Saturday, September 29, 2012

Selasih ku Sayang



Satu hari saya terjumpa pokok selasih yang sangat gemuk dan cantik dekat nurseri. tak sabar rasanya nak beli dan tanam di rumah walaupun saya memang tahu yang saya tak berapa sukakan daun ini. Harganya pun memang sangat berpatutan, daripada satu pasu kecil yang saya beli, saya pindahkan ke dalam dua pasu besar.






Saya letakkan pasu-pasu tersebut di bawah sengkuap (awning) rumah saya. Sampai sekarang pokok selasih saya tidak berbunga lagi dan warnanya bertukar jadi hjau muda. Sangat sesuai di buat ulam.

Setelah beberapa kali saya mencuba makan ulam selasih ini, saya dah buat keputusan, memanglah ia tidak sesuai dengan selera saya. Saya tak pernah lagi masukkan dalam mana-mana masakan. Kadang-kadang kalau terlalu  rimbun sangat pokoknya saya potong dan bagi pada kawa-kawan. Kadang-kadang pula saya letak dalam laci dapur untuk halau lipas...hehehe.

2 comments:

  1. Saya pun dalam proses cubaan untuk bertani...tapi rumah bertingkat...sajalah cuba-cuba...pokok selasih nilah pokok pertama saya semai dari biji benih...masih tiada cambahan berlaku...Tak sabar rasanya nak menunggu benih bercambah dan dialihkan ke pasu lain.

    ReplyDelete
  2. Sy suka pokok selasih, ade pelbagai jenis, bentuk n rasa.. Menambahkan kepelbagaian di taman herba kita.. Sy baru ade sejenis (selasih Genovese).. Kalau tengokkan gmbr tu, sy rasa selasih tu jnis Genovese.. Cuba tanam Sweet basil, baunya lebih ringan & wangi..

    ReplyDelete