Monday, March 11, 2013

Tuaian Hari Isnin

 
Tuaian hari ini dari kiri daun limau purut, serai peha ayam, cili api dan limau kasturi semuanya segar dari ladang cenonet saya.


Gambar pandangan atas tuaian kecil dari kebun kecil untuk dapur kecil.


Saya guna perencah segera. Tak adalah rajin sangat nak buat semuanya sendiri.


Udang lupa belah belakang dan buang kaki, kulit masak sekali untuk buang kolestrol (kena makanlah kulit tu sekali yer). Sotong pula tak buang kulit hitam, saja suka. Bahan pelengkap Tom Yam. Tak campur dengan ayam. Sebab ayam hidupan darat ada cas yang berbeza dengan hidupan laut, tak elok campur. Tapi sebenarnya makan protien banyak jenis (udang + sotong) dalam satu hidangan pun tak elok jugakan.


Bahan-bahan sampingan, kubis bunga tak ada di kebun yang ada cuma brokoli dan cendawan tiram (acah jer tu, itu sahaja sayur yang ada dalam petiais). Tomato pula belum cukup matang, tak apalah, tak ada tomato pun jadi juga tomyam.



Inilah rupa hidangan tomyam yang dah masak, tak berapa menawan, itu sebab gambarnya kecil sahaja. Tapi rasanya memang lebih sedap daripada yang dibeli di kedai depan rumah. OMK! Menjilat sudu.

9 comments:

  1. sy kalo tomyam suka yg kiub tomyam knorr..kena selera..sedapnya cuba serba tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. slalu sy suka tomyam putih adabi, ni nak cuba yg baru, rasa bole tahan tp tak pedas lansung

      Delete
  2. rose, tgk pd tuaian segar2 tu, mmg betul la semua menjadi...tomyam mesti betul2 kick dgn cili api merah menyala tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada gak yg tak menjadi tp tk masukkkan dlm blog....hehehe

      Delete
  3. sedap pulak tgk tomyam ni...betul kalau buat tomyam senang..guna bahan belakang rumah je hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. btui, btui lg sronok memasak bila guna bahan2 yg kita tanam sendiri

      Delete
  4. saya pun suka tomyam putih. sedap.......tomyam merah pun sedap jugak. janji bahan datang dari kawasan rumah. :)

    ReplyDelete
  5. Bestnyer bau tomyam....terbau smpai tganu nih rose..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cium bau sambil bayangkan sy makan udang beso tu yer..hehehe

      Delete