stok madu kat rumah.

Bahan-bahan
- ayam 8 ketul (direbus)
- bawang merah 5 biji (dikisar)
- bawang putih 6 ulas (dikisar)
- halia 1 inch (dikisar)
- kicap cair 1 sudu besar
- kicap pekat 1 sudu besar
- sos tiram 1 sudu besar
- madu 1 sudu besar
- minyak untuk menggoreng.

Cara-cara memasak
1. Rebuskan ayam sehingga separuh masak.
2. Campurkan bahan kisar, kicap cair, kicap pekat, sos tiram dan madu, bersama ayam,
3. Gaul rata, perap ayam dalam peti ais selama 2 jam.
4. Panaskan minyak, goreng ayam sehingga garing, tapi jangan terlalu lama sebab ayam
sudah separuh masak.
5. Siap! Sedia untuk dihidangkan.

*HARI KETIGA BELAS : TELUR MATA GORENG BAWANG DAN CILI*

Tips: Nak dapat telur mata yang gebu macam kat kedai tu, minyak kena banyak. Masa goreng telur, biarkan kuning telur sedikit cair.

Bahan-bahan
- telur 3 biji
- bawang besar sebiji (dihiris)
- cili padi 8 biji (belah 2)
- kicap secukupnya
- garam secukupnya
- minyak untuk menggoreng

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak, goreng telur, angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang besar dan cili padi sehinggasedikit layu, masukkan garam, gaul sebati.
3. Tuangkan atas telur tadi dan tuangkan sedikit kicap. Siap!

*HARI KEEMPAT BELAS : MASAK LEMAK CILI API SIPUT SEDUT*

Bahan-bahan
- 1kg siput sedut
- 5 ulas bawang merah - kisar halus
- 3 ulas bawang putih - kisar halus
- 2 inci kunyit hidup - kisar halus
- 2 inci halia - kisar halus
- 15 tangkai cipi padi - kisar halus
- 2 batang serai - di titik
- 500ml santan

Cara-cara memasak
1. Siput sedut diberus hingga bersih.
2. Rendam sebentar dalam air garam untuk membuang kotoran seperti pasir dan lumpur.
3. Potong bahagian ekornya, cuci bersih dan toskan.
4. Panaskan minyak, tumis bahan yang di kisar hingga harum.
5. Masukkan santan, serai dan siput.
6. Kacau perlahan atas api sederhana hingga masak
7. Perasakan dengan garam, masak hingga kuah sedikit pekat. Sedia di hidangkan.

*HARI KELIMA BELAS : SIAKAP STIM LIMAU NIPIS*

Bahan-bahan
- 1 ekor ikan siakap siap siang cuci bersih
- 1 labu bawang merah/besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 batang serai
- 5 biji cili padi
- 1 biji limau nipis ambil jusnye
- 1sdm sos tiram
- sepokok daun ketumbar
- setengah batang carrot
- semangkuk bunga kobis
- setengah biji Lada bengala
- garam dan gula secukup rasa

Cara-cara memasak
1. Guna kuali yang muat seekor ikan siakap diatas dapur. Masukkan ikan yang dah dicuci bersih.
2. Potong dadu bawang merah, Bawang putih dan halia taburkan atas ikan.
3. Hiris nipis serai dan tabur juga ke atas ikan dalam kuali.
4. Hiris cili ketepikan.
5. Potong carrot, bunga kubis dan lada bengala ikut bentuk disukai dan ketepikan.
6. Curah air kedalam kuali sehingga hampir tengelam ikan. Hidupkan api dapur tahap sederhana. Tutup kuali. Biar air mendidih dan biar ikan hampir masak.
7. Agak ikan hampir masak, kecilkan api. Masukan garam gula sos tiram, jus limau, sayuran dan daun ketumbar. Gaul kuahnya perlahan-lahan. Rasakan ikut hati dan siap

