Friday, May 31, 2013

Tomato Ceri Mak saya


Saya yang semai anak pokok tomato ceri ini. 

Sebahagiannya saya tanam, sebahagian lagi saya beri kepada kawan baik di opis dan sepokok saya beri pada mak saya.

Kawan saya laporkan pokok-pokoknya mati, tak lama kemudian pokok tomato ceri saya pun mati. Tapi mak saya punya hidup dan berbuah. Inilah gambar buahnya.


Mak saya buat pancangnya daripada ranting kayu sahaja. Tapi berbuah juga, saya pakai pancang beli, tak menjadi.


Ini pula gambar buahnya yang dah masak. Mak saya letak pokok tomato ceri ini menumpang trellis pokok anggurnya.

Baru-baru ini mak saya alihkan pokok anggur ke tanah. Sekarang ini dah tinggal batang sahaja sebab adik saya mesinkan pokok anggur itu sekali waktu dia potong rumput dekat halaman rumah mak saya.

Mak saya sedih.




************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?
 

6 comments:

  1. sedih gak kalau pokok kena mesin lebih-lebih lagi anggur !

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg mak sy sedih sgt, tp saya pujuk cakap nanti pikok tu bole tumbuh balik dan mana tau terus berbuah (kalau bertuah la)

      Delete
  2. tuah mak awak yer..tomato cerinya menjadi...

    ReplyDelete
  3. salam Rose,
    pokok anggur yg rose tanam yg pernah berbuah, manis tak?

    ReplyDelete