Monday, July 8, 2013

Jalan-Jalan Jumpa Pisang


Sewaktu balik ke rumah mak abah saya saya bercadang untuk berjalan-jalan sambil meninjau kebun abah saya yang sebelah lagi. 

Tujuan saya ialah untuk mencari pokok tembikai kuning yang abah saya tanam kerana sebelum  ini saya cuma dapat makan buahnya tanpa dapat melihat pokoknya.

Walaupun abah saya sudah bagitahu yang pokok tersebut dah tamat riwayatnya, saya masih juga nak meninjau keadaan kebun abah saya yang sebelah lagi itu.

Sewaktu berjalan-jalan dalam semak saya terpandang setandan pisang dengan pokonya sekali terbaring lesu atas tanah..

Mungkinkah pokok ini 'patah tengkuk' atau ditumbangkan oleh pencuri tanpa sempat mengambil buahnya? Tapi saya tengok pokoknya dah kering, adakah abah saya tak perasan atau dia memang nak biarkannya begitu sahaja?

Misteri ini masih tidak selesai kerana saya terlupa nak tanya abah saya.

No comments:

Post a Comment