Tuesday, September 17, 2013

Telinga Siapa?


Saya ikut abah saya ke kebunnya  bahagian yang paling jauh, jarang-jarang saya ke sini sebab laluannya agak semak. Teringat zaman kecik-kecik dulu. 

Saya terjumpa  kulat telinga kera dekat sebatang pokok tumbang. Banyak juga. Masa kecik-kecik dulu saya rajin kutip kulat ini dan masak tumis air dengan ikan bilis. Sedap.


Saya tanya abah saya kalau-kalau dia ada meracun rumput. Takut juga kalau kulat ini dah terkena racun, tak pasal-pasal nanti muntah hijau lepas makan. 


Abah saya kata dia tak meracun musim hujan. Jadi selamatlah, saya pun kutip kulat telinga kera dengan gembiranya. Sudah lama saya tak jumpa dia tumbuh secara semulajadi. Selalunya yang segar jumpa dekat pasaraya sahaja, manakala yang kering dekat kedai runcit pun boleh jumpa.


Saya tinggalkan kulat-kulat yang kecil untuk pertumbuhan seterusnya. Selalunya musim-musim hujan kulat ini memang banyak tumbuh dekat batang kayu mati. Lepas kutip ia akan tumbuh lagi, kemudian tumbuh lagi. Boleh makan sampai jemu. Tapi masa kecik-kecik dulu tak terfikir pula saya nak keringkan kulat ini.

20 comments:

  1. rose, banyak betui khazanah alam yg pelik2 di kebun ayah awak...tk penah tgk kulat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...itu bukan benda pelik2 tu, biasa-biasa jer, kalau yg pelik tak boleh Nampak dengan mata kasar, yg tu pun sy pernah jumpa

      Delete
  2. boleh makan yer kulat nie? mcm berlendir2 sikit kan..sy tak pernah makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya boleh makan, sedap lagi. nak kata berlendir td jugak, tapi kalau dah masak, dia rangup2 skit...hehehe

      Delete
  3. As salam,Rose....saya biasa tgk yg dah kering...ni first time tgk yg fresh...terus terbayang sup sayur yg ada su'un n the geng tu....;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      yang segar sekarang ni dah ada jual kat pasaraya (saya pun baru jumpa 2-3 tahun kebelakangan ni), btul tu sedap buat sup sayur ngan suun, mengancam

      Delete
  4. tak pernah jumpa yg fresh..biasa makan dalam tomyam kat kedai ja hehe

    salam kenal & follow sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena gi pasaraya ni, sekarang dah byk jual, harga pun murah jer, saya dah lama menjadi peminat blog org di sanan tu...hehehe

      Delete
  5. sedap tu gulai lemak cili api letak serai

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, ada gak org buat masak lemak pucuk paku campur kulat ni, dah rasa, mmg sodap

      Delete
  6. Salam Rose,

    Pertama kali Mak Aji tengok yang segar ni, biasa beli yang kering je. Kalau buat chicken clay-pot Mak Aji masukkan cendawan ni selain cendawan shiitake kering juga, sedap!! Boleh cuba tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam mak aji,
      Saya peminat claypot chicken rice, wow! dah terbayang kesedapannya bila mak aji sebut kat sini, terus rasa lapo

      Delete
  7. To dgn mak sya sllu tebang pokok getah dan biarkan batang tu dlm kebun gtah slama beberapa ari...lepastu dpt la kulat ni dgn byknya..hehe..knyang mkn kulat..

    Slam kenal..sya folo blog ummu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga,
      Terima kasih sbb follow, menarik tu, terbayang keadaan kebun getah yang redup dan mendamaikan bila baca apa yg Adrianna tulis.

      Delete
  8. Assalammualaikum dik,
    betul betul unik bentuk cendawan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam kak Puteri,
      Rasanya sedap kak, akak kena cuba ni.

      Delete
  9. Assalam... org ns panggil cendawan ni cendawan gelemer kalau tak silap
    ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Terima kasih Kak mar, baru arini tau nama tu

      Delete
  10. Assalamualaikum. Kulat ni amat baik utk ubat stroke, kolestrol tinggi dan sakit jantung

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum. Kulat ni amat baik utk ubat stroke, kolestrol tinggi dan sakit jantung

    ReplyDelete