Thursday, November 8, 2012

Anaklah Ayam, anak ayam turun Sepuluh

Saya berkerja di luar kawasan lagi, kesian tanaman saya kekurangan kasih sayang lagi. Kali ini saya berada di PD, tepi laut. Tapi rasanya tak sempat nak jenguk-jenguk laut pun sebab banyak kerja yang kena buat. Dapat pandang dari jauh sahaja. Apa nak buat kerja makan gaji suap nasi memang macam ini. Yang penting tiap-tiap bulan dapat gaji dan boleh pergi membeli-belah sesuka hati (kalau ada duit lebih).


Masa saya sibuk buat penggambaran di kebun abah saya, saya terjumpa pokok ini. Tapi saya tak tau namanya. Saya tanya abah saya, dia kata tak tau. Saya tanya mak saya, dia pun kata tak tau.

Tapi saya ingat masa kecik-kecik dulu, ada seorang makcik suruh saya tolong kutipkan daun ini. Katanya untuk makanan anak ayamnya.

Siapa yang tahu nama pokok ini, sudi-sudilah bagitau saya siapakah namanya gerangan pokok makanan anak ayam ini.

Segala usaha tuan-puan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. 

8 comments:

  1. eh..ayam makan daun ker? tak tah pulak..ish..ishkk..ish...nampak macam basil jerr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kompom bkn basil...hehehe, kalo ada ayam kat fiji tu, cuba bg mkn kobis, gerenti dia makan...tak caya cuba

      Delete
  2. oooooooooo.. pokok ni.. tapi tak tau namanya.. :D kita tunggu gak sampai ada bagi tau..

    ReplyDelete
  3. salam ros, seakan akan pokok kemangikan.Kalau tanya tuan Iskandar atau Encik Adry @Daun mesti mereka tahu nama tumbuhan ni.Emailkan gambar ni pd mereka, agar puas hati kan dapat tahu nama.

    ReplyDelete
  4. salam kak Puteri Purnama. kompom bkn pokok kemangi kak, cadangan akak tu mmg bagus,a akan di usahakan. Untuk pengetahuan akak, pokok ni tak ada bau yang kuat, teksturnya lembut tidak berkayu, tumbuh liar di tanah2 kosong lepas di bersihkan

    ReplyDelete