Thursday, July 25, 2013

Cabang Tiga Membesar Bagai Johan


Semalam sehari suntuk berkerja di luar kawasan, jadi juri untuk satu pertandingan. Dalam perjalanan balik ke opis pemandu  bawa singgah di dua buah pasar ramadhan. Penatnya terasa sampai ke hari ini. Jadi tak boleh nak cerita panjang-panjang.

Gambar di atas adalah pokok ulam tenggek burung atau cabang tiga yang saya tanam di dalam pasu.


Tinggi pokok ini cuma setengah meter tapi lihatlah daunnya yang sama besar dan panjang dengan botol air mineral. Saya sangat bangga dengan tumbesarannya yang memberansangkan. Setakat ini saya belum petik lagi pucuknya untuk dibuat ulam.

6 comments:

  1. macam kene try tanam tanam jugak dalam pasu ni, pokok ni boleh biak guna keratan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah gak sy guna keratan tapi tak menjadi, yg ini saya tanam dr anak pokok

      Delete
  2. Tak lama lagi hari2 boleh makan ulam tenggek burung.

    Kenapa nama dia tenggek burung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama lagi kot, tk byk cabang, nama dia tenggek burung sbb burung suka bertenggek kot...hehehe

      Delete
  3. tak pernah tengoklah pokok tenggek burung ni, ada benih ke?..kongsilah hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. biji benih tak ada setakat ini, kalo ada sy bgtau akak...hehehe

      Delete