Friday, August 10, 2012

Pekan Sehari Temerloh

Saya bukan orang Pahang, apatah lagi lahir kat Temerloh. pada mulanya saya singgah di Temerloh dalam perjalanan cuti -cuti Malaysia saya, dekat negeri Pahang yang mana ada sungai mestilah ada tulisan besar kat tebing sungai, itu yang saya suka, cantik bila ambil gambar. Masa itu bulan puasa, tahun bila saya tak ingat, tapi bazar Ramadhan dia besar dan panjang. Memang menarik.



Kali kedua saya pergi ke Pekan Sehari Temerloh pulak, lagi menarik. Tapi yang paling saya suka, kat situ ada peniaga yang jual benih tanaman kampung yang susah nak kita jumpa sekarang ini. Ada macam-macam jenis benih, harganya tersangatlah murah, satu plastik kecil yang sama saiz dgn yg slalu kita beli kat pasaraya tu, harganya cuma dua puluh sen.




Pada masa itu saya tak ada lagi minat yang mendalam dalam bertani ini. Saya cuma beli dua peket benih maman yang berharga empat puluh sen. Itupun untuk abah saya. Sekarang ini saya berkongsi minat yang sama dengan abah saya.

Lagi satu benda yang menarik dekat pekan sehari Temerloh ialah saya terjumpa seorang peniaga berbangsa cina yang menawarkan perkhidmatan membuat gigi palsu. Saya saja tanya-tanya walaupun tak lah memerlukan gigi palsu lagi, peniaga itu siap bagi kad dan suruh datang ke kedai kalau malu nak berbincang kat pekan sehari itu.



Kalau ada muka sesapa yg membaca minta mahap la yer

Sebenarnya tujuan saya pergi ke pekan sehari itu adalah untuk mencari satu benda yang dah lama saya cari, yang akan saya ceritakan pada post akan datang. Tunggu.....

No comments:

Post a Comment