Wednesday, July 10, 2013

Tanduk Tiga Belas


Ini dia pisang tanduk hasil penat jerih abah saya di kebunnya. Kebetulan masa saya balik pisang ini dah pun matang.

Sangat sesuai dijadikan kerepek dan bila dah masak sikit, sedap kalau digoreng.


Saya letak botol itu sebab nak tunjukkan saiz pisang tanduk. Selalunya saiz pisang tanduk lebih besar daripada yang ini,  kira yang saya tunjuk ini kecil sahaja.


Setandan pisang tanduk yang abah saya tanam ini cuma ada tiga belas biji. Saya cuma ambil satu biji yang paling besar untuk dibawa pulang ke rumah saya. 

Abah saya suruh ambil lebih, sebab kalau saya rajin saya buat kerepek dan ekspot semula ke rumah mak abah saya.

Tapi kali ini saya tahu kemampuan saya, ada banyak kerja yang perlu dilakukan, nak masak nasi pun tak sempat, inikan pula nak goreng pisang.

6 comments:

  1. dalam banyak2 pisang....saya paling suka pisang tanduk...sedap buat kerepek atau goreng.

    ReplyDelete
  2. boleh buat menu buka puasa ni..

    ReplyDelete
  3. Ada yg kata ini pisang lang ..sebab sesisir 3 biji pisang..kalau pisang tanduk sisirnya lebih...wallahualam...selamat berpuasa Rose..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo...pisang lang, mungkin juga sebab tak bengkok macam tanduk kan

      Delete