Sunday, November 4, 2012

Pepasan Ivy Gourd

Nak dapatkan benih tanaman?
WhatsApp 0174559536 utk order



Pertama kali saya kenal pepasan ini sewaktu saya makan tengahari  di tepian Sungai Perak, Kuala Kangsar. Sebelum itu saya tak pernah tengok lansung buah ini apatah lagi memakannya. 

Saya tanya pada pelayan kedai, apa nama buah ini, dia cakap timun, saya kata takkan timun saja kut, dia kata memang orang sana panggil timun. Agaknya dia pun macam saya, tak tahu. Saya tahu namanya pepasan setelah saya mencari-cari di dalam internet.





Suatu hari saya terjumpa pepasan di jual di pasar malam, dalam pinggan, tak sampai sepuluh biji harganya dua ringgit. 

Saya beli, buat ulam separuh, separuh lagi saya biarkan masak, warnanya berubah jadi merah dan rasanya seperti tomato. Saya ambil bijinya dan saya jadikan benih.




Bila dah jadi benih, saya suruh abah saya tanam dekat kebun dia. Tapi saya nampak pokoknya lain daripada imej yang dipaparkan dalam google, bunganya warna putih bukan kuning. 

Mungkin ini dari jenis hibrid (agakkan saya sahaja).  Atau ini pokok timun betik, yang benihnya saya bawa sekali dengan benih pepasan?




Abah saya kata, pokoknya tak mahu memanjat, macam labu pula. Bunganya banyak. Tapi buahnya lambat membesar. 




Daripada pembacaan saya, pokok ini banyak khasiatnya. Buahnya bila dimakan  boleh mengawal kencing manis manakala bijinya pula boleh di buat ubat resdung. 

Bukan sahaja ia sesuai di buat ulam, malah buah ini boleh di buat sup, masak lemak atau juga boleh di buat halwa. Daunnya juga boleh di buat sayur. Tapi abah saya kata, dia dah cuba makan daunnya,  abah saya kata tak sedap.

14 comments:

  1. subur nampaknya. pakai baja ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini di kebun abah saya, tak tau la dia pakai baja apa

      Delete
  2. kemas jer pokok timun ni menjalar..subur plk tu..geram tgk.

    ReplyDelete
  3. ini hasil kerja tangan abah saya, kalau sy punya...hehehe..tak tau ler

    ReplyDelete
  4. Cantik, tiada cela. Pokok ada sulur paut tapi tak memanjat. Di Semenyih peniaga pasar malam panggil Timun Bangla sebab orang Bangladesh suka beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo...timun bangla, hehehe, masa sy duk puchong dlu sy selalu tengok bangla beli labu air, sy tanya kt diorang kenapa slalu bli labu air, diorang kata sbb labu air tu kegemaran rasullullah (s.a.w)

      Delete
  5. Cantik kebun ayah rose, subur je tanaman. :)

    Timun tikus ni nampak macam timun mini di kacuk dengan petola ular gitu. ada beza tak rasa timun tikus ni dengan timun yang biasa kita makan. Atau rasa di sama je mcm makan timun mcm yang lain2? Kalau jumpa benih dia nak try tanam la nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. timun ni waktu muda rasanya tak jauh beza dgn timun biasa, tapi saiznya kecik sebesar ibu jari shj. Tapi bila dah tua/masak, rasanya macam tomato sikit2

      Delete
  6. Timun tikus yg bunganya kuning itu buahnya jauh lebih kecil dari yg satu lagi yg dipanggil coccinia grandis atau pakthamlung dlm bahasa Thai. Coccinia grandis atau ivy gourd bunganya putih. Ivy gourd juga dipanggil terung gemal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, sebenarnya ini bukan pokok timun tikus pun, abah sy tanam benih timun betik sebenarnya, ada sy jelaskan kesilapan saya pada entry http://semuamenjadi.blogspot.com/2012/12/opps-timun-ladang-rupanya.html, apa pun terima kasih sbb sudi melawat

      Delete
  7. Erk. Saya rasa silap ni. Orang kampung gelar pepasan. Nama Latinnya Coccinia grandis. Selalu saya buat ulam makan mentah. Sedap dimakan muda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. iayalah kot pepasan, mungkin lain tempat lain namanya

      Delete