Wednesday, June 19, 2013

Mengenali Mesra Pokok Pisang


 Ini pokok pisang yang paling senang nak kenal, namanya pokok pisang emas (yang dihadapan sekali dalam gambar). Pisang emas memang terkenal terutamanya dalam pantun. 

Saya pernah terbaca satu info berkaitan pisang, wanita sebaiknya makan sebiji pisang sehari bagi mengelak kanser payudara.

Saya memang dah boleh membezakan pokok pisang sejak dari sekolah rendah berkat selalu mengikut abah saya ke kebunnya. 

Saya pula jenis yang suka bertanya sampai cikgu pernah komplen, semua jenis pokok pisang yang ada saya tanya namanya dan ingat sampai sekarang. 


Ini pula pokok pisang berangan, saya selalu tertanya-tanya kenapa namanya berangan, adakah ada rasa macam buah berangan atau rasanya sedap sangat sehinggakan bila makan terus berangan-angan.

Walauapapun, saya paling suka pisang berangan antara pisang-pisang yang ada ditanam oleh abah saya. Pisang emas pula saya kurang suka sebab manis sangat.


Ini pula pokok pisang abu, buahnya sedap digoreng atau dibuat pengat, makan begitu sahaja pun boleh. Pisang abu ini ada yang jenis berbiji di dalam buahnya, selalunya yang jenis ini tak laku kalau dijual.

Cukuplah pelajaran kita hari ini mengenai pokok pisang. Mungkin dilain siaran saya akan memperkenalkan pisang-pisang lain seperti pisang rastali, pisang kelat, pisang kapas, pisang tanduk, pisang raja udang, pisang awak, pisang cavendish,  pisang j, pisang serendah dan pisang goreng.

Semoga berjumpa lagi di lain siaran.



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

12 comments:

  1. Bagusnya boleh membezakan pokok pisang..bg sy semuanya kelihatan sama jer..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita. dah kuar buah pun masih tertanya2 pisang ape la tu. hehe

      Delete
    2. mai kita sama-sama belajar yer, ilmu yg ada kena sebar-sebarkan....hehehe

      Delete
  2. rose, ari ni silibus pisang ye...hehehe.. lunch td sempat jgk beli pisang dole kat giant..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaaa...pisang dole sy tak kenal kena gugel imej la nampaknya

      Delete
  3. Saya ada tnm beberapa jenis(lbh krg 10 jenis) pokok pisang tapi pisang emas tak tersenarai sbb anak benihnya pyh sikit nak dapat kat sini. Pisang awak ada byk jenis kan. Ada yang buahnya tiada biji, ada biji dan byk biji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betui tu, pisang awak mmg banyak jenis, yg banyak biji tu la yg paling manis

      Delete
  4. salam Rose,
    bagusnya entry ni, mampu memberi ilham dan menguatkan semangat saya untuk menyiapkan projek yg.sedang dalam proses.Pisang, kelapa dan serai ada dalam senarai tanaman yg.saya nak tanam dikebun yg.sedang diusahakan.Hemm suburnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak,
      alhamdulillah, dapat juga saya kongsi ilmu yg berguna dan memberi ilham, selamat maju jaya kak, teringin sgt nak ada tanah tepi pantai cam akak

      Delete
  5. bagus ni. dah lama nak khatam ilmu mengenal pisang tapi tak kenal-kenal sampai sekarang. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini sikit sgt informasi pasal pisang, kalau betul2 nk cerita kena buat buku...hohoho

      Delete
  6. Assalamualaikum .. nak tnya ... sy goreng pisang (rupanya cam pisang abu) tp kelat ... nape ye?

    ReplyDelete