Monday, February 25, 2013

Jus Hijau


Pokok pandan di belakang rumah saya tumbuh dan membesar bagai johan sehingga pokok-pokok lain jadi tertindas. Jadi untuk mengelakkan pertumbuhannya yang berleluasa. Saya pun potonglah bahagian pokok yang meliar tersebut.


Saya tanam pokok pandan ini berpasu kan tayar kereta lama saya. Sebahagian daripada daun ini saya buat pewangi kereta. Sebahagian lagi saya ricih kecil-kecil sebagai pewangi rumah. Tapi masih banyak lagi bakinya. Bagi kawan-kawan opis pun sudah.


Saya potong daun pandan tadi pendek-pendek. Kemudian saya masukkan dalam pengisar dengan air sekali.


Kemudian saya tapis airnya yang berwarna hijau. Yang di atas itu gambar hampas daun pandan. Saya letak dalam pasu pokok-pokok saya. 


Ini dia jus hijau pandan saya. Saya simpan dalam petiais. Bolehlah nak guna untuk buat kuih ketayap ke, kuih koci ker atau nak buat nasi lemak hijau ker, kek pandan ker, air gula pandan ker atau apa-apa yang boleh lah.

 Tapi bila saya masukkan sikit jus ini dalam nasi yang saya masak, nasi itu jadi nasi kuning air, bukannya nasi hijau.

6 comments:

  1. Sedap ker nasi letak jus..kalau letak daun dpt baunyer jer kan...

    ReplyDelete
  2. rasa macam nasi biasa jer tapi ada bau pandan la

    ReplyDelete
  3. Saya selalu buat nasi lemak hijau letak pandan blend macam ni.

    ReplyDelete
  4. hehehe nasi kuning tapi wangi pandankan..nak cubalah.Akaka kalau dah ter;ebih daun pandan hiris halus2 buat bunga rampai, taburlah kat tempat2 yg diingini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, dah slalu sgt buat bunga rampai, nk cuba buat menda lain pulak...hehehe

      Delete