Wednesday, September 4, 2013

Pasu Pucuk Ubi Kerinting


Asyik cerita apa yang mak dengan abah saya tanam sahaja kan. Hari ini saya nak cerita apa yang saya tanam pula. Saya tanam pokok ubi kerinting kegemaran saya. Saya tanam dalam pasu secara kebetulan, saya cucukkan batangnya yang saya ambil dari rumah mak abah saya dalam pasu kosong yang pokoknya sudah mati.Tak sangka pula subur. Jadi saya biarkan sahaja.


 Saya letak pasunya dekat dengan pasu pokok durian jiran saya.


 Saya ada dua pasu pokok ubi kerinting. Sekarang ini saya nak tambah lagi pasu ubi kerinting, barulah dapat makan pucuk ubi kerinting puas-puas. Paling saya suka masak lemak putih, makan pula dengan nasi panas, ikan goreng dan sambal.
Mengancam!

10 comments:

  1. teringin gak nak rasa pucuk ubi kerinting, macam sedap je..xde ke benihnya? nak jugak tanam sepasu dua,hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pokok ni tanam guna batang, kene mintak ngan mak saya la...hehehe

      Delete
  2. Salam Rose,

    Pertama kali Mak Aji tengok versi daun keriting ni. Rasanya lebih sedap daripada pucuk ubi biasa tu ke?? Macam mana dengan ubinya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pucuk ubi ini lebih lembut drp pucuk ubi biasa, ubinya pulak rasanya tak leh makan

      Delete
  3. celur.. pas2 cicah dengan sambal kacang sedapp... makanan time kecik2 dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la, dlu pun pernah makan cam tu mmg sedap bertambah-tambah

      Delete
  4. Assalamualaikum..

    Salam perkenalan..nk Tanya kalau tanam dalam pasu adake ubinyer..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga, saya tanam pokok ubi ini khas untuk daunnya sahaja, ubinya tak boleh makan

      Delete
  5. Assalamualaikum Ros,

    Pucuk ubi buat pecal pun sedap, boleh campur dgn taugeh,dan macam-macam sayur lg. ni kalau makan memang betambah-tambah.

    ReplyDelete