Monday, November 19, 2012

Tebang Mulberi

Pokok mulberi cepat sangat membesar, emak saya kata macam pokok ubi kayu. Pokok mulberi saya ditanam di sempadan rumah saya dengan tempat parking kereta jiran saya. Kadang-kadang dahan pokoknya menganggu kereta-kereta jiran saya yang banyak itu. Kesian kereta mereka itu. Terpaksalah saya tebang pokok mulberi saya selalu.
 

Ini gambar pucuk mulberi, sedap kalau di rebus. Manis rasanya. Patutlah ulat sutera suka makan daun ini. Saya tak pernah cuba masak dengan cara lain lagi daun ini.




Batang-batang mulberi ini sedia untuk di hantar ke rumah mak abah saya pula. Mak saya sukakan buah mulberi, jadi dia nak tanam banyak-banyak pokok mulberi.


Ini pula hasil daun mulberi daripada batang-batang yang di tebang. Daun-daun ini saya nak keringkan dan buat teh. Sudah dua kali saya keringkan daun mulberi ini untuk buat teh, tapi sekali pun belum minum lagi. Daun yang telah dikisar saya simpan dalam balang kedap udara.
 
Kebelakangan ini saya tak dapat makan buah mulberi sebab buah mulberi saya kena makan dengan semut hitam yang merayap dekat pokoknya.

12 comments:

  1. Kalau la jadi jiran rose,confirm ari2 mintak buah mulberi. hehe. Rose beli mana pokok mulberi ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli kat nurseri tapi bukan nurseri kegemaran

      Delete
  2. buah mulberi tu camne ek? boleh tunjuk dah rupanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila tengok kat sini yea.... http://semuamenjadi.blogspot.com/2012/08/mulberry-sutera.html

      Delete
  3. baguslah ditanam semula oleh Parents Rose..sayang dibuang...sebab tu pokok bunga raya saya pun masih saya tahan untuk tebang..sayang punya pasal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni pun rumah mak abah saya tak tak cukup kwsan utk tanam pokok2 lain, terjangkit semangat 'Semua Menjadi'...hehehe

      Delete
  4. mcm mnr rasa mulberi ni rose...lebih kurang buah anggur ke? teringin nak tanam...tak tau plak boleh buat teh...sejak join blog2 tanam-menanam ni mcm2 ilmu baru sy dapat..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada la macam rasa buah anggur, tapi rasa dia masam2 manis, sedap juga, berkhasiat lagi

      Delete
  5. semua orng bercerita psl mulberi kan..pegi kemana2 blog..sy jer yg ketinggalan..bg sikit keratan tuh nak tanam sini..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole leas ke pemeriksaan kat Fiji nun...hehehe

      Delete
  6. saya nak beli keratannya boleh? zamurina@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai sy dah bg semuanya kat mak sy, kalau nak bli sila lah ke blog tanamsendiri.com

      Delete