Monday, March 18, 2013

Tuaian Isnin


Tuaian hari Isnin terdiri daripada buah dan daun. Buah mulberi dan daun jarum tujuh bilah.


Buah mulberi terpaksa dituai kerana hari ini saya bertolak ke Terengganu, takut-takut balik dari sana tinggal tangkai sahaja. Semut dekat kawasan rumah saya suka sangat makan buah mulberi walaupun masam.

Daun jarum tujuh bilah pula saya tuai sebab nak merealisasikan resepi yang dah lama saya pendam iaitu daun goreng tepung (hehehe... macamlah resepi dasyat sangat).



Dah siap pun goreng. Warna tepung salutan gelap sikit sebab saya guna tepung ayam goreng lada hitam jenama Bestari. Disebabkan saya 'rajin', saya campur telur sebiji, tepung Bestari dan air sekaligus. Selepas tu saya celup daun dalam ramuan tepung dan terus goreng dalam minyak terendam.


Dari segi rupa ada sedikit kurang sehingga terpaksa dihias dengan dua biji cili api (kalau nampaklah, kalau tak nampak kira lagi satu 'Jumaat' sahaja lagilah). Dari segi rasa memang lebih sedap daripada makan daun mentah. Tepung lada hitam memang sangat sesuai dengan rasa daun jarum tujuh bilah ini.

Apalah, sendiri tuai, sendiri masak dan puji lebih-lebih pula. Tapi kalau kawan-kawan nak cuba apasalahnya, sedap lagi berkhasiat.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

9 comments:

  1. Salam ros, selalu dok mkn kropok ikan...tk tau plk daun 7 bilah pun org buat kopok...t/kasih kongsi info

    ReplyDelete
  2. tak penah kenal dauh 7 bilah ni..tapi rasanya daun2 ni kalau dicelup tepung sure sedap ranggup...alhamdulillah sy nampak cilipadi tu...masih panjang umur hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah, nampak pun, cilipadinya cenonet sgt

      Delete
  3. aduh...meleleh air liur ni ha...daun goreng tu nampak sgt menyelerakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole tahan la, kalo tak de lauk bole la ganti

      Delete
  4. nampak sedap dan twruja la...mulberry dan daun goreng tepung tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la cuba buat, sedap dan berkhasiat

      Delete
    2. Daun mulberi tu pun kalau digoreng tepung sedap jugak...

      Delete