Hari ini saya dan mak saya serta Mimin pergi berjalan-jalan dan membeli-belah. Dari pasaraya sampailah ke nurseri. Mak saya adalah seorang peminat bunga orkid tapi kali ini mak saya tak beli bunga orkid. Mak saya beli bunga lavender, pokok daun belang-belang dan pokok jasmin siam yang wangi. saya pula cuma beli ubat siput dan besi penggantung pasu. Mak saya kata memang murah membeli-belah di nurseri kegemaran saya berbanding beli di kedai berhampiran rumah mak abah saya.
Hari ini juga saya sempat menanya nama Bangla yang kerja di nurseri kegemaran saya itu, katanya nama dia Kamal, saya tambahkan jadi Kamal Hasan dan dia senyum suka. Selepas ini bolelah saya minta diskaun lebih sebab saya dah tau namanya.
No comments:
Post a Comment