Wednesday, October 3, 2012

Kekabu Air


Mak saya kata nama pokok ini kekabu air tapi nama omputehnya vietnamese crab claw herb. Saya ambil anak pokoknya daripada rumah mak abah saya. 

Kemudian saya tanam pula dalam pasu di rumah saya, ada juga yang saya tanam dalam bekas polisterin bersama dengan pokok daun sup.


Ini gambar kekabu air di habitat asalnya, dalam pasu bunga kertas mak saya. Memang banyak sangat tumbuh melata sendiri tanpa di tanam. Saya tanya mak saya, kenapa tak makan daun kekabu air yang banyak tu, mak saya kata banyak lagi sayur lain yang boleh di makan.


Mak saya kata menurut neneknya, kekabu air ini boleh di buat kerabu. Boleh juga di buat ulam atau di makan begitu saja.


Selain itu, ia juga sesuai di buat ubat, terutamanya kalau pening. Lumatkan daun kekabu air dengan batang-batangnya sekali kemudian tempek di dahi.

Cara nak tanam pokok kekabu air ini sangat mudah, ambil sahaja biji benih yang berwarna hitam di hujung setiap pokok kekabu air dan taburkan sahaja ke dalam pasu. Siram air. Tak lama lepas tu, tumbuh banyak anak-anak pokok kekabu air yang comel-comel. Pokok ini juga cepat membesar dan tak perlu penjagaan yang rapi.

10 comments:

  1. memang boleh makan ya?...apa rasa dia,selama ni saya ingat rumpai...asal nampak,mesti cabut dan buang. :)

    ReplyDelete
  2. ADUYAI..MEMANG SELAMA NI LYNN INGAT SEJENIS RUMPAI...PANTANG NAMPAK DICABUT TERUS, MERATA-RATA ADA.

    ReplyDelete
  3. masa kecik2 dlu sy pun ingat tk boleh mkn, sy buat main masak2 jer...hehehe

    ReplyDelete
  4. di kampung saya, di terengganu dipanggil bayam bertih, digunakan sebagai ulam untuk penyakit gout.. wallahu a`lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak sy ada penyakit gout, bole la suh dia mkn ni, TQ

      Delete
  5. Kat rumah saya memang banyak..Selalu buang je tapi saya tau boleh buat ubat.. Hari tu ada di tv.. dipanggil pokok kandung air...

    ReplyDelete
  6. aduhai... baru tau..abis saya buang pokok berkhasiat nie yg idup dalam pasu bunga.. tq ye info berguna..

    ReplyDelete
  7. aduhai... baru tau..abis saya buang pokok berkhasiat nie yg idup dalam pasu bunga.. tq ye info berguna..

    ReplyDelete
  8. salam ini nama lainnya ketumpangan air atau sireh tanah atau salad peperomia.

    ReplyDelete