Tuesday, August 13, 2013

Kenangan Mengaji-Bunga Jarum


Kami panggil ini bunga jarum tapi tak tahulah kalau ada orang nak kata salah lagi, kot-kot tak sama dengan nama panggilan kat negeri lain, hehehe!

Bunga ini menyimpan banyak kenangan manis saya semasa kecik-kecik dulu. Terutamanya waktu pergi mengaji quran. Sementara menunggu giliran mengaji saya selalunya akan hisap cecair pada pangkal bunga jarum ini, rasanya manis.  Perasan sekejap jadi burung kelicap.


Ini rimbunan bunga jarum di hadapan rumah mak abah saya. Menjadi-jadi bunganya masa Hari Raya. 

Masa saya kecik-kecik dulu bunga jarum yang ada dihadapan rumah guru mengaji saya warnanya kuning dan bunganya lebih besar daripada yang ini.

10 comments:

  1. bunga kenangan.Akak pun masa kecik suka hisap manisan bunga ni..berebut dengan rerama, ambik manisan ni sapu kat muka..macam losyen lah..nenek kata bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sapu kat muka, tak tau pun,kalau tau mesti awet muda kan, tau makan jer....hehehe

      Delete
  2. semua ada kenangan dengan bunga ni kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. maknanya ni bunga lama la kan, bukan bunga moden

      Delete
  3. betul betul.. dulu2 masa kecik pun nani wat camtu.. hisap madu bunga jenjarum ni.. and lagi satu nani guna benang and jarum.. cucuk2 satu persatu bunga ni buat rantai la.. gelang la.. perasan jadi hawaian kejap.. wahahahaha

    Selamat hari raya.. maaf zahir batin ye.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti cantik kan....hehehe, dah bole bayangkan

      Delete
  4. salam syawal rose,

    bunga ni bunga kenangan time kecik2 dulu...
    psst benih kailan 1. linna_linn@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam syawal juga,

      ramai org ada kenangan ngan bunga ni kan, sama la kita,
      pasal benih kailan tu cer hantar nama,alamat dan no phone (utk tujuan pos) kat semuamenjadi@gmail.com yer

      Delete
  5. Samalah tu kalau kat kampung zaman kecik2 kita pun buat macam tu jugak. Balik raya anak yang kecik tanya 'Mama kenapa bunga yg ada jarum ti bil kita hisap2 manis?'. Kesian sungguh kat budak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...sian dia kan, tak apelah kita dulu pun blajar dr pengalaman

      Delete