Wednesday, May 29, 2013

Bunga Kemunting


Kesian pokok kemunting saya. Botak. Kebanyakan daunnya luruh.


Ingatkan dah tak ada harapan. Tapi ada daun baru yang tumbuh. Bunga pun dah keluar. Sejak kenal buah kemunting saya jadi sangat menyukainya.

Saya belikan sepohon pokok kemunting untuk mak saya tanam di rumahnya. Dulu susah nak dapat pokok kemunting. Tapi sekarang ini banyak pulak stok pokok kemunting dekat nurseri kegemaran.

Rasa nak beli semua.

8 comments:

  1. rose ada keratan pokok anggur tak? kalau ada saya nak beli dear.. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada la, kena gi beli kat nurseri atau Cameron

      Delete
  2. Salam Rose,

    Kemunting ni sama dengan yang tumbuh sendiri tu ke? Semasa Mak Aji kecik2 dulu arwah mak Mak Aji suka buat jem buahnya, memang cukup sedap! x pernah pula jumpa kat nurseri, pun mungkin sebab x pernah tanya. Kalau tanya mungkin ada pulak ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam mak aji,

      sejujurnya saya ni tak pernah pun nampak pokok kemunting yg hidup sendiri, pertama kali kenal pun jumpa kat nurseri tahun lepas...hehehe, bertuah la org pantai timur selalu jumpa pokok kemunting liar

      Delete
  3. Dulu masa kecil-kecil inilah buah yang dicari ketika hendak mengaji di surau tempat kami. Masa tu pokok ini senang dijumpai di keliling rumah dan kampung saya. Tapi sekarang ni memang dah tak jumpa. Semalam saya pun beli sebatang di nurseri kat Alor Gajah untuk tatapan generasi akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buah kenangan saya masa kecil cuma buah letup-letup sbb pokok kemunting tak ada, kalau td mesti lg best

      Delete
  4. rindunya dengan pokok ni... dulu masa kecik-kecik suka main dalam semak.. kalau jumpa buah kemunting mesti kutip.. tapi dah terlalu lama..dah tak ingat rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau rindu kena carik dan tanam la jawabnya...hehehe

      Delete