Wednesday, June 12, 2013

Masak Lemak Ketam dan Daun Mengkudu Siam


Inilah masakan yang saya masak gunakan kelapa pemberian mak saya. Nama masakannya sila baca tajuk ye.

Rasa daun mengkudu siam memang tak pahit dan tak mengganggu lansung rasa kuah lemak ketam ini. Malah pada saya makin sedap. 

Tapi kuahnya akan bertukar warna kehijauan dan tak kekuningan macam gulai lemak biasa.


Pedulikanlah insang ketam itu, saya memang suka simpan insang ketam sekali dalam masakan saya. 

Saya nak cerita sikit macamana saya proses kelapa itu sehingga jadi santan. Mula-mula saya pecahkan kelapa kepada dua bahagian menggunakan belakang parang. 

Selepas itu saya keluar isi kelapa dengan gunakan pisau dan kemudian proseskan isinya dalam pengisar sehingga terhasilah santan segar dari ladang. 

Mula-mula saya bercadang nak gunakan 'juicer' tapi kemudian saya batalkan niat saya itu.


Inilah daun mengkudu siam bagi sesiapa yang tak kenal lagi.

6 comments:

  1. sedapnya.... boleh ler hantar kat sini yeee

    ReplyDelete
  2. ala sedapnya ketam masak lemak, lama dah tak makan ketam.Kelapa parut kat mana Rose? ada mesin kelapa ke. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy ada tulis camana sy buat santan tu...hehehe, mesti akak tak baca niiiii.....hehehe

      Delete
  3. Dulu suka juga hisap insang ketam.
    Wah terliurvtengok .

    ReplyDelete