*HARI KEENAM BELAS :UDANG KICAP PEDAS*

Bahan-bahan
- 400 gram udang
- 1 biji (kisar) bawang besar
- 2 biji (kisar) bawang putih
- 1/2 inci (kisar) halia
- 3 sudu (saya dah blend siap2) cili kering
- 1 biji cili merah
- 4 sudu kicap pekat
- 2 sudu sos tiram
- 1 sudu gula
- secukup rasa (jika perlu) garam
- 1/4 cawan air

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak kemudian masukkan bahan yang dikisar untuk ditumis - bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Masak hingga kekuningan kemudian masukkan cili kering yang telah di kisar. Tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan kicap pekat dan sos tiram. Tumis seketika kemudian masukkan udang.
4. Masukkan air supaya ada kuah sedikit. Dan akhir skali masukkan cili merah. Jika perlu masukkan garam secukup rasa.
5. Siap untuk dihidang.

*HARI KETUJUH BELAS : AYAM PERCIK BAKAR*

Bahan-bahan
- ayam
- cili kering (suka pedas lebihkan)
- bawang kecik
- bawang putih
- halia
- lengkuas
(semua bahan-bahan diatas dikisar)

- serai (titik)
- 3 serangkai
- santan
- gula
- garam kasar
- asam keping

Cara-cara memasak
1. Masukkan semua bahan dalam periuk/kuali kecuali gula.
2. Bila ayam separuh masak,keluarkan ayam dan bakar..
3. Kuah lebihan rebus ayam tadi campurkan lagi sedikit santan dan gula dalam 4 ke 5 sudu.
4. Masak sampai pekat likat, sebatikan rasa masam masin sedikit, manis kena lebih.
5. Siap untuk dihidang.

*HARI KELAPAN BELAS : IKAN SELAR GORENG SAMBAL CILI API PETAI*

*Tips : Petai dimasukkan akhir sekali, supaya petai nampak segar dan tak layu.

Bahan-bahan
- ikan selar 8 ekor
- serbuk kunyit+sedikit garam
- petai 2 papan
- bawang besar sebiji (dihiris)
- bawang putih 2 ulas (ditumbuk)
- cili padi 15 biji (ditumbuk)
- garam secukup rasa
- minyak (untuk menggoreng+menumis)

Cara-cara memasak
1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, gaul sekata.
2. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing kemudian angkat dan ketepikan.
3. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar hingga layu dan tumis bahan yang ditumbuk
sehingga naik bau.
4. Masukkan garam, kacau sebati, akhir sekali masukkan petai, gaul rata.
5. Tuangkan bahan tumis bersama petai tadi atas ikan goreng, siap!

*HARI KESEMBILAN BELAS : DAGING MASAK BLACK PEPPER*

*Tips : Untuk mendapatkan daging yang lembut pastikan ianya tidak di masak terlalu lama di atas api yang besar.

Bahan-bahan
- 500g daging (bahagian batang pinang)
- 4 ulas bawang putih
- 2 sudu besar sos tiram
- kicap manis
- 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
- 2 tangkai cili merah (potong kasar)
- bawang besar holland
- 2 sudu kecil tepung jagung

Cara-cara memasak
1. Panaskan 2 senduk minyak, goreng daging selama 3-4 minit. Angkat dan asingkan.
2. Kurangkan sedikit minyak tadi kepada angggaran 1/2 senduk minyak, tumis bawang putih dan masukkan lada hitam.
3. Masukkan kicap dan serbuk lada hitam, kacau sebentar dam masukkan daging.
4. Masak menggunakan api besar dan kerapkan mengacau bahan dalam kuali.
5. Kemuduan tambah bancuhan tepung jagung dan bawang besar. Apabila kuah menjadi pekat padam api dan hidangkan. Hiaskan dengan taburan daun bawang.

