Friday, May 10, 2013

Kandungan Vitamin C dua kali ganda daripada Oren


Inilah buah yang mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi iaitu buah betik atau papaya.


Pokoknya ini di rumah mak abah saya. Nampakkan ada dua pokok dan ada satu lagi yang hanya nampak daun. Mak saya sentiasa memastikan ada pelapis untuk pokok-pokok betiknya agar katanya tidak keputusan bekalan betik.

Tapi mak saya dan abah saya tak makan pun betik hari-hari. Yang banyak makannya adalah burung. Sekarang ini sejak ada jiran baru, mak saya rajinlah sedekah buah betik dekat jiran. Yang nampak rumah tulah rumah jiran baru kami, orang Pattani.

Jiran baru pun selalu puji buah betik yang mak saya bagi katanya sedap, maklumlah percuma. Jiran baru siap minta benih betik dengan mak saya.


Kadang-kadang adalah juga adik saya bawa balik betik muda ke rumahnya untuk buat halwa yang berukir-ukir tu. 

Mak saya, kakak saya dan adik saya minat sangat buat kerjatangan  terutamanya untuk orang kahwin. Saya minta maaf sahajalah, tak minat.

15 comments:

  1. Lama tak makan betik panjang camtuh..mesti manis kan rsnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang manis dan sedap...hehehe, jgn teringin plak kang susah lak nak mencarinya yg sama

      Delete
  2. tapi kenapakah oren yg selalu di war warkan sumber utama vitamin c? propaganda!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendapat saya jer ni yer, sbb org yg keluarkan pernyataan tu tk biasa jumpa betik dan tk sempat buat kajian pasal betik...hehehe

      Delete
    2. jom kita popularkan betik!

      Delete
  3. memang jarang sangat makan betik...sebaiknyer kene tanam kat rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. elok makan betik ni kan, lawas jer...hehehe, tp jgn tanam betik dkt dgn pagar konkrit nanti akarnya boleh rosakkan struktur konkrit tu

      Delete
  4. saya suka makan betik tp bukan yang terlalu masak,kalo lembik sangat tak sedap nk makan. Lepas ni tak yah beli limau,makan betik cukup untuk tambah vitamin C. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jimat duit kita kan, lagi-lagi kalau tanam sendiri, berbuah tak putus-putus

      Delete
  5. Salam smRose,

    Betik tanam sendiri jauh lebih sedap berbanding yg dijual sbb kita boleh tunggu dia masak secara semulajadi, x perlu diperam macam yg dijual tu. Pun xde racu, tentunya lebih khasiat! Kalau buat breakfast betik masak di perah air asam limau nipis di atasnya, sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam mak aji,

      Betui tu, lepas makan membuang pun senang...hehehe

      Delete
  6. tinggi ke pokok betik ni Rose?..tanya kat emak, apa nama betik ni, boleh?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kata tinggi, tidaklah sangat tapi tak ada lah rendah macam betik sekaki akak tu, saya dah tanya mak sy, dia kata tak tau, sama la macam kelapa aritu, dia kata kelapa hijau la....hehehe, mak sy kata lg bgtau kawan2 tu benih kelapa ambil masa 3 bulan baru bertunas

      Delete
  7. Td kt pasar pun teringin nak beli betik...tapi x cantik mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, ni tak cantik ni, dah jatuh kat tanah rosak kulit dia sbb malas nak sambut dgn kain ker barulah terjamin kecantikannya

      Delete