Friday, November 15, 2013

Anak Pokok Ulam Tenggek Burung Terlaris diPasaran!

Untuk pengetahuan rakan-rakan peminat pokok tenggek burung atau cabang tiga,stok pokok yang ada pada saya telah habis dijual. 

Kalau ada stok baru saya akan beritahu kat FB dan juga blog.

==============================================================================

Saya rasa saya terpaksa meminta maaf kepada para peminat pokok tenggek burung tak tak berhenti-henti email saya dan hantar mesej pesanan di FB Semua Menjadi

Memang agak sukar untuk mendapatkan pokok tenggek burung ini.  Saya pun tak tahu bila stok baru akan ada. 

Anak pokok yang boleh saya pos cuma tinggal 3 pokok sahaja. Itupun saiznya sangat kecil sekitar 4-6 cm sahaja. Boleh lihat gambar di bawah untuk membuat perbandingan saiznya.

 Ketinggian sekitar 4cm.

Ketinggian sekitar 6 cm.

Walaupun begitu, saya ada 2 pokok tenggek burung yang agak besar dan susah nak saya pos. Sekiranya ada yang berminat dan berhajat bolehlah ambil sendiri di lokasi yang akan saya nyatakan setelah anda menghantar email kepada saya di semuamenjadi@gmail.com

Boleh lihat gambar kedua pokok tersebut di bawah ini:

Ini gambar yang saya ambil bulan lepas. Jadi pokok di sebelah kanan sekarang sudah keluar daun yang hampir sama banyak dengan pokok disebelah kiri. Ketinggian pokok sekitar 30-35cm.

Saya akan jual pokok-pokok diatas kepada pembeli yang serius nak beli sahaja, atas dasar siapa cepat dia dapat. Untuk pertanyaan harga, lokasi nak ambil pokok dan lain-lain soalan yang berkaitan boleh email saya di semuamenjadi@gmail.com.

Bagi peminat-peminat pokok tenggek burung yang masih ingin menunggu batch yang seterusnya (jika ada), rajin-rajinlah bertandang ke blog Semua Menjadi dan Jualan Semua Menjadi untuk promosi  terkini (chewah!).

Selamat berkebun!!! 

5 comments:

  1. Wah..mmg laris ni pokok tenggek burung ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...sy dah penat menjawab email dan mesej tu yg saya tulis entri ni

      Delete
  2. tenggek burung saya beli kat nursery pahit !!! mcm mana nak buat tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menurut pengalaman saya yang tak seberapa, selalunya ada dua sebab yg buat ia pahit, satu pokok kurang air dan yang kedua pokok ditanam dikawasan panas terik. Sebab yang ketiga ni kenkadang jer berlaku, iaitu pucuk jarang atau tak pernah dipetik.

      Delete