*HARI KEDUA PULUH : SAMBAL TUMIS KERANG*

Bahan-bahan
- 3-4 kg kerang - direbus dan ambil isinya
- 3 ulas bawang putih - ditumbuk/kisar
- 2 biji bawang besar - ditumbuk/kisar
- 3 sudu(kurang atau lebih) cili yang telah dikisar
- 2 biji bawang besar - dihiris
- 1 cm (sedikit saja) belacan(jika suka) - kisar/tumbuk bersama bawang
- 1 sudu besar air asam jawa
- garam dan gula secukup rasa
- minyak untuk menumis
- sedikit air jika perlu.

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga masak dan pecah/terbit minyak.
2. Masukkan kerang, hirisan bawang besar dan air asam jawa. Gaul rata.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika inginkan kuah, tambahkan air.
4. Apabila kerang sudah sebati dengan sambal, bawang sudah masak bolehlah diangkat.

*HARI KEDUA PULUH SATU : UDANG GORENG BUTTER TELUR MASIN*

Bahan-bahan
- 500 gm udang
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- minyak
- 3-5 sudu besar butter
- 6 ulas bawang putih - dicincang
- 15 biji cili padi - dihiris serong
- 4 tangkai daun kari
- 2 biji telur masin - direbus & hancur
- 2 sudu kecil gula
- 10 sudu besar susu cair/susu segar
- 1 sudu kecil tepung jagung

Cara-cara memasak
1. Telur masin rebus dibuang kulit dan dihancurkan. Ketepikan.
2. Udang dibersihkan dan digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak).
3. Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yang dihancurkan tadi.
4. Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sebab dah ada rasa masin dari telur masin)
5. Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi. Masukkan bancuhan tepung jagung dengan air untuk memekatkan kuahnya. Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.

*HARI KEDUA PULUH DUA : KARI AYAM NYONYA*

Bahan-bahan
- ayam 1/2 ekor
- santan 1 bungkus kecil
- bawang merah 6 ulas
- bawang putih 4 ulas
- serai 3 batang hiris
- lengkuas 1 inci
- halia 1 inci
- kunyit hidup 1 inci
- buah keras 4 biji
- cili kering ikut pedas
- cili masak 2
- serbuk rempah daging 1 sudu besar

Cara-cara memasak
1. Blend semua bahan kecuali ayam dan rempah.
2. Seterusnya tumis dan masukkan rempah kari, daun kari.
3. Kacau sehingga wangi dan masukkan ayam, santan, kentang dan daun limau purut.
4. Siap untuk dihidangkan.

*HARI KEDUA PULUH TIGA : SINGGANG SOTONG*

Bahan-bahan
- 10-13 ekor sotong
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 2-3 biji cili hijau
- garam,gula dan pasti sedap knor secukup rasa

Cara-cara memasak
1. Bersihkan sotong. Buang dakwat hitam dan isi perutnya. Masukkan dalam periuk.
2. Hiris bawang merah + putih dan ketuk serai. Masukkan semuanya dalam periuk sotong. Masukkan juga cili hijau.
3. Masukkan air. Jangan banyak sangat, agak-agak tenggelam sotong. Masak hingga menggelegak. Tambah garam, gula dan pasti sedap knorr secukup rasa.

*HARI KEDUA PULUH EMPAT : SIAKAP 3 RASA*

Bahan-bahannya

Untuk Ikan:
- 2 ekor ikan siakap
- tepung jagung untuk dilumur pada ikan
- serbuk Pasti Sedap Knoor
- minyak untuk menggoreng ikan

Untuk Kuah:
- 2 biji bawang besar - dipotong dadu
- 6 biji bawang putih - dititik
- 10 biji cili padi - dipotong kecil
- 1 inci halia - dihiris halus
- 1 biji tomato - dipotong dadu
- 1/2 biji cili benggala - dipotong dadu
- kiub nanas - boleh beli yang siap ditinkan
- 4 sudu besar sos tomato
- 4 sudu besar sos cili thai
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos ikan
- 2 batang serai - dititik
- beberapa helai daun limau purut
- daun sup/daun bawang untuk hiasan
- garam secukup rasa
- ajinomoto secukup rasa
- gula secukup rasa
- minyak untuk menumis

Cara-cara memasak
1. Ikan dibersihkan dan ditoskan
2. Lumurkan ikan dengan serbuk pasti sedap knoor. Pastikan semua bahagian dilumur rata. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.
3. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
4. Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, serai, dan bawang putih.
5. Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan, dan 3 sudu jus nanas di dalam tin. Kacau sebentar.
6. Masukkan bawang besar, tomato, nenas, dan cili benggala.
7. Masukkan air sedikit. Tambahkan garam, gula dan ajinomoto.
8. Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi. Taburkan daun sup/daun bawang.

