Wednesday, August 28, 2013

Pucuk-Pucuk Muda lagi Berkhasiat


Pokok cabang tiga saya telah pun mengeluarkan pucuk-pucuk yang kelihatan sangat enak dimakan bersama nasi panas dan sambal yang sesuai.

Kalau mengikut rekod dalam blog ini saya telah mula menanam anak pokok cabang tiga atau tenggek burung ini pada bulan Januari 2013, boleh rujuk di SINI. Setelah hampir tujuh bulan ia pun mengeluarkan pucuk yang agak banyak bagi pokok setinggi setengah meter.


Seperti yang telah saya ceritakan sebelum ini di SINI  ulam cabang tiga atau tenggek burung ini memang sedap lagi berkhasiat.


Saya ambil sikit sahaja daripada pucuk-pucuk yang ada untuk di buat ulam. Yang lain sayang rasanya nak petik. Saya nak biarkan pokoknya semakin rendang dan dapat menghasilkan banyak lagi daun-daun muda yang enak lagi berkhasiat.

Saya buat entry ini khas untuk rakan-rakan yang telah membeli anak pokok tenggek burung daripada saya. Yang mana dah menempah tapi belum dapat lagi di harap bersabar yer. Nanti saya usahakan sehingga pokok yang dicita-citakan itu sampai ke tangan peminatnya.

12 comments:

  1. Salam,

    Nak tanya rose ada tak benih tenggek burung ni? kalo sudi nk minta jual ke saya. Benih hadiah pemberian srikota telah kecundang di tangan anak dara saya di kerjakannnye. huhu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni tak ada stok, kalau ada nanti sy bagitau, tapi sy kurang mahir menguruskan pos laju untuk anak pokok ni, kalau tahu mohon ajar saya ...hehehe

      Delete
  2. Salam...
    Kak Nak order jugak... Sangat suke ulam nie.. Boleh tanam dalam pasu jer kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun suka sgt, tu sbb tanam, mmg tanam dlm pasu.setakat ni tak ada stok, kalau ada nanti akak bagitau

      Delete
  3. Nama dan rupa daunnya pun dah cukup istemewa, tentu rasa pucuknya lebih lah lagi istemewanya kan Rose.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak tak pernah rasa pucuk ni yer, rugi tu kak, kena carik la bila pulang ke semenanjung.

      Delete
  4. Salam perkenalan. Saya nak order juga. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni tak ada stok, kalau ada nanti sy bagitau kat blog yer, rajin-rajinlah melawat blog ni, terima kasih kerana sudi melawat blog ini. salam kenal juga.

      Delete
  5. Salam, ada stok tak pokok ni? boleh tanam dalam pasu je kan? tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, pokok tenggek burung dah ada dlm stok saya, sekiranya berminat boleh email saya di semuamenjadi@gmail.com

      Delete
  6. salam kenalan...
    saya nak juga order benih cabang tiga kalau ada yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, pokok tenggek burung dah ada dlm stok saya, sekiranya berminat boleh email saya di semuamenjadi@gmail.com

      Delete