Saturday, July 20, 2013

Terima Kasih SriKota Garden


Waah!! Murah betul rezeki saya bulan ini. Alhamdulillah! Saya terima banyak biji benih daripada rakan-rakan blogger. Semalam saya terima pelbagai biji benih yang saya suka sangat  ini daripada pemilik blog My Mix Garden.

Saya selalu melawat  My Mix Garden sebab ada banyak tanaman yang pelik dipaparkan, sangat sesuai dengan jiwa saya yang sukakan tanaman yang lain daripada biasa.

Kadang-kadang saya cemburu juga tengok orang ada banyak ruang untuk bertanam dan boleh tanam macam-macam jenis tanaman. Yang saya paling cemburu sekali adalah tanaman terkini beliau iaitu pokok tin sebab saya suka sangat buah tin. 

Tapi SriKota Garden janganlah risau, saya cemburu positif, saya pun berazam dan akan berusaha untuk memiliki pokok-pokok seperti yang ada di laman anda. Selamat maju jaya dan semoga impian kita sama-sama tercapai.

Akhir kata, Terima Kasih tak terhingga kepada pemilik blog My Mix Garden  (terima kasih daun keladi boleh?) dan semoga Semua....... Menjadi!

6 comments:

  1. Hehe....pasti semua akan menjadi punya. Happy garden rose,bagusnye sri kota sudi kongsi benih. Semoga bertambah2 rezeki Sri kota. :)

    ReplyDelete
  2. Mesti menjadi punya.....selamat berkebun ye smRose .......

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berkebun juga Suzi, didoakan semua menjadi!

      Delete
  3. Rose pun ada beri asaya biji benih yang tak ada ditempat saya. Bagi saya rare tu. Selamat berkebun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau dah berbuah bolehlah share gambar kat blog kan....hehehe

      Delete