Wednesday, November 28, 2012

Maman Temerloh


Kenal tak pokok ni? Inilah pokok maman. Selalunya di buat jeruk dengan nasi. sekarang ini senang nak dapatkan jeruk maman, beli saja di pasar malam, siap berhias dengan cili padi merah dan hijau. Nampak menarik, tapi bukan semua orang suka dengan jeruk maman ini.

Kalau di Negeri Sembilan, maman di masukkan dalam rendang. Jangan marah saya kalau salah yer, saya dapat maklumat ini daripada rancangan TV. Saya tak pernah cuba lagi masak rendang maman. Tapi saya boleh agak tentu rasanya sedap.

Pokok maman ini saya jumpa sewaktu melawat kebun abah saya. pokok ini di biarkan bersendirian, tak ada pokok maman lain di sampingnya. Saya rasa tentu abah saya nak jadikan pokok ini sebagai punca benih maman untuk tanaman seterusnya.

Benih pokok maman ini asalnya daripada Pekan Sehari Temerloh seperti yang saya ceritakan sebelum ini di SINI 

11 comments:

  1. Rasa rendang orang negeri ada letak macam-macam tapi ilmu tu tak sempat turunkan kat saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole blaja kat internet kan...hehehe

      Delete
    2. boleh je letak maman fresh..gulai cili api pun sedap, boleh letak sedikit kerisik kalau menggulai tu.. tapi kak mar makan je ..tak pernah buat he he

      Delete
    3. Oh ya warna purple bunga ni sungguh cantik

      Delete
    4. ooo..pengetahuan baru tu, masak lemak maman

      Delete
  2. Arwah tok saya selalu buat jeruk maman. Sy suka makan dgn jeruk maman digaul kelapa parut makan dgn nasi panas. Sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah try camtu, tanya kwn kat opis, dia kata tok dia pum slalu buat camtu

      Delete
  3. sy suka jeruk maman..di kemaman terengganu ni banyak dijual kat pasar tani..pasar besar..org kata makan maman awet muda..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak awet muda jugak, kene makan maman slalu nih

      Delete
  4. askm..adakah nama lain bagi Maman ni adalah Cleome Lavender ? TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain rasanya, yg tu pokok bungakan selalu jumpa kt cameron highland

      Delete