Sunday, November 25, 2012

Pokok Semalu

Kalau nak buat kanak-kanak kagunm dengan tumbuhan, tunjukkan mereka pokok semalu. Lagi-lagi kanak-kanak yang duduk di bandar, bukan senang nak jumpa pokok semalu.


Apa yang buat mereka kagum? Tentunya daun pokok semalu, bila disentuh, ia menguncup (sebab malulah agaknya).


Bunga semalu pun cantik juga, warnanya merah jambu. tapi yang bahayanya tentang pokok semalu tentulah durinya. Masa kecik-kecik dulu memang selalu sangat kena duri semalu, luka-luka kaki terutamanya ketika main nyorok-nyorok.


Ini satu lagi spesies pokok semalu, selalunya saya jumpa pokok jenis ini kat tepi sungai, tak banyak duri. Tapi buahnya cantik. Boleh buat perhiasan agaknya.


Tapi bunganya tetap sama, warna merah jambu atau boleh tukar nama jadi warna bunga semalu. Pokok semalu ini rupanya banyak khasiat terutamanya untuk kaum wanita.

5 comments:

  1. Kena sambung lagi pasal khasiat pokok ni..

    ReplyDelete
  2. Sokong Kak Mar :P.
    Betul mengimbas kembali zaman kanak-kanak, seronok tengok pokok daunnya kembang kucup.

    ReplyDelete