Wednesday, November 14, 2012

Peristiwa Ngeri

Hari ini dalam sejarah. Pertama kalinya satu peristiwa ngeri telah berlaku. Sewaktu saya tengah gembira memandu dalam kesesakan (sesak sangatlah tu) jalan raya di kawasan perumahan saya, saya berangan-angan hendak membeli microwave baru. Pagi tadi saya telah membuat tinjauan di kedai elektrik, tawaran harga yang di berikan memang menarik tetapi saya perlu buat beberapa lagi tinjauan sebelum membeli yang baru.

Tengah saya berangan-angan tapi saya masih memandu dengan hati-hati. Kereta di hadapan saya jaraknya hanya satu meter. Saya pastikan jarak saya tidak terlalu rapat. Saya memandu dengan tenang. Tiba-tiba, saya terasa seperti melanggar sesuatu yang keras, sedangkan tadi saya tak nampak benda yang lain selain daripada tar di atas jalan raya.  Saya pandang cermin belakang, tiada kereta yang berhenti. Sayup-sayup saya ternampak seokor kucing berbelang jingga sedang terhincut-hincut menyeberangi jalan  sambil menyeret kakinya.

Demi Allah saya tak berniat nak langgar kucing itu kalau saya nampak. Berdosa sungguh rasanya. Saya tak boleh berhenti untuk tolong kucing itu kerana di belakang saya  kereta berbaris panjang. Saya sayang dan sukakan kucing tapi saya tak bela sebab takut menginaya kucing kalau terlupa bagi makan atau sebagainya.

Saya berhenti sebentar di hadapan sebuah kedai runcit sambil memikirkan nasib kucing yang saya tak sengaja langgar dan tak dapat tolong.

Sampai di rumah, jiran di hadapan rumah ajak saya makan-makan sempena Deepavali. Maaflah, saya tak boleh bergembira sebab saya telah melalui satu peristiwa ngeri hari ini.


 Macamana pun tema hari ini tetap ada gambar bunga sebagai penyeri. gambar ini saya ambil sewaktu melawat nurseri kegemaran saya.

Walaupun berduka, hari ini saya tetap gembira sebab dapat satu cenderahati dari London dan satu lagi dari Makasar. Terima kasih kepada yang memberi.

4 comments:

  1. oh oh...sy pun pernah terlanggar meoww kecik ms dolu2..mmg ngei..paham perasaan awak tuh..rs berdosa & bersalah...takperlah..sedekah yasin & fatihah buat meoww..heheh (blh buat lawak lg tuh.)

    ReplyDelete
  2. teringin nak pg tgk tempat kejadian, tp takut tuaan punya kucing cam kereta plak...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...sabar ya rose. Insyallah anak kucing tu selamat. Doakan anak kucing tu selamat. Kalau meninggal rose doakan dia dan sedekahkan yasin....bukan rose sengaja pun kan. Benda dah jadi. :)

      Delete
    2. skang ni fobia kalo nampak kucing main2 tp jln, takut dia berlari ke tgh jln dan tk sempat elak

      Delete