Wednesday, October 30, 2013

Pisang Tanduk Goreng


Mak saya ada bekalkan saya dua biji pisang tanduk muda masa saya balik haritu.Sekarang ini pisang itu sudah pun masak. Takut dia berkulat jadi saya fikir-fikirkan apa nak buat dengan pisang tersebut.


Yang paling senang tentulah goreng pisang,. Mula-mula potong pisang kepada beberapa bahagian, dapat banyaklah pula.


Sudah dipotong macam ini rasa macam tebal sangat pula. Jadi saya potong setiap belahan jadi dua bahagian lagi. Bertambah-tambahlah banyaknya. Macam orang nak jual goreng pisang pula.


Ini rupanya setelah digoreng. Memang kurang cantik berbanding yang dijual. Tak sangka pua saya pisang tanduk ini manis sangat, kurang sedap sikit pada saya rasanya.


************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

18 comments:

  1. Kalau saya suka pisang awak kalau nak di goreng. Dah ada daripada terbuang elok le buatlah apa2 yg sennag.

    ReplyDelete
  2. pisang tanduk dan pisang lang favourite kami.... petang-petang hujung minggu mesti cari pisang goreng

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerepek pisang mmg kesukaan saya, psang goreng pun suka jugak tapi yg ni tak macam selalu rasanya, terlebis manis

      Delete
  3. saya memang peminat pisang tanduk,pisang lain kurang. pisang tanduk sedap lagi pada saya. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi sebenarnya saya paling suka goreng pisang nangka...erm nyam...nyam

      Delete
  4. suka jugak pisang tanduk..tapi susah nak jumpa..kalau goreng sebiji pun dah boleh 1 family makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yang ni 2 bij pisang, alamatnya tak habes la, simpan dlm petiais nanti bole bawak bekal gi keje...hehehe

      Delete
  5. Sedapnye, kalo sy org johor cecah sambal kicap mmg tak cukup sepinggan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya yang bukan org Johor pun suka gak cicah sambal kicap...sedap

      Delete
  6. Sedapnya pisang tanduk goreng, Mana hilangnya bahasa Perak Rose, hehehe.

    ReplyDelete
  7. waaah nmpk fresh betul...susah nak dapat pisang tanduk kt a/setar

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul gak yer, rasanya pisang tanduk ni glemer area selatan kan

      Delete
  8. Salam Rose,

    Pisang tanduk - lama tak makan yang digoreng, sedapnya! Mak Aji baru makan yang dibuat kerepek, pun sedap juga, nipis2, digoreng garing! Dulu pernah tanam di rumah lama. Ada orang tua kata tak elok tanam di laman, betul ke?? Kami tanam dulu ok je!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mak Aji,
      hehehe...tak pernah lak saya dengar pisang tk elok tanam kt laman, tapi kalau tanam pokok petai kat laman mmg sy penah dengar kata tk elok. Erm...teringat plak, ada org kata makhluk halus suka dok kat pokok pisang....eiii seram

      Delete
  9. Assalamualaikum...

    Tanam sendiri...makan sendiri...tak rugi kita berbudi pada Tanah...

    ReplyDelete
  10. Salam! Benih pisang tanduk ada ke? Nak beli 3 pokok. TQ n wasalam

    ReplyDelete