*HARI KEDUA PULUH LIMA : SUP TELUR*

Bahan-bahan
- 4 biji telur
- 2 biji kentang (potong kecil)
- 1 batang carrot (potong kecil)
- 1 pokok sawi minyak ata kailan (potong pendek)
- air secukupnya
- minyak
- garam

Bahan tumis (tumbuk kasar)
- 3 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 s/k lada hitam

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan air secukupnya dan masukkan kentang dan carrot. Biarkan mendidih dan lembut.
3. Masukkan telur masa air menggelegak.
4. Bila dah nampak telur masak baru masukkan sawi dan tutup api.
5. Hidangkan.

*HARI KEDUA PULUH ENAM : DAGING GORENG BEREMPAH*

Bahan-bahan
- 250 g daging lembu (dipotong)
- 1 labu bawang besar (saiz kecil)
- 1/2 inci halia (dihiris)
- 1 biji cili merah (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 sudu makan penuh serbuk kari
- 1 biji tomato (potong 6)
- daun bawang (dipotong)
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil kicap manis
- sedikit garam dan serbuk kunyit
- sedikit minyak

Cara-cara memasak
1. Daging yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Masak dalam kuali untuk dikeringkan airnya.
2. Jika daging belum empuk masukkan sedikit air lagi dan masak sehingga daging empuk.
3. Jika daging telah lembut masukan sedikit minyak dan bahan-bahan yang telah dihiris tadi, goreng seketika.
4. Masukkan serbuk kari, sos, kicap manis dan sedikit air. Kacau hingga kering sedikit.
5. Sesuaikan rasa masukkan buah tomato dan daun bawang. Angkat dan hidangkan.

*HARI KEDUA PULUH TUJUH : TELUR BUNGKUS*

Bahan-bahan
- 2 keping isi ayam dipotong kecil-kecil
- 1/2 biji bawang holland dicincang halus
- 1 biji tomato dubuang biji dan didadu kecil
- 1/2 batang daun saderi didadu kecil
- 1/2 peket sayur campur (carrot, jagung, kacang peas)
- 1 biji cili merah
- 2 sudu sos tomato
- 2 sudu sos cili
- 1 sudu sos tiram
- sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
- secubit garam jika perlu
- minyak untuk menumis
- 2 biji telur ayam

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu
2. Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masak
3. Masukkan hirisan tomato, batang saderi ,cili merah serta sayur campur dan dikacau rata
4. Perasakan dengan sos cili,sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi.
5. Taburkan secubit garam jika perlu
6. Sebelum diangkat boleh la ditaburkan daun sup atau daun ketumbar.
7. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali
8. Pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata
9. Letak kan inti ditengah-tengah dan bungkuskan telur tersebut
10. Biarkan telur garing seketika dan boleh lah diterbalik kan ke dalam pinggan.

*HARI KEDUA PULUH LAPAN : IKAN PERCIK*

Bahan-bahan
- ikan kembung/bawal
- santan pekat
- 5 biji bawang merah
- 1 biji bawang putih
- 1 inci halia
- 2 batang serai
- 1 keping asam keping
- kunyit
- garam
- gula

Cara-cara memasak
1. Lumurkan ikan dengan kunyit dan garam kemudian bakar dan asingkan
2. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia dengan santan.
3. Masakkan di dalam kuali/periuk
4. Masukkan serai yang diketuk dan asm keping
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Biarkan kuah percik yang dimasak benar-benar pekat.
7. Setelah masak curahkan ke atas ikan yang dibakar tadi.

