Saturday, April 20, 2013

Model Kacang Panjang


Ada orang nak ikut waktu saya buat penggambaran di kebun abah saya. Saya panggil dia model kacang panjang sebab kebetulan masa itu abah saya ada tanam pokok kacang panjang yang tunggu masa sahaja nak berbuah. Lepas ini selalu lah bawak balik kacang panjang.

Model kacang panjang ini berdarah campuran. Namanya Mimin, umur empat tahun. Dia ada darah Cina, Siam, Benggali dan Melayu. Kira satu Malaysialah.


Ini pula bunga kacang panjang yang tak lama lagi bakal menjadi buah.


Ini pula pokok kacang panjang. Tahu tak yang pucuk kacang panjang boleh dimakan?

12 comments:

  1. subur benar pokok kcang panjang tuh.

    ReplyDelete
  2. Salam smRose,
    Pucuk pokok kacang panjang boleh dibuat sayur kan?

    ReplyDelete
  3. wah.. banyak pokok tu.. K Mar tanam dua pokok dah tak larat nak petik hasilnya.. yela ahli keluarga tak ramai.. yang ni nanti mesti penuh besen besar ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. abah sy yg tanam, kalau lebih dia jual dan kadang-kadang paksa kami bawak balik...hehehe

      Delete
  4. a'ah pucuk nya mak sy ckp sedap celur atau masak lemak...tapi tak pernah buat lagi..tak sempat nak kutip pucuk...kne tanam banyak2 mcm ni br best kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...sy pun blum pernah cuba, dengar mak sy cakap jer, mak sy pun tak pernah masak bg kami mkn

      Delete
  5. kiutnyer model kacang panjang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. model kacang panjang bergaya macam nak pergi pasaraya...hahaha

      Delete
  6. bila lah agaknya akak boleh ada kebun seluas dan subur macam ni Rose.Kacang panjang sedap tumis udang kering.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebun akak tu dah cantik dah, tapi kalau nak luas lagi kena beli tanah pertanianla...hehehe

      Delete