Tuesday, November 26, 2013

Cintai Sungai dan Mempelam Kita

 Baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri satu majlis bertemakan Cintai Sungai Kita. Sungai ini memang layak dicintai sebab ianya bersih lagi cantik.

 Cuba tengok buah apa tu? Kesian dia jatuh ke tanah tak ada siapa pun nak kutip. Mempelam pun layak dicintai juga. Kalau zaman dulu mana ada mempelam kacuk macam sekarang, mempelam inilah yang disanjung-sanjung kesedapannya. Terutamanya bila dicolek dengan kicap campur gula.

 Waktu sesi makan-makan, saya pilih untuk duduk di bawah pokok mempelam ini. Tak sangka ramai pula yang mengikut. Makin tambah selera makan juadah kampung sambil menikmati suasana sungai yang indah.
Inilah pandangan saya dari bawah pokok mempelam.

 Geram saya tengok buah-buah mempelam yang tengah mengkal ini, kalau buat jeruk atau colek mesti sedap ni. Meleleh air liur.

Pokok mempelam ini tak tinggi pun, rendah dan rendang. Memang sangat sesuai buat tempat berkelah tapi ada penunggunya si pinggang ramping Cik Kerengga. 



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

20 comments:

  1. cantik air sungai nie...kat mana nie...sayang kan buah mangga tu terbiar je...mangga tu ade tuan ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat satu kampung yg terkenal dgn aktiviti 'white water rafting', rasanya ada tuan sbb kt situ ada challet

      Delete
  2. Replies
    1. geram tengok jer la, apakan daya ada yg empunya

      Delete
  3. bersih sungai tu,mempelam colek dengan kicap letak gula sikit dan cili....sedapnye. ~~~~ :)

    ReplyDelete
  4. kat mana ni,,cantiknya keindahan alam semulajadi jika dipelihara dengan baik kan..

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum Rose,
    Cantik sangat mempelam ni, buahnya bergugus macam gugusan buah anggur. kecik2 ke buah pelam ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      kecik2 jer buahnya kak, mempelam telur ker mempelam ratus ker, sy pun tak tau yg mana satu, ker dua2 sama

      Delete
  6. yg begugus mengkal tu pelam telur kan rose? mmg sdp buat cicah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya nama tu betul la tu, yg mengkal dah kurang masamnya mmg sedap bila dicicah.

      Delete
  7. pelam tu ada yg punya tak kak... or mmg sapa2 boleh petik... aduh sedapnyer walaupun kecik gitu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yg punya, tak berani nak petik, yg jatuh tu pun tk brani nk kutip

      Delete
  8. Replies
    1. hehehe...sekarang tgh musim rasanya, bole jumpa kot kalau balik kg

      Delete
  9. Sesuai sgt tempat ni tuk riadah.. rajin pulak pokok mempelam tu bebuah.. dah masak lak tu.. rugi2 kalo dibiarkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuan punya chalet yg punya kot, segan nak mintak...hehehe

      Delete
  10. Bergugusan Pelam nyer..takde org petik...klu tempat public mcm ni..boleh kut kan ambik...ni kat mana? Cantik bersih sungai

    ReplyDelete
    Replies
    1. dating sbg tetamu malu plak rasanya nak petik buah tu, kalau dtg sbg pelancong ok jer kot

      Delete