Monday, June 10, 2013

Bintang Pecah Lima


Bunga hoya ini saya beli untuk mak saya, sebelum ini saya janji nak belikan pokok akar dani, tetapi tiba-tiba sahaja dah habis stok kat nurseri bukan kegemaran.

Tauke nurseri kata pokok ini tahan lama, bunganya lama juga dah berkembangan di rumah saya (belum hantar kepada empunyanya lagi).


Kalau yang di atas tadi gambar bunga hoya yang belum kembang, yang ini pula sudah mekar mengharum. Ada bau juga rupanya bunga hoya ini walaupun tak harum sangat. Nampak tak bentuk bintang pecah lima pada bunganya?


Bila saya lalu dekat bunga hoya ini saya tercium baunya dan ternampak ada cecair keluar daripada bunganya. Saya ingatkan air tapi keluar manisan daripada bunganya. 

Macamana saya tahu? Saya ambil cecair itu dan rasanya manis macam manisan pada bunga jarum.

9 comments:

  1. Salam Rose,

    Mak Aji cukup berkenanlah dengan hoya ni. Kali akhir ke nurseri lupalah pulak nak cari. Bunganya macam2 warna, kan. Pernah tengok yg biru2 macam purple sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam mak aji,

      kebetulan ini kali pertama sy jumpa nurseri kegemaran jual bunga ni, sebelum ni tak nampak bayang, sy tgk kt nurseri tu ada satu warna jer, tapi kalo tgk gambar ada memacam warna dan semuanya cantik

      Delete
  2. Assalam rose..
    cantiknya hoya..jealousnya tengok bunga ngan daunnya yang segar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w' slm,

      ni baru beli kt nurseri mmg la cantik, nanti2 tk tau la

      Delete
  3. Assalamualaikum Rose,
    Ini lagi sebab kenapa sangatttt bahaya kalau selalu pi ziarah nursery.
    Tapi kalau utk menyenangkan hati Bonda.. sangat bagus.
    Dapat pahala free lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      kalau pegi nurseri 'total damage'nya tak sebesar pg ke pasaraya kan....hehehe

      Delete
  4. Saya tersenyum tengok hoya ni ada moments dengan anak minggu ni. Yang Rayyan doklah seronok jumpa bunga hoya tepi gazebo nak tunjuk kat mama dia ni. Dia goncang goncang tangkai bunga hoya nak tunjuk habis terlerai bunganya. Nak tahan gelak pun ada tapi kesian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bebaru ni pun sy sedih tgk bunga hoya saya berguguran, sedih sbb cantik tp tak tahan lama...hehehe

      Delete
  5. jual ke pokok hoya. berapa sepokok. pos skali dgn pasu ke

    ReplyDelete