Thursday, September 27, 2012

Keluarga Baru

 Sekali lihat macam pokok yang sangat di kenali. Tapi kalau dilihat dengan berhati-hati ia cuma sedara jauh strawberi. Saya beli pokok hiasan ini di sebuah nurseri yang dah lama saya teringin nak pergi tapi tak berkesempatan. Nurseri ini yang paling cantik susunan bunganya. Saya terpikat dengan pokok stobeli (kata taukeh nurseri) sebab buahnya yang cantik dan struktur pokoknya yang berjurai.
 Saya tanya taukeh, buanhya boleh makan ke? Dia kata boleh tapi rasanya tak manis macam strawberi yang sebenar. Pokok ini juga boleh di tanam di tanah dan ia akan tumbuh melata dengan banyaknya.
Hujung minggu ini saya nak belikan pasu baru yang besar sedikit untuk pokok ini, lepas itu cuba biakkan lagi pokoknya, bolehlah saya gantung banyak-banyak dekat depan rumah saya. Mesti comelkan.

8 comments:

  1. agaknya nie jenis strawberi yg masam tuh kot? pernah dengar jugak orng tanam

    ReplyDelete
  2. ni klu xsilap alpine strawberry rujuk di sini http://kebunbahagiabersama.blogspot.com/2012/10/alpine-strawberry-fragaria-vesca.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah baca pun kat sana pepagi buta tadi..hehehe, tapi tukang kebun kata manis, yang ni tawar dan tak sedap

      Delete
  3. mockberry kalau x silap namanya....dulu ada pegi kat nurseri dia tumbuh kat dlm pasu2 herba.....u beli kat nurseri mana ye?

    ReplyDelete
  4. beli kat nursery mn ni ye. tengh cr sedara mara strawberry, benih atau pokok.

    ReplyDelete