*HARI KEDUA PULUH SEMBILAN : GULAI DAGING KERISIK*

Bahan-bahan
- 450gm daging | hiris nipis
- 3 biji kentang kecil | kupas kulitnya
- 1 labu bawang besar | hiris
- 3 ulas bawang merah | tumbuk
- 2 ulas bawang putih | tumbuk
- 1/4cm halia | dipotong panjang
- air secukupnya
- 1/2 cawan santan pekat
- 2 sudu kerisik
- 2 sudu besar minyak
- 1 sudu besar minyak sapi
- 3 sudu besar rempah kari daging
- 3 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- 2 kelopak bunga lawang
- 1 cm kulit kayu manis

Cara-cara memasak
1. Sediakan periuk, satukan daging yang telah dibersihkan dengan rempah, bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, kulit kayu manis, halia, bawang tumbuk dan air didihkan di atas dapur hingga empuk.
2. Tuangkan santan serta sedikit lagi air, biarkan mendidih sekali lagi sebelum dimasukkan kentang.
3. Apabila empuk masukkan kerisik, garam dan sedikit sahaja gula sekadar pelengkap rasa.
4. Biarkan gulai masak sempurna, angkat periuk dan letakkan ke tepi.
5. Panaskan minyak masak yang dicampur dengan minyak sapi dalam sebuah kuali kecil, goreng bawang besar hiris hingga kuning.
6.Tuangkan minyak bersama bawang ke dalam gulai dan tutup periuk cepat-cepat agar aromanya tidak keluar.

*HARI KETIGA PULUH : AYAM GORENG LEMON*

Bahan-bahan
- 3 sudu minyak zaitun
- 6 ketul peha ayam
- garam & lada hitam
- 1 biji bawang holand (dihiris kasar)
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 6 biji kentang (dihiris halus)
- 1 cawan air rebusan ayam
- ½ epal cider
- 2 sudu perahan lemon
- beberapa batang rosemery
- herba thyme

Bahan perhiasan
- ½ hirisan keju parmesan
- 6 – 10 hirisan lemon

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak zaitun di dalam periuk (pan) dengan api yang sederhana.
2. Perapkan ayam dengan garam dan lada hitam selama beberapa minit.
3. Bakar ayam dalam periuk sehingga keperangan.
4. Kemudian, asingkan ayam dan tambahkan sedikit minyak ke dalam periuk.
5. Mula mengoreng bawang dan biarkan ia selama 1 minit.
6. Campakkan bawang putih ke dalam periuk dan gaulkan selama 30 saat.
7. Masukan kentang dan taburkan garam dan lada hitam kedalamnya.
8. Selepas itu, masukan air rebusan ayam dan masukan sedikit epal cider di dalam periuk.
9. Gaul sehingga rata dan campakkan beberapa batang daun rosemary.
10. Biarkan sehingga mendidih dan masukan semula ayam yang telah di asingkan sebentar tadi.
11. Tutup periuk dan biarkan ia dengan api sederhana sehingga ayam benar-benar masak dan kentang menjadi empuk.
12. Alihkan penutup dan masukan air perahan lemon.
13. Kacau sehingga rata dan taburkan keju parut dan hirisan lemon sebagai pelengkap hiasan sebelum dihidangkan.



*gambar sekadar hiasan

Wednesday, May 16, 2018

Penggunaan Plastik dan Bahayanya

Saya terbaca di fb dalam group MAHN tentang bahaya penggunaan plastik dan bahayanya. Saya tertarik dengan fakta yang diberi oleh penulisnya iaitu Pn Faiza Mohammed Asari seperti di bawah.


Saya copy paste tulisan beliau dalam blog ini supaya saya dan rakan-rakan dapat baca ilmu bermanafaat ini daripada orang yang terlibat dalam industri plastik.

