Wednesday, July 3, 2013

Bunga Pertama Labu Manis Saya


Pokok labu yang saya tanam sudah pun mengeluarkan bunganya yang pertama. Walaupun bunga jantan, saya sudah rasa cukup berbangga dengan pencapaian pokok labu tanaman saya.


Asalnya saya tanam pokok labu ini khas untuk pucuknya, tapi setelah melihat ia membesar bagai johan, saya batalkan niat saya itu. 

Nampaknya banyak lagi kudup-kudup bunga pada sepanjang jalaran pokok labu manis saya. Tapi setakat ini saya lihat semuanya bunga jantan, mungkin bunga betina ada menyorok di mana-mana maklumlah pemalu. 

Lagipun semak-samun dibelakang rumah saya itu tebal sangat, kalau ada gorila menyorok pun tak perasan.

18 comments:

  1. rose mmg pro la awk, blh beza bunga jantan dgn bunga betina...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...saya pun teka-teka ajer, tengok-tengok, baca-baca blog rakan-rakan termasuklah blog @na utk tambah pengetahuan

      Delete
  2. ye la kan.. pompuan kan malu... dia nyorok lah tu.. lawa bunga tu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam kita la kan, 'pemalu' la sangat...hehehe

      Delete
  3. bestnya... saya tanam pokok labu x sempat besar dah kene serang dengan musuh.hu..hu.. sehih nya ada apa2 petua tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak de petua setakat ini, kebetulan belum ada musuh yang menganggu, Suzi dah tinggalkan alamat tak kat email sy?

      Delete
    2. Entah lah dah lupa ada ke x .rasa ada guna alamat hospital daerah jerantut 27000 jerantut pahang.?

      Delete
    3. ada alamatnya tapi benihnya ngak ada stok lg...hehehe, sabo yer

      Delete
  4. pokok labu saya masih baby...lambat lagi la nak keluar bunga macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy tgk pokok labu cepat btui membesar, sebulan lebih dah kluar bunga, semoga Berjaya!!!

      Delete
  5. As salam smRose,
    Biasa la tu labu dan tumbuhan menjalar/memanjat keluar bunga jantan dulu, lepas ni baru putik dan bunga betina. Byk ke tanam labu ni? Boleh kalau nak ambik pucuknya utk dimasak lemak sbb ia akan menggalakan perkembangan pokok. Saya pulak rasa sayang nak potong pucuk labu bila tgk ada putik2 buah..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'slm,
      sy tanam sikit jer, itupun dlm pasu, saja nak cuba-cuba

      Delete
  6. Salam Rose,

    Cantiknya bunga labu dia! Apa khabar gorila belakang rumah, he he! Mak Aji suka makan sayur lemak putih pucuk labu, pertama kali makan terus terpikat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam mak aji,
      takut nak tanya kabar gorila, nanti kene gigit...hahaha

      Delete
  7. salam perkenalan..
    pokok labu saya sangat galak berbunga..tapi semuanya jantan...macam mana nak bagi yang betina keluar ye...ada petua tak...t.ksh

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal juga, tentang bunga jantan bunga betina tu mmg sebegitulah kejadiannya, tak ada petua. mula2 mmg akan keluar banyak bunga jantan, nanti baru kluar bunga betina. Bunga jantan tu boleh di simpan di petias utk pendebungaan nanti (kalau rajin la).

      Delete
    2. oo..macam tu ke.. Tak sabar nak kawenkan diorg..kiki Teringin nak makan labu yg ditanam sendiri...Thanks ye...

      Delete