Thursday, August 22, 2013

Ulan

 
Mak saya kata nama pokok ini ulan. Senang nak jumpa pokok menjalar ini dekat belukar kecil dekat dengan kawasan rumah mak abah saya. Agaknya apa nama pokok ini dekat tempat lain yer?
 
 

Pokok ini selain sering dibuat sayur sewaktu main masak-masak masa kecil dulu juga sangat berguna bila terjatuh dan luka sewaktu main lumba lari. Pokok ini saya dan rakan-rakan masa kecik dulu gunakan sebagai ubat luka dan menghentikan darah. Caranya mudah sahaja iaitu dengan melenyek daunnya dengan tapak tangan dan letakkan pada luka tersebut.
 
Daripada pembacaan saya ada orang yang panggil ini pokok selaput tunggul. Pokok ini berkhasiat untuk merawat penyakit gastrik dan ada juga orang yang buat nasi ulam guna pucuk ulan ini.

9 comments:

  1. saya pun kenal pokok ni sebagai ulan jugak, masa kecik2 dulu abah saya guna pokok ni sebagai umpan siput sedut. letak serumpun pokok ni dalan sungai, esoknya tengok penuh siput kerumun pokok ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. naseb baik ada yg kenal dgn nama yg sama tp tang umpan siput sedut tu tak pernah tau pun, info yg menarik tu, TQ

      Delete
  2. selamat hari raya...suami akak panggil pokok kapal terbang..mmg selalu guna untuk ubat luka..mcm sm ckp tu..lagi satu dia boleh dbuat satu permainan..caranye kita kepal tangan kita..nampak x ibu jari ngan jari telunjuk kita bertemukan..letakkan daun atas dia.. pastu tangan yang satu lagi..kat tapak tangan kita tamparkan kat yang bercantum tu..dia akan menghasilkan satu bunyi...permainan budak zaman dulu2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya juga, tak pernah pulak main permainan camtu, kalau tau permainan tu mesti best masa kekecik dlu...hehehe

      Delete
    2. Bkn...pokok kapal terbang lain...ini selaput tunggul, tumbuhan menjalar ni...pkk kpl trbg x menjalar

      Delete
  3. Hampir serupa daun kapal terbang dari segi rupa daun dan kegunaan. Bezanya ulan ni menjalar kan? Kapal terbang tu pokok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, ulan menjalar, baunya pun lain, setahu sy pokok kapal terbang beracun tak sesuai dimakan, hanya utk kegunaan luaran, tapi disesetengah tempat ulan ni ada yg guna dlm nasi ulam

      Delete