Wednesday, April 3, 2013

Bunga Laksa


Bunga kantan sangat sinonim dengan laksa bagi saya. Kalau tak ada bunga kantan pun boleh juga buat laksa. Sedap juga.


Ini bunga kantan di rumah mak abah saya. Lama sungguh nak tunggu bunganya keluar. Saya dapati pokok bunga kantan ini tak berapa sesuai dengan tanah berpasir. Pertumbuhannya lambat dan hasilnya juga lambat nak keluar.


Berbanding dengan pokok kantan di rumah lama, pokok ini kelihatan agak katik, bunganya pun kecil sahaja. Dulu mak saya gunakan batang kantan muda bagi menggantikan bunga kantan yang tak keluar-keluar. Tapi sekarang bila dah berbunga tak termakan la pula, kadang-kadang sampai lupa nak guna.

8 comments:

  1. salam ros, kalau kat pasar bunga laksa ni cukup mahal...kdg sampai RM1/sekuntum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam @na, btul tu, mmg mahal kadang2 tak sampai ati nak beli...hehehe

      Delete
  2. betul sangat mahal...kalau nak makan2 ramai2 buat laksa memang terasa beli bunga kantan rm1 sebatang..di kemaman ni lah..tu tiba2 jadi semangat nak tanam kantan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi pokok kantan ni memerlukan kws yg besar, tak sesuai nak tanam kat rumah sy ni, ambik yg mak tanam dah la....hehehe

      Delete
  3. Selalu confius dengan lengkuas.....ke mereka ni dari keluarga yang sama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'a la mmg pokoknya nampak lebih kurang ajer tp pokok kantan ni warna dia hijau muda sikit drp pokok lengkuas

      Delete