Monday, September 30, 2013

Harvest Monday - Red Malabar Spinach


Saya dah tuai bayam malabar merah saya. Ianya dah menjalar jauh sangat sehingga nak melilit pokok durian bonsai jiran saya. Sebelum kena cantas dengan jiran maka baiklah saya potong dan buat sayur.


Lagipun dah ada daun yang mula berlubang dan carik, tak tahulah siapa punya kerja, samada encik belalang atau encik siput, tidaklah saya ketahui, mungkin juga kerja serangga lain.


Ini pula batang bayam malabar yang akan saya semai semula. Kali ini nak semai dekat belakang rumah pula. Biar memanjat masuk tingkap jiran pula....hahahaha (gelak jahat!).


Apa yang saya buat dengan hasil tuaian kali ini. Saya buat salad ringkas dan mudah sahaja.  

Saya celur daun bayam dalam periuk tembaga, kemudian tuskan airnya. Potong tomato, lada benggala kuning dan merah (lebihan pertandingan semalam ). Kemudian masukkan daun salad coral (lebihan hiasan ikan herba semalam), tuangkan sos 'thousand island', kacau-kacau, dah siap salad ringkas saya. Sedap rasanya, bolehlah buat lain kali bila bayam malabar saya tumbuh lagi.

20 comments:

  1. apa rasanya rose bayam ni buat salad? pokok K Mar ketot je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya sedap Kmar, lemak-lemak gitu. Pokok Kmar tak cukup air kot.

      Delete
    2. a'a,saya pun tertanya2...adakah rasa daun dia mcm terbakar ka? :)

      Delete
    3. macam terbakar? hehehe...rasanya lagi sedap drp bayam biasa. Kalau tak tanam kene beli, pas tu batangnya jgn lupa tanam balik

      Delete
    4. sy pernah masak bayam ni..taruk dalam nasi goreng..rasa mcm tanah terbakar...tak tahu lah kut tak kena dengan cara memasak ke apa...kena try lagi sekali..sbb tgk salad rose ni terliur pulak

      Delete
    5. ooo...camtu, dah dua kali masak sayur ni, rasa sedap jer, dlu sy slalu makan bayam Malabar hijau jer, rasanya lebih kurang sama tapi cam yg merah ni kurang belendir drp yg hijau

      Delete
  2. salad ringkas tuh menyebabkan sy telan liur nie.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sangka pula bila buat camtu sedap rasanya, cer cuba

      Delete
  3. sedap pulak tengok salad dari bayam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap, jangan tak cuba, memula sy makan ngan nasi, pas tu sy makan begitu sahaja, memang sedap!

      Delete
  4. Very interesting variety of spinach, never seen it red before. Thanks for new info!

    ReplyDelete
  5. This is one of the few greens I can grow in the summer here. Love it - so beautiful and yummy, too!

    ReplyDelete
  6. Nampak subur sungguh! oh mama tak biasa pulak bayam buat salad, boleh tiru ni.

    ReplyDelete