Sunday, August 19, 2012

Pucuk Daun Kari


Semasa saya beli rumah ini tahun lepas, rumah ni dah pun berusia 26 tahun (dah lama saaangat), dan saya adalah tuannya yang ketiga. 

Saya beli sebab dekat dengan tempat kerja. Cuma 7 minit perjalanan ke tempat kerja termasuk masa menunngu lampu isyarat. Kalau nak jalan kaki pun boleh. 

Dibelakang rumah ini ada banyak pokok kari dan di tepi bahagian hadapan rumah saya pun ada pokok kari yang besar kepunyaan jiran saya. Pasu dalam gambar diatas tu pula adalah pokok daun kari yang saya bawa dari rumah lama saya. 

Ada cerita pasal pokok kari ini. Dulu saya tak minat bertani, pasu besar ini saya tak ingat saya tanam pokok apa, tapi saya tak jaga sehingga pasu ini tinggal kosong. Jiran sebelah rumah saya berbangsa cina (lelaki)tolong tanam pokok kari dalam pasu dan dari-hari dia tolong siram. Jiran saya ini kurang fasih berbahasa Melayu, dia dah meninggal sehari sebelum Hari Raya dua tahun lepas .


Saya selalu pangkas pokok daun kari sebab pokoknya membesar cepat dan mengganggu pokok-pokok lain. satu hari semasa saya tengah potong batang pokok kari, seorang pekerja pembuangan sampah menegur saya dan tanya kenapa saya buang daun kari, dia kata elok kalau makan pucuk kari, sesuai untk mengelak penyakit kencing manis. sebelum itu pun saya ada membaca pekara yang sama.

Selepas itu saya pun cuba-cubalah makan ulam pucuk daun kari dengan nasi, saya dapati saya suka dengan rasanya. Walaupun keluarga saya tidak mewariskan penyakit kencing manis, tapi saya tetap kena hati-hati, beringat-ingat sebelum kena, lagipun saya memang sukan makan benda manis-manis.

No comments:

Post a Comment