Wednesday, December 4, 2013

Bayam Merah Sawi Campuran

Bayam adalah antara sayuran yang paling senang tumbuh membesar bila ditanam. Ini adalah hasil daripada lebihan benih yang saya jual dah bercampur dengan benih-benih lain sewaktu pembungkjusan dijalankan. Saya tabur sahaja atas tanah dalam bekas polisterin. Tak sampai dua hari dah ada benih yang bercambah.
 
 
 Ada orang kata tanam dalam bekas polisterin tak elok. Tapi dah tertanam nak buat macamana. Elok pula segar dan sihat.  Tapi saya kecewa sebab semalam ada orang letak plastik sampah atas tanaman saya. Nasib baik saya cepat nampak, kalau tidak Inalillah pokok-pokok tu.
 


Tengoklah  bekas polisterin tu dah koyak/robek sebab kena langgar rasanya.
 Kalau tak silap, saya sendiri yang langgar waktu nak 'parking' kereta. Hehehe.. .



************************************************************************
Nak beli benih tanaman secara online?

7 comments:

  1. Salam SmRose, Sampai hati insan yang letak plastik sampah tu..

    Ingat.. drive carefully ingat pokok sayur tersayang.. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang2 kt sini mmg camtu, asik dengki aje kerjanya...hehehe

      Delete
  2. Salam Rose,

    Mak Aji cubalah tabur terus kat tanah benih sawi ni tapi adalah pulak orang yang terpijaknya. Macam ya tak ya aja hidupnya, tak macam yang Rose punya ni! Kena letak papan tanda macam kat jalanlah pulak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mak Aji,
      hehehe...'Jangan Pijak Benih Semaian', rasanya Mak Aji kena buat tanda camni

      Delete
  3. Cantik ja daunnya paling penting tanam sendiri!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampaknya hari ni dah ada kena makan dengan serangga...hehehe pantang puji sikit

      Delete
  4. kalo tanam dlm polistrin ni, kene tebuk ke bawah dia. sy ada satu polistrin dok simpan bersawang dah. ttiba skrg cam nk berkebun plak. boleh guna sebagai pemula kot.

    ReplyDelete