Terima kasih Pn Faiza kerana sudi berkongsi ilmu di Fb. Dan saya pula berkongsi di blog ini untuk pengetahuan dan rujukan saya dan rakan-rakan.

Berikut merupakan kata-kata yang saya copy paste dari pos fb Pn. Faiza.

"Sebagai seorang usahawan yg terlibat secara langsung dlm industri plastik, saya ingin berkongsi sedikit maklumat dgn kawan2.

Maafkan saya jika ada yg tersinggung, tetapi saya dapati ramai yg menggunakan plastik dlm proses masakan. Antara contoh ialah sosej homemade yg menggunakan plastik aiskrim, kek chocolate moist yg menggunakan bekas plastik utk dikukus dan memanaskan makanan atau minuman menggunakan bekas plastik yg bnyk terdapat di pasaran.


Bahan kimia di dalam plastik, terdiri dari antimony (Sb) dan Bisphenol A (BPA)boleh meresap ke dlm cecair di dalam bekasnya jika dibiarkan lama di dalam panas. Kajian mendapati minum atau makanan yg tercemar dgn molekul kimia plastik ini boleh menyebabkan kanser.

Secara amnya, botol dan bekas plastik dibuat dari polyethylene terephthalate (PET) yg mengandungi 190–300 mg antimony utk 1kg PET.

Apa yg bahaya sgt ttg antimony (Sb) ini? Sb diklasifikasikan sbg salah satu punca karcinogen iaitu penyebab kanser pd sel2 manusia oleh International Agency for Research on Cancer di Amerika Syarikat. Pendedahan yg terlalu lama kpd Sb juga dikenalpasti sbg punca kpd kolesterol tinggi dan penurunan gula dlm darah.

Bagaimana dgn Bisphenol A (BPA)? BPA ialah bahan utama yg terdapat dlm lapisan bekas plastik & juga tin2 makanan. BPA dikatakan boleh menyebabkan kecelaruan hormon. Bagaimana ia berlaku? BPA dikatakan boleh menyerupai estrogen dgn mengeluarkan xenoestrogens (estrogen sintetik) dan melekatkan dirinya kepada saraf2 penerima estrogen. Tubuh akan menagaggapnga sebagai estrogen sebenar dan ini akan mengganggu tugas hormon sebenar.

Bagaimana BPA masuk ke dlm badan? Dgn berbagai cara antaranya bekas ditinggalkan dlm keadaan panas melampau, bila dibasuh berulang kali atau bila ia berubah menjadi lembut bila dipanaskan.

Pun begitu, penggunaan plastik dlm kehidupan harian tidak boleh dipisahkan. Kita boleh memjadi bijak dgn mengambil langkah2 proaktif utk kesejahteraan diri. Antaranya...

• Mengurangkan penggunaan plastik. Di setiap brgan plastik, terdapat tanda 3 segi sbg kod kitaran semula di bawahnya. Jauhi nombor 3, 6 and 7. Plastik dgn nombor 7 mengandungi BPA pd kadar yg paling tinggi.
• Kurangkan makanan dlm tin. Gunakan bekas kaca utk menyimpan makanan. Beri perhatian kpd penutup bekas kaca yg diperbuat dr plastik sama ada mengandungi BPA atau tidak.
• Elakkan dari menggunakan bekas plastik utk mikrowave. Meskipun ditulis “microwave safe.” Haba tinggi melemahkan molekul kimia plastik dan melepaskannya ke dlm makanan dan minuman yg dipanaskan.
• Jgn gunakan bekas plastik utk makanan atau minuman panas. Pastikan bahan2 sejuk dulu sblm menuangkanya ke dlm bekas plastik.
• Jgn gunakan semula plastik yg khusus utk sekali penggunaan. Plastik2 ini tidak direka utk tahan haba & kesan basuh dgn sabun akan menyebabkan dindingnya terhakis dan bahan kimia dilepaskan. Contoh terbaik adalah botol air mineral.

Bagaimana dgn ketupat dan lemang segera? Bukankah diperbuat dr plastik juga?

Bahan plastik utk ketupat itu tak sama dgn bahan utk buat bekas plastik ya. Dan utk ketupat, ianya hanya sekali penggunaan saja. Bukan berulang kali. Utk pengetahuan, plastik ini ada baaaaaaanyak gred utk bermacam2 kegunaan.

Semoga kita sama2 mendapat manfaat dari sedikit pengetahuan yg saya kongsikan ini demi utk kesejahteraan keluarga yg kita sayangi.

Sekiranya ada yg tidak bersetuju, tidak mengapa. Saya baca artikel2 tersebut sblm saya menulis post ini. Saya hanya berkongsi berdasarkan pengetahuan saya dgn pembacaan dan keterlibatan saya di dlm industri plastik ini selama hampir 15 tahun.

Rujukan:

Westerhoff, P., Prapaipong, P., Shock, E., Hillaireau, A. (2008). Antimony leaching from polyethylene terephthalate (PET) plastic used for bottled drinking water. Water Res. 42: 551–556.

World Health Organization. Water Sanitation Health: Antimony in drinking water. Accessed 1 October, 2014. http://www.who.int/water_sanitatio…/…/0304_74/en/index9.html

Fan YY, Zheng JL, Ren JH, Luo J, Cui XY, Ma LQ. (2014). Effects of storage temperature and duration on release of antimony and bisphenol A from polyethylene terephthalate drinking water bottles of China. Environmental Pollution 192:113-20.

*Gambar ehsan Google. Terimakasih kepada pemilik gmbr sebenar."

*Saya tidak bertanggungjawab atas fakta-fakta dalam artikel ini. Dan ini hanyalah pendapat peribadi penulis.

Tuesday, May 15, 2018

Khasiat Terung Pipit untuk Mata Anda



Ini ler dianya terung rembang atau terung pipit yg kak Jam Mohd kata elok dimakan 7 biji sehari utk kesihatan mata tu.





Balik ngundi aritu sy dan 2 org anak buah berjalan sekitar belukar dekat dgn rumah abah sy dan terjumpa dgn pokok terung rembang.

Dengan penuh semangat saya kutip semua buah terung tersebut. Seronok sgt rasanya.

Sekali masa balik, sy tertinggal buah terung rembang ni kt umah abah. Dah bukan rezeki saya.

Saya ws la adik beradik sy yg lain suh ambik bwk balik rumah diorang. Pilu hatiku tak terkata..... huhuhu! 

Sempat ambik gambo jer


Monday, May 14, 2018

Tuaian daun Sup Kebun Opis


Pagi-pagi datang opis terus saya pergi melawat kebun opis. Nampaknya pokok daun sup dalam 3 polibag dah sedia untuk dituai. Kalau tak tuai nanti pokok boleh mati. Sian dia.



Saya dah bawa siap-siap baldi kecil yang saya isi air dan gunting untuk tuai daun sup. penat jugak. Banyak rupanya daun sup ni. Memang gemuk-gemuk. Kalau orang tengok memang sangat geram.

Saya mintak kawan tolong ikat-ikat untuk jual. Dia tinggalkan saja. Terpaksalah saya jugak yang buat. Saya bawak naik opis dan pilih 10 batang, balut dengan tisu dan ikat dengan getah. Seikat nak jual 50sen jer.



Pastu saya buat pengumuman kat group ws opis. Datang la sorang kawan opis lelaki yang beli. Alhamdulillah. Dapat la 50sen. 

Pasni saya nak beli sikit dan sedekah kat acik-acik cleaner yang nampak berminat masa saya menuai tadi.

Duit yang dapat ni boleh la dimasukkan dalam tabung kebun opis. Insyaallah boleh digunakan untuk beli baja dan alatan lain untuk masa hadapan kebun opis kami.


Sekiranya berminat nak biji benih, keratan batang dan anak pokok,
Sila
WhatsApp 0174559536 utk order.