Wednesday, July 17, 2013

Terima Kasih Sali


Akhirnya! Tiba juga penghantaran daripada Sali yang dah ditunggu agak lama juga. Kebetulan semalam saya balik rumah waktu tengahari, saya teringatkan emel daripada Sali. 

Sejurus kemudian terus saya dengar bunyi hon motor. Adik posmen bunyikan hon banyak kali sangat, naik risau saya. Bergegas saya keluar rumah dan ambil sampul yang adik posmen bagi. Tersenyum lebar saya.

Terima kasih Sali sebab bersusah payah hantar benih-benih ini pada saya. Kalau tak silap masuk yang ketiga kalinya barulah sampai bungkusan ini pada saya.

Pada kawan-kawan lain yang pernah hantar benih pada saya sebelum ini pun saya ucapkan terima kasih banyak-banyak juga. Pada yang nak hantar lepas-lepas ini pun saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak juga.

Selepas ini saya terfikir nak buat aktiviti jualan biji benih secara pakej pula. Agak-agak ada tak orang nak beli?

15 comments:

  1. Boleh juga kalau benih menarik...hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. naseb ada org berminat nak tanya, antara benihnya timun betik, bunga telang, labu, kacang botor, kacang panjang dll.

      Delete
  2. Assaam..Sali ni tiada blog ke... teringin gak jenguk kebunnya.. asparagus tu boleh hidup ke? Ada beli benih tapi mcm tak semangat nak semai... benih2 yg K Mar tiada tu bolehla order dgn rose ...eg. geti dan cili purple tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sali tak der blog. Kebun pun dlm pasu je.

      Delete
    2. w'slm kak mar,
      kalau benih geti dan cili purple tu mmg kena order ngan Sali la nampaknya, sy mmg tak de lebih. Yang Sali bagi tu sayang, nak simpan dan kemudian baru nak tanam,,,hehehehe

      Delete
  3. elergik sy tengok biji benih.. gatal je rasa nak g blog yg jual benih n nak beli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. elok la tu NJ, boleh tolong hijaukan bumi dan dapat manafaat tanam sayuran tanpa racun perosak dan makan makanan yang selamat lagi berkhasiat

      Delete
  4. Saya pun ada benih untuk dikirim untuk Rose, tapi rahsia. he.hee. Dah kirim dengan kerani sk untuk poskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yer, sy lupa nak pilih...ekekeke, tapi tak per la, sy tak kisah, benih apa pun yg dikirim saya hargainya, Terima Kasih daun Keladi

      Delete
  5. waah rose byk terima benih ni...penuh kebun tu nanti...hehehe selamat berkebun

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul tu @na mmg byk benih dah terima, malangnya kawasan dekat rumah nak bercucuk tanam dah tak de, pasu pun dah penuh ruang, nampaknya kena beli tanah/rumah baru lah...hehehe

      Delete
  6. wow.. buleh je kalau ada yang berminat kan.. dia mesti beli.. best banyak ada benih ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan, kena buat market survey dlu...ekekeke

      Delete
  7. Salam smRose,
    Semoga berjaya dan berpahala.

    ReplyDelete