Saturday, February 16, 2013

Blackcurrant Jiran Saya

Sebelum ini saya ada ambil gambar pokok durian dan nangka bonsai jiran saya. Kali ini gambar pokok anggurnya pula.


Opps! Silap, bukannya anggur biasa tapi BLACKCURRANT, kao ada?


Kita lihat dengan lebih dekat daun-daun BLACKCURRANT baka baik ini. Perhatikan!

Fakta tentang penanaman anggur:

  1. Sinar matahari amat penting bagi pohon anggur, sekurang-kurangnya 80% ke 100% sinaran matahari diperlukan.
  2. Pohon anggur perlu disiram dengan air yang banyak tetapi jangan sampai bertakung.
  3. Atap asbestos boleh membuatkan daun anggur tidak sihat kerana kesan racunnya yang berbahaya.
  4. Tali rafia tidak digalakkan untuk membuat trellis pohon anggur.
  5. Pasu yang digunakan untuk menanam pohon anggur jangan diletakkan berhampiran dengan pasu nangka dan durian.
  6. Jangan suka berdengki dengan jiran sebelah yang tanam pohon anggur dari jenis biasa.
  7. Semua dia atas adalah fakta palsu tentang penanaman anggur kecuali fakta nombor satu dan dua.
p/s: Malam tadi jiran buat parti bbq bawah pokok blackcurrant tapi lansung tak mengajak,   
        saya dapat cium bau sahaja. Memang jiran yang terpilih, Impian jiran sebelah satu 
        Malaysia.




************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

8 comments:

  1. Hahaaaha.yg fakta ttg penanaman nie awak kena tunju kat jiran awak baru real..hihih

    ReplyDelete
  2. hohoho...harap dia tak baca, nanti dia bom rumah saya

    ReplyDelete
  3. wakaka...funny lah...mmg 'best' sgt dpt jiran mcm ni erk

    ReplyDelete
  4. # Malam tadi jiran buat parti bbq bawah pokok blackcurrant tapi lansung tak mengajak,
    saya dapat cium bau sahaja. Memang jiran yang terpilih, Impian jiran sebelah satu
    Malaysia.

    adoi! betul2 makan dalam statement nih! hihi

    ReplyDelete
  5. Salam smRose,

    Tergelak Mak Aji pasal jiran awak ni. Memanglah hidup berjiran ni kena byk bersabar, kalau x meletus perang dunia ke-3! Lain kali awak pulak buat bbq, jangan jemput dia, he he!

    ReplyDelete
  6. salam mak aji, malas sy nak mengikut perangai dia, kalau nak buat bbq baik sy buat kt umah mak abah sy...hehehe

    ReplyDelete
  7. boleh saya tahu, mana saya boleh dapatkan benih black currant?

    ReplyDelete