Thursday, November 14, 2013

Kedua Kali Berjualan Riang-ria

Saya sebenarnya dah terlupa bila kali kedua saya berjualan secara 'live'. Gambar di atas menunjukkan booth saya dan rakan-rakan subahat perniagaan kali ini. Saya sendiri tiada dalam gambar kerana sedang memegang kamera. Lelaki itu pula adalah salah seorang pelanggan yang datang ke booth kami.
 
Sila perhatikan pokok bunga ros jepun yang bergantungan di bahagian atas booth.

 Ini antara pokok-pokok yang saya jual pada hari itu. Saya ambil mana yang sempat sahaja kerana tiada perancangan pada penjualan kali ini, macam biasa hanya memenuhi undangan tiba-tiba daripada pihak lain.

 Banyak juga pokok-pokok yang terjual terutamanya pokok tenggek burung yang sentiasa mendapat perhatian. Dalam gambar ini tinggal 3 pasu sahaja itupun yang kecil comel.
 

Ini pula antara biji benih yang dijual, bekas-bekasnya main ambil sahaja apa yang ada. Tak professional lansung cara penjualan kali ini.
 
Apa-apa pun saya berasa riang-ria pada sesi berjualan kali ini.
 
 
************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

14 comments:

  1. la siannye...kakak2 tu dipakaikan topeng plk...hehehe....caiyok rose! Jeruk kuinin ada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka dipakaikan topeng setelah diminta kebenaran...hahahahaha, jeruk kuinin masa ni mana ada lagi...hehehe

      Delete
  2. suka jugak kan berjualan mcm ni....:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aktiviti seronok2, pertanian adalah perniagaan kan...hehehe

      Delete
  3. untung jgk kan berjualan camni..:)

    ReplyDelete
  4. censored sangat ke empunya gambar tu....keke. seronok pulak tgk ada jual beli mcm ni.......ramai peminat tenggek burung rose ya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...diorang takut glemer terlebih tu.... hehehe, tenggek burung ni mmg ramai sgt peminatnya sampai sy dah abih stok

      Delete
  5. Seronoknya berjualan... murah rezeki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin. tajuknya pun riang-ria tentulah seronok...hehehe

      Delete
  6. Permulaan tuk menjadi usahawan wanita, tak lama lg kluar la produk benih siap logo muke SmRose kat setiap pek benih tu.. Tahniah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin. tapi tak ada la letak gambar muka tu nanti malu pulak....hahahah

      Delete
  7. Wah trademark menghiasi booth tergantung di atas tu comel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya dah tak ade tempat lain nak gantung...hehehe, jualan kelamkabut

      Delete