Tuesday, September 10, 2013

Mari Menanam Bayam Malabar Merah


Saya tanam bayam Malabar merah  ini daripada batangnya. Dimana saya dapat batangnya? Saya beli daripada penjual ikan dan sayuran berlori yang hari-hari lalu di kawasan rumah saya.


Saya tanam dalam dua pasu plastic. Ini pasu yang lagi satu. Pembahagian batang untuk tanaman tak berapa adil untuk kedua pasu kerana saya buat sesuka hati saya sahaja. Tak sangka cepat pula ia bertunas dan mengeluarkan daun-daun baru.


Bayam Malabar merah dikatakan amat berkhasiat terutamanya dalam memulihkan organ-organ dalaman manusia yang terjejas  akibat penyakit-penyakit tertentu.
 
Selain daripada itu rasanya agak enak dan seakan-akan rasa bayam biasa. Jangan risau ia tak pahit.

12 comments:

  1. bayam ni agak-agak sesuai ke mkn dlm pantang...kalau tgk kan khasiat sesuai la kan sbb boleh pulihkan dalaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada pula yg kata bayam ni sejuk so tak sesuai pulak utk org dalam pantang, kenkadang ikut badan kita jugak, setengah org tyahan, setengah lagi mungkin tak tahan

      Delete
  2. bestnyer akak.. saya tanam tak semua menjadi.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita doakan supaya semua menjadi yer...hehehe

      Delete
  3. tak pahit macam tenggek beruang ya....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha....tak lansung, sedap, manisnya saja rasanya

      Delete
  4. Salam Rose,

    Betul ke rasa dia sedap....teringat entry nadia pasal rasa malabar ni. mcm seram je nk mencuba. hehe.....tanam dan menjalar dah banyak. tp tak termakan2 je lagi. Senang malabar ni hidup. tak susah pun. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah masak dulu daunnya tu sebelum tanam batangnya, memang masa tu sedap jer, tapi yg tengah tumbuh ni blum cuba lagi, kalau tak sedap nbanti sy bagitau...hehehe

      Delete
  5. salam Ros.
    warna merah pada batang nya itu sangat cantik..selain buat sayur, buat apa lagi ye..pokok ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak,
      saya tahu buat sayur jer kak, mungkin daunnya boleh buat kerepek macam kerepek bayam tu kot

      Delete
  6. oh pakai batang... ngatkan kene ada akar

    ReplyDelete