Friday, October 11, 2013

Ros, Kau Ceriakan Hariku


Saya tergesa-gesa balik  kerana telefon bimbit tertinggal di rumah. Saya terpandang bunga ros jepun merah jambu yang sedang mekar di bawah pokok mangga di hadapan rumah. Hati yang runsing tiba-tiba jadi ceria.


Indahnya ciptaan TUHAN.


Mekarnya menceriakan jiwa.


Saya tanam bunga ros jepun ini dalam pasu  dan saya gantungkannya pada dahan pokok mangga. Walaupun dalam keadaan yang agak redup, ia tetap mekar dan berbunga lebat setiap hari.

Pesan daripada seorang taukeh nurseri, kalau kita tanam bunga dalam pasu gantung, jangan diberi baja sebarangan. Seeloknya letak baja kompos atau baja tinja cacing. Ini kerana sesetengah baja bersifat panas dan boleh menyebabkan pokok mudah mati.

16 comments:

  1. Salam. Betul tu smRose. Mula-mula Kak Yah tanam dulu pun bunga ni jadi layu. Bila dah kena dengan bajanya, barulah "semua menjadi"... Kalau nak senang jaga, tanam jer kat tanah; lagi subur!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak Yah,
      Malangnya rumah sy tak cukup tanah, Kak yah beruntung ada tanah luas...sian sy kan Kak Yah...hehehe

      Delete
  2. Kebetulan kat blog saya pun tayang2 bunga yang sama jugak.

    ReplyDelete
  3. mmg ceria la rose...jeles tgk nyer...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak baik jeles tau...hehehe, jom kita tanam sesama

      Delete
  4. memang sangat berseri dan ceria..:)

    ReplyDelete
  5. Salam Rose,

    Memang galak betul berbunga ros Jepun ni ya! Ros Jepun Mak Aji tak nak berbunga sebab dia tak perlu jadi ubat stress sebab Mak Aji kerja berkebun je, he he!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mak Aji,
      Betuah ada byk masa kan Mak Aji, boleh tanam macam2, boleh bekebun selalu.

      Delete
  6. memang cantek sangat ros jepun ni...saya pun suka sbb bunga ni comel.dan berseri.

    ReplyDelete
  7. ros yang sentiasa memikat hati. ros jepun akak dah byk yang jadi arwah..ditanam di atas tanah dan habis dikais ayam-ayam jiran yang rajin bertandang. yang selamat pun cuma beberapa pasu yang digantung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayam tu kais mesti sbb ada byk siput celah pokok-pokok ros jepun tu, kena tabur racun siput la nampaknya...hehehe

      Delete
  8. rose..sy pun dah start tanam ros jepun ni...baru ada color kuning....:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaa, satu perkembangan yang baik tu, nanti jangan lupa share gambar, mesti ceria kan...hehehe